Assalamualaikum n salam pagi Rabu. Kemarin berapa haribulan? 12hb kn, hari ne 13hb n esok 14hb, yuhuuuuuu...Tak terasa cepatnya putaran hidup ini kan, tup tup dah 14 tahun usia perkahwinan Aima, macam baru je semalam kenal Mr Hubby, macam baru je mengenal hati budi masing-masing, macam baru je duduk atas pelamin n di layan jadi raja/ratu sehari, ahakkk...
Semalam genap 14 tahun perkahwinan antara Aima ngan Mr Hubby (ye la takkan ngan orang lain kot, ahahaaa...) Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurnia dan anugerah yang Kau berikan kepada hamba Mu ini, Alhamdulillah...
14 tahun lalu, 12hb Februari bersamaan dengan hari Jumaat adalah hari pernikahan kami dan pada 14hb Februari kami di sandingkan di atas singgahsana, cewahhhh...eheheeee.... Banyak onak duri dan liku-liku kehidupan yang telah kami lalui dan tempuhi dan Syukur Alhamdulillah rumahtangga kami kekal hingga ke hari ini dan doa Aima semoga ianya kekal hingga ke Jannah, aminnnn....
Nak kata takde dugaan dalam rumahtangga tu, bohonglah kan. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula kami insan biasa, adatlah dalam rumahtangga. Tak di nafikan beberapa tahun dulu, pernah terjadi pergolakkan dalam rumahtangga kami kerana salah faham tapi Alhamdulillah Allah masih menyayangi pernikahan kami. Kita merancang hanya Tuhan yang menentukan.
Dan Syukur Alhamdulillah sejak pertelingkahan itu Aima n Mr Hubby mula pandai kontrol situasi, dulu asyik ikut kata hati je, maklumlah usia masih muda, darah masih panas. Tapi yang Aima respek betul-betul ngan Mr Hubby semarah mana pun dia, tak pernah lebih dari sehari tak bertergur sapa ngan Aima, siang marah malamnya dah mula sejuk n ajak Aima berbincang dari hati ke hati. Jika marah malamnya, pagi-pagi lagi dah ok walaupun sitausinya tak lah sama seperti biasanya, adat lah kan...
Cuma Aima ne yang lain sikit, uhuhuuuu...Aima mengaku cukup sensitif dan cepat terasa, bila kena marah lukanya masih dapat di rasa hingga berhari-hari walaupun tak di luahkan ngan kata-kata (mujurlah Mr Hubby faham...) Bukanlah keras kepala tak nak bertegur sapa ngan Mr Hubby, cakap lah jugak cuma tak lah semanis biasanya, uhuhuu... Semarah mana pun Aima, keperluan Mr Hubby n anak-anak tetap Aima sediakan, nak pi mana-mana pun tetap mintak izin Mr Hubby, tetap salam cium tangan jika nak pi keje, cuma nak bermesra nak bergurau senda seperti biasa tu lah yang terasa kekokkkkk sangat, eheheee...
Aima ne pemaaf orangnya cuma susah nak melupakan, kata orang Can Forgive But Can't Forget, uhuuu... Tapi tak lama la, lebih kurang seminggu pas tu tentu ok balik. Ne lah kelemahan Aima yang susah sangat nak buang, Insya Allah akan di usahakan, doa-doakan la ye =,=
Alahaiii apa melalut pulak ne, cut cut cuttt...
Sebelum tu nak gak tanya tarikh mana yang patut kiter ingat sebagai Anniversary ek, tarikh pernikahan ke tarih persandingan?? Aima ingat dua-duanya la tapi Mr Hubby selalu celebrate ngam-ngam 14hb, bukann celebrate sangat pun cuma bawak anak-anak makan kat luar. Pape la ye asalkan ingat tarikh keramat tu, eheheee...
So di Anniversary yang ke 14 tahun ne, Aima berdoa semoga rumahtangga yang di bina ini akan kekal bahagia hingga ke Jannah dan semoga bertambah bahagia dari saat ke saat bersama anak-anak dan keluarga, aminn.. Luv you ^__^
No comments:
Post a Comment