Assalamualaikum n selamat pagi Jumaat semua. Masak apa tuk sarapan pagi ne? Takde idea la nak masak apa, perut pun sekarang ne dah tak macam dulu, kekadang di biar je tak makan sampai petang =) Bukan lah nak diet tapi sekarang ne f makan berminyak sikit mulalah rasa loya, errrrkkkkk....
Nak kata terkena 'buatan orang' tak pulak rasanya. Maybe sebab perubahan hormon kot, yeee??? Ye lah umur pun dah meningkat, dah 30+ weii, kena lah jaga kesihatan. Tapi bagus jugak, dapatlah diet tanpa di rancang. Tapi yang peliknya semakin kurang makan, badan kekal maintain, uhuhuuuu.... Rindu sangat nak pakai balik baju dulu-dulu =( Takpelah janji sihat zahir batin, Alhamdulillah..
Pagi ne memang malas sangat nak masak, tambah lagi hati tengah sedih lepas tengok MHI kat TV3 tentang adik Adam Shukri yang meninggal dunia semalam. Bercucuran air mata tengok penderitaan adik Adam dan ketabahan ibu dan ayah adik Adam. Semoga ibu, ayah dan seluruh keluarga adik Adam bersabar menghadapi dugaan ini, Allah lebih menyayanginya, Al Fatihah untuk adik Adam.
Ok kembali pada sarapan pagi ne, Aima cuma goreng karipap dan masak nasi goreng tuk suami dan anak-anak. Mr Hubby pun tak nak sarapan berat-berat pagi ne sebab nak pi main badminton so Mr Hubby cuma makan karipap, 2 biji je kot. Ye lah orang nak sport kan, errmmmm..
Dari semalam dah janji ngan anak-anak nak belanja makan roti canai a.k.a. murtabak. So Aima beli roti canai kegemaran Abang Beh, memang feberet dia roti canai ne tapi kena beli roti kosong la, f roti telur memang kureng sikit. F anak kedua pulak, dia boleh habis sampai 2 keping roti telur n 2 keping roti kosong, tengoklah body macamana, ahahahaaa... Kakak pulak biasanya cuma makan secubit dua, tak minat lah katakan. Sekarang ne Adik pun suka makan roti kosong/telur macam abang2nya. Umur baru 1 tahun 6 bulan tapi dah reti makan roti kosong cicah kuah kari, hihihiiii...
So tuk tak menghampakan kakak, kesian pulak kan nanti tak tau nak makan apa, Aima masak nasi goreng simple. Ok la tuk selera suami dan anak-anak ^__^
ne lah hasil keras tangan Aima, ahahaaa... memang takde skill dalam bab hiasan =,= |
Walaupun simple n takde sape nak try, Aima share je lah ye resipinya, sekurang-kurangnya tuk anak dara Aima nanti, uhuhuuuu...
Bahan-bahannya:
Nasi
Bawang Merah - di hiris
Bawang Putih - di hiris
Cili Api - di hiris
Ikan Bilis
Kicap Cair
Minyak Bijan
Lada Putih
Garam
Telur
Cara-caranya:
Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili api dan nasi, gaul rata. Tambah kicap cair, minyak bijan, lada putih, garam dan telur, sebatikan. Setelah sebati bolehkah di hidangkan dengan telur mata lembu kat atas.
Senang je kan tapi rasanya memang tak menghampakan. Anak-anak yang dah makan roti canai tadi pun makan lagi nasi goreng ne, Alhamdulillah senang hati bila tengok anak-anak makan dengan berselera, ehehee...
No comments:
Post a Comment