السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

08 June 2010

khasiat dan kelebihan telur ayam

Semua orang kenal dengan Telur Ayam kan?? Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.
Memilih telur yang baik akan memastikan telur yang berkualiti dan tahan lama untuk disimpan. Telur yang segar mempunyai kulit yang berkilat dan jika direndam akan tenggelam di dalam air. Telur perlu datang dengan bekas simpanan yang bersih dan tahan. Kulit telur juga perlu dibersihkan dari sebarang kotoran seperti bulu ayam yang melekat dan najis yang mungkin terpalit.Telur perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini untuk memastikan telur tahan disimpan lama. Pastikan tarikh luput telur pada bungkusannya diperiksa. Pilih tarikh luput yang paling lama atau pada anggaran masa penggunaan.
Simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur. Pastikan ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan diserap oleh telur melalui kulitnya. Cara yang betul menyimpan telur adalah dengan hujung tajam ke bawah.
Untuk memudahkan kulit telur dikupas selepas direbus, campurkan sedikit garam sewaktu merebus. Telur yang telah direbus apabila diputarkan akan berpusing dengan elok dan tetap. Manakala telur mentah akan berpusing dengan tidak sekata.
Bagi kawasan yang diisytiharkan kawasan jangkitan virus H5N1, ambil langkah merebus telur sehingga masak. Jangan makan telur mentah atau telur separuh masak sehingga kawasan itu diisytiharkan selamat.
Pengendalian telur adalah penting. Pastikan kulit telur dicuci sebelum penyimpanan dan juga sewaktu sebelum penggunaan. Tangan juga perlu dicuci selepas pengendalian telur. Ini untuk menjamin kulit telur bebas dari bakteria.
Kini terdapat pelbagai jenis keluaran telur ayam yang bermutu. Ayam-ayam yang menghasilkan telur ini diberikan makanan khusus. Anda boleh lihat telur-telur keluaran dengan Omega 3, caratonoid dan ada dengan tambahan selenium.
Telur ini didapati lebih besar saiznya, bermutu, sedap dan tahan lebih lama. Khasiat tambahan juga dapat membantu dari segi kesihatan. Omega 3 dapat membantu dalam mengurangkan serangan sakit jantung dan turut meningkatkan perkembangan otak. Selenium pula adalah sejenis garam galian dan anti oksida dan ia membantu dari segi sistem pertahanan badan.
Caratonoids pula adalah phytonutrien yang melengkapkan pengambilan khasiat permakanan. Xanthrophylls adalah caratonoid yang terkandung dalam telur. Ia membantu dalam melindung cel-cel tubuh manusia daripada mamahan usia dan kesan alam keatasnya.
Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut kajian satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak. Namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia.
Senaman itu penting untuk mengurangkan kolesterol `jahat’ dalam badan. Amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit hingga satu jam setiap sesi.

04 June 2010

Ayam Rendang

salam smua..hari ne Aima nak share resipi ayam rendang yg sgt simple..korg rasa rendang ke resipi Aima ne? ala takpe lah jnji ada santan, daun kunyit n limau purut, leh kira rendang lah tu, ahaaa..Aima create resipi ne masa brsihkan peti sjuk n nak abiskan stok lama (p lum exp tau) n dah tak tau nak msk apa tuk dinner..mr hubby awal2 ag dh cakap tak nak mkn goreng..nak masak sup leceh lah plak..so ngan bahan seadanya, jadilah rendang yg simple mimple ne =)

Bahan2:
1 ekor ayam – dibersihkan dan potong sederhana kecil
4 batang serai - kisar
2 inci halia -kisar
1 inci lengkuas - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
7 ulas bawang merah - kisar
1 labu bawang besar - potong bulat
7 biji cili api - kisar
3 biji cili merah - hiris panjang
santan
daun limau purut
daun kunyit
garam
sedikit gula

Cara2nya:
-tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau n garing
-masukkan ayam dan kacau sehingga agak kering
-setelah ayam empuk sedikit, masukkan santan n perasakan dengan garam dan gula
-kemudian masukkan bawang besar n cili merah
-biarkan hingga ayam betul-betul masak dan kering
-kemudian masukkan daun limau purut dan daun kunyit
-siap tuk dihidang

21 May 2010

salam..hari ne Aima ada urusan penting @KB..mr bos dr smlm ag dh book Aima n suh pi KB tuk settle pobem yg mr bos tak dpt nak settle.. so awal pagi pas antar anak skolah trus zoomm pi KB..seb baik mr hubby off day dpt lah temankan wife dia ne..rasa gabra pun ada mklum la 1st ada prjumpaan ngan salah satu jbtn kerajaan kat KB nih..dah tu nak submit plak doc's yg ada masalah..
mula2 ssah gak nak cari pjbt yg nak dtuju..yer lah kn kiter ne ukan slalu pi KB..plng tdak pn bbrapa bln skali, tu pun nak pi umah adik yg dok kat KB.. so bpandukan kterangan sis in law, at last tjumpa gak pjbt nih, tu pun dah puas pusing2 bandar KB, eheee...

so Aima btawakkal n baca selawat bnyk2..dh set dlm minda, wat apa nak tkut f kiter rasa kiter tak wat salah..mula2 tu ngat kan smua officer kat jbtn @KB ne sombong (cos bnyk yg cakap ssah nak wat urusan ngan dorg ne) p smua andaian tu tak betoi..n alhamdulillah langkah kanan Aima n mr hubby ari ne..smua prundingan bjalan lancar tanpa ada sekatan, cewahhh..n seb baik gak smua hal ehwal bkaitan ngan doc's yg Aima bawak ne Aima tau, bak kata org, tau dr hal skecik kuman pai sbesar stadium, ehee...n smua soalan yg dtujukan dpt Aima jwb ngan lancar (cam exam plak kn, ahaaa...)

tak pun smpai 1/2 jam smua settle n smua doc's ditandatangani tnpa bnyk soal, Alhamdulillah..seb bek lah skjp je urusan ne, ukan apa tkut tak smpat nak amik anak blk sklah..baru je msuk keta mr bos dan call n tnya caner ngan pobem tu, ok ke tak..ok la bos, dun wory..nnti mlm mr bos leh tido nyenyak =)

so pengajaran yg Aima dpt hari ne, jgn dngar cakap sblh pihak..kne hati2 ngan statemnt dr org cos tak smua yg betoi..bila nak adakan prbincangan ngan org yg pngkat dia lbh tinggi dr kiter, kenalah cakap belapik, sopan santun n bbudi bahasa..n jgn lah plak malu nak panggil pgawai ne Tuan/Puan..kiter kenalah hormat ngan pngkat dorg..jgn ckp ikut sdap mulut..dorg ne bila tngok kiter sopan tntu dorg malu nak blagak n tnjuk beso..n yg paling penting jgn lupa doa minta kepadaNya agar smua urusan kiter dpermudahkan, Inysa-Alah dgn izinNya smua masalah akan settle..