السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

05 April 2010

Kek Coklat

Bahan2:
185gm mentega
250gm gula kastor
6gm serbuk koko
250ml susu cair
3 biji telur
240gm tepung }
1 sudu teh serbuk penaik } ayak bersama
1 sudu teh soda bikarbonat }

Cara-caranya:-
- pukul gula dan mentega hingga lembut dan gebu
- masukkan telur sebiji demi sebiji. Adun hingga rata
- masukkan separuh susu cair ke dalam adunan dan gaul rata
- sementara itu bancuh serbuk koko dengan lebih susu cair tadi dan pastikan adunan koko larut dan tidak bergentel
- masukkan tepung dan adunan koko secara berselang seli
- gaulkan hingga sebati
- masukkan kedalam tin pembakar dan bakar pada suhu 180c selama 45 minit
- sejukkan sebelum dihias dengan krim coklat (jika suka)

Kisah Hari Ahad

salam semua..ahad datang lagi..tak terasa cepat masa berlalu, rasa macam baru je 2-3 hari lepas hari ahad kan..hari ne 3am dh bangun, mr hubby nak pi keje, so kena lah bangun awal n masak..masak yg simple je..my hubby ne cerewet cikit bab makan..ini tak nak, itu tak suka, yg itu tak boleh, yg ini tak mau, ermmmm...cerewet sungguh..so masak yg simple je tuk bekal mr hubby..masak mee hoon goreng n nasi putih ngan lauk kegemaran mr hubby..lepas masak n mr hubby dah brangkat keje, so apa lagi, layanzzzz mata lh jwbnya..=) (nnti update resipi 2 ek)
hari ne boring sgt cos xde aktiviti yg hapening..cuma acara pindah mmindah susunan brng kt rumah je..sblh ptg buat biskut buah kana yg pnuh dgn knangan (resipi cari kat buku yg dh lama terperuk dlm cbnet, dh kusam pn warnanya)..dr remaja lg Aima memang minat buat biskut ne..jika cuti sekolah je tentu anty2 yg pakar buat kuih tu ajak tido umah dorg n tolong buat kuih..antara ramai kazen mazen Aima ne plng laku bila bulan puasa, berebut2 2 org anty ajak tido umah dia, ekikiki..mama pun suka, dpt lah escape jaga adik2 kt umah, ahaaa..n dpt la kumpul ngn kazen yg 1 kpala..

g pun tlng anty ne buat biskut syok tau, dpt duit poket tuk blnja skolah..biasa tlng anty buat biskut n kek yg customer dia tempah. kdng2 pai subuh bru siap acara bakar membakar ne..ada gak kazen yg belum pun siap bakar biskut/kek pai abis dh escape..ada kh ptot kazen tu cakap nak p toilet jap, tau2 je dh bdengkur dlm blnket, ermmm...seb bek kiter ne budak bek :) tngu lah pai smua siap, ya lah kn, takkan nk tinggalkan anty sorg2 kt dapur nnti rentung biskut/kek yg dlm oven..
p best gak tau, smbl buat biskut/kek smbl 2 gak mulut ne mengunyah non stop..myb sbb slalu tlng anty buat kuih n masak2 ne maka hobi 2 terjangkit kt mama..bukanlah expert p ok lah tuk mngenyangkan perut, heee..syok gak mengimbas kenangan zaman muda2 dlu ne kn (dh tua ke aku ne?? uhuuu...)

nnti Aima update resipi biskut buah kana tu ey, nk zZzZzZzZ dulu...nyte olz..

02 April 2010

Kunci Keluarga Bahagia

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia. Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia. Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat