Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis
ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir
gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh
minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus
untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana
hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau
hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula
halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana
butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama
mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula
ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat
kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus
dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau
telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula
ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100
peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia
jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam
pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut
supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat
aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi
kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap
mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya
kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul
bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat
biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain
yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula
ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui,
kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya
berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi
membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan
memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap
dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia
bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak
sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari
pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut,
kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah
bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan
kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci
mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair
jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas
membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri
sirap gula.
No comments:
Post a Comment