السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

12 April 2010

Puding Fruit Cocktail

Bahan2Puding:1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air

Cara2nya:
- campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuan masak diatas api hanyalah untuk hancurkan gula dan sebati. - jika rasa gula sudah hancur olehlah tutup api tersebut. Masukkan dalam freezer.

Bahan custard
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

Cara:
- campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat dan warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar.
- setelah masak tuangkan ke dalam seperti bekas yang berisi puding cocktail tadi dan sejukkan. - - setelah sejuk bolehlah di hidangkan dandimakan.

tadaaaaaa......Fruit cocktail ni sedap dimakan sejuk.... =)

Sup Bebola Ikan

resipi sup bebola ikan tengiri ne sbnrnya dh Aima cipta..ori resipi tau..dh lama tak buat cos cuma Aima je yg mkn..masa bibik brsihkan peti sjuk, trnampak plak lebih ikan tengiri minggu lpas..nak goreng tntu rasa dia dh tak manis..tntu mr hubby n anak2 tak suka..tetiba je dpt idea buat sup bebola ikan..tp syg lupa nak snap pict, eheee..


Bahan2:
500gm isi ikan tengiri
5 ulas bawang putih
1 inci halia
tepung kanji
garam
serbuk perasa
serbuk lada putih
1 biji telur

Bahan2 sup:
2 ulas bawang merah -hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili merah - dihiris bulat
1 inci halia - hiris memanjang
lobak merah - potong bulat
2 biji ubi kentang - belah 4
serbuk lada putih
garam
serbuk perasa
daun bawang
daun sup
air secukupnya

Cara2nya:
-tumbuk ikan tengiri, bawang putih dan halia hingga halus
-masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih. adun hingga sebati
-pecahkan telur ke dalam adunan ikan tadi, gaul hingga rata
-masukkan tepung kanji dan uli hingga adunan ikan tidak melekat
-bulat2kan mengikut suka dan ketepikan

Cara membuat sup:
-tumis bawang merah, putih dan halia hingga garing
-masukkan air dan biarkan hingga mendidih
-perasakan dengan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih
-kemudian masukkan ubi kentang dan biarkan sedikit empuk
-setelah itu masukkan lobak merah dan bebola ikan. biarkan hingga bebola ikan masak
-semasa menghidang tabukran cili merah, daun bawang dan daun sup. sedap di makan ketika panas

p/s: bebola ikan juga boleh digoreng dan makan dengan sos cili

Kentang Lenyek (Mashed Potatoe)

menu ne dah lama buat tapi baru hari ne dapat upload..anak Aima yang bungsu suka sgt mashed potatoe ne..masa belum tau cara nak buat, slalu gak beli kt KFC..p mana lah tahan nak beli selalu so Aima cari lah resipi ne kat internet, akhirnya dapat gak..1st time buat dh menjadi, alhamdulillah..skng ne tak payah susah melabur saham kat mana2 kedai makanan segera..buat je sndiri kat umah, terjamin bersih n berkualiti, eheeee...cuma Aima tak buat sosnya cos anak2 tak suka..mkn cam gitu je pun sodap..

Mashed Potaote
Bahan2:
4 biji kentang
1/4 cawan susu
1/4 cawan butter (suhu bilik)
sedikit garam
sedikit lada hitam - tumbuk halus

Cara2nya:
-bersihkan kentang, potong kecil2 dan rebus hingga empuk.
-campurkan susu, butter, garam dan black pepper dalam mangkuk yg agak besar.
-kisar semua bahan menggunakan mixer hingga sebati.
-siap untuk di hidang..