Assalamualaikum. Rajin pulak rasanya nak share 1 kisah 10 tahun lalu. Kisah kacang goreng terakhir untuk makcik Aima, kakak kepada mama. Kebetulan kemarin hari Ahad, Aima kemas-kemas kabinet dapur nak cek barang yang nak expired, nak susun atur semula. Takut sampai tarikh luput tak jugak digunakan, kan membazir tu.
Terjumpalah kacang mentah yang dah lama dalam simpanan, nampak dah tak berapa elok. Tiba-tiba teringat permintaan terakhir makcik Aima, lebih senang panggil Aunty Ayang, kakak kedua alamarhumah mama. Aima memang rapat sangat dengan Aunty Ayang dari kecik. Biasalah kan kita biasanya rapat dengan adik beradik sebelah ibu. Memang rapat sangat lah, dari Aima kecik sampai dah beranak pinak.
So 10 tahun yang lalu, 6 bulan selepas mama Aima meninggal, Aunty Ayang jatuh sakit. Memang dia ada sakit tapi taknak pi hospital. Satu hari tu Aunty Ayang jatuh kat bilik mandi sebab pening. Suami dan anak-anak terpaksalah bawa ke hospital, inilah kali pertama Aunty Ayang masuk hospital sebab sakit. Sebelum ini memang dia taknak buat check up apa-apa pun. Rupanya setelah dibuat full medical check up dan sebagainya Aunty Ayang ne menghidap cancer payudara. Suami dan anak-anak pun baru tahu sebab dia tak pernah cerita apa sakit atau keluhan dia.
Malam hari pertama Aunty Ayang warded tu Aima ada melawat. Tiba-tiba tergerak hati nak betulkan selimut dia kat kaki. Baru je pegang kaki dia, ya Allah memang sejuk sangat, macam kita pegang ais. Aima pun kata kat dia yang kaki dia sejuk, nak pakai stokin tak. Katanya boleh so Aima pakaikan stokin. Aima pegang kaki Aunty Ayang ne sejuk sampai ke lemak betis tu.
Tiba-tiba teringat kat almarhumah mama sehari sebelum menghembuskan nafas yang terakhir memang kaki mama sejuk sangat, memang sama😓tapi Aima taklah cakap apa-apa cuma cakap insya Allah sembuh nanti tapi mesti dengar cakap doktor, makan ubat. Padahal dalam hati memang rasa sedih sangat. Yelah kan kita memang rapat dan tersangat rapat, ibarat cubit paha kanan paha kiri pun terasa.
Keesokkan harinya sepupu Aima, anak kepada Aunty Ayang call Aima dan bagitahu yang Aunty Ayang nak sangat makan kacang goreng macam yang biasa Aima goreng sebelum ne, katanya sedap, rangup dan rasa lemak. So lunch time Aima terus gorengkan kacang dan nak hantar petang nanti balik dari keje. Tengahari memang Aima tak sempat nak hantar sebab anak-anak pun sekolah, nak hantar ambil dorang sekolah memang ambik masa.
Balik keje, lepas mandi Aima terus hantar kacang tersebut ke hospital. Kebetulan pulak dihari tersebut disebelah paginya nenek saudara Aima iaitu adik beradik kepada nenek sebeleh mama meninggal di usia 80 lebih tahun.
Sebaik saja sampai hospital Aima pun mintak maaf sebab tak dapat hantar tengahari sebab anak-anak sekolah. Pada mulanya Aunty Ayang ignore je kacang tu, katanya nanti dia makan sebelum tidur. Tapi sepupu Aima tu pun cakap kat mak dia, makan lah sikit kesian kak Aima masak dan terus hantar balik dari keja, Allahu Akhbar.
Aunty Ayang pun makan jugaklah sikit dan dia ucapkan terima kasih😔Tiba-tiba Aunty Ayang kata pagi tadi Neksu meninggal kan, lepas ne giliran Aunty pulak. Aima kata takde lah lepas ne Aunty akan sihat, dia gelengkan kepala sambil pejam mata. Aima tak dapat nak lama-lama kat ward sebab anak Aima yang bungsu tinggal kat rumah, baru berusia 3 tahun.
Lepas 1 jam Aima pun mintak diri nak balik dan janji akan datang lagi esok. Kata Aunty Ayang besok dia dah takde, sebab doktor dan bagitahu awal pagi tadi besok nak hantar Aunty Ayang ke Pusat Perubatan Swasta yang specialist cancer yang terletak tak jauh dari rumah Aima. So Aima kata takpe lagi senang Aima datang melawat dan bawakan apa-apa keperluan. Dia diam dan pejamkan mata je.
Masa nak balik tu Aima betulkan dulu selimut Aunty Ayang, Ya Allah sejuk kakinya dah naik sampai lutut, sedih dan sayu bercampur baur dalam hati Aima. Aima salam dan peluk cium Aunty Ayang dan kata Aima minta maaf jika ada salah silap, dia angguk pelan😓Aima kata Insya Allah besok kita jumpa lagi, dia diam je.
Pagi harinya waktu kat office Aima terima call dari Uncle Joe, suami Aunty Ayang. Katanya Aunty Ayang dah takde😭baru je meninggal. Masa tu Aunty Ayang dah dibawa pakai ambulan dari Hospital menuju Pusat Perubatan swasta. Dia sebolehnya memang tak nak dibawa kesana, dia takut katanya. Baru je ambulan sampai kesana, rupanya Aunty Ayang menghembuskan nafas yang terakhir, إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Berderai airmata Aima, teresak-esak nangis kat office. Hilanglah lagi seorang yang rapat dengan Aima yang sebelum ini di anggap pengganti mama. Aima redha, ajal maut di tangan Allah. Tapi Aima lega sebab dapat tunaikan permintaan terakhir almarhumah Aunty Ayang iaitu kacang goreng. Kalau lah Aima tak kuatkan hati hantar kacang goreng malam tu juga tentu rasa terkilan sampai bila-bila. Dari Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.
Semoga segala kebaikkan dan jasa baik yang almarhumah Aunty Ayang berikan semasa hayatnya, digantikan syurga oleh Allah SWT, aamiin yarabbalalamin.
Hanya doa yang mampu Aima berikan untuk semua insan yang Aima sayangi yang telah pergi terlebih dahulu menghadap Allah SWT.
"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga Allah tempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah."