السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

26 January 2012

khamis kembali lg.. salam olz.. hari ne Aima amik cuti pai besok hari, nak jaga anak2, eheeee... bukanlah selama ne tak jaga anak2, dulu pun time xde maid, Aima jaga sendiri. cuma dulu tu time keje anak2 (baru 2 orang je masa tu) Aima hantar umah mama Aima, ptg balik keje baru amik. sok pagi hantar lg, petang amik lg, gitu lah rutin harian, penat wooo... mana nak masak lg, kemas umah lg, cuci baju lg, jaga anak2 lg, fiuhhhh!!! tp sepenat mana pun Aima tetap hepi n enjoy, badan pun tak naik mcm roti, ahaaaaa... dulu tu malas nak amik maid sendiri sebab tak nak gangguan kat umah, Mr Hubby kata f ada maid rasa tak freedom kat umah sendiri n masa tu bajet pun cukup2 je tuk sehari2, uhuuuu..masa tu maid mama Aima tu kite share bayar separuh2, mama Aima separuh n Aima bayar separuh, ye lah kan tak kan suh jaga anak kite tapi tak bayar gaji, mau lari dia pi keduataan, ahaaaa....maid tu cuma tolong jaga anak2 je dgn pantauan mama kat rumah, cuci baju anak2 ke apa ke memang Aima tak bagi dia buat, Aima nak buat semuanya sendiri =)

dah kuar anak ke 3, mula2 tu pun masih hantar anak2 ke rumah mama Aima n suh maid mama jaga. dan beberapa bulan baru rasa susah sangat, maklumlah anak dah 3, mana nak buat keje umah lg, keje opis lagi, mau tak terkejar2, rasa masa tak pernah cukup. malam pun tido mcm orang pengsan, agaknya bila atap runtuh pun tak sedar, eheeee... so dah umur anak Aima yg ketiga tu 3 bulan miad sendiri pun datang. barulah rasa tenang sikit. tapi mula2 memang maid dgn anak2 Aima hantar pi rumah mama dulu sampailah anak2 dapat sesuaikqn diri dengan maid tu. maid tu pun cuma jaga abang n adik je sebab kakak umo 3 tahun dah masuk sekolah.
alamak!!! terimbas lak kisah dulu2, eheee... ok, Aima mintak emergency leave kat boss selama 2 hari tuk jaga anak2. nasib boss Aima ne faham, f ikut law kena apply leave 2 minggu awal tp sebab kes Aima ne emergency nak tak nak terpaksalah bos tu terima, maklumlah kan Aima ne pekerja teladan, kikiiiiii.... n nasib baik mood boss Aima hari ne 'yg sedang2 saja'  so tak payah lah pi opis tuk fill form, cuma sms bagi tau hal sebenar, f boss tak bagi sekali pun, Aima tak kira, amik cuti gak, biarlah kena marah sekalipun Aima rela demi anak2 tercinta, uhuuuu...  
ye lah kan time bibik lg ada masalah ne tak kan lah nak suh dia jaga anak2. tapi sebab yg paling utama Aima amik cuti tuk jaga anak2 ne adalah kerana Aima ne takut sebenarnya, takut time bibik lg blur ne dia tak dapat nak jaga anak2 ngan baik, lebih2 lagi yg kecik tu, baru je 5 bulan, mana tau nak buat apa2, alahaii!!!! f lah masa dia tengah nanes tu, dibiarkannya adik sorang diri ngan tangisannya, aduhhh.. tak sanggup Aima nak bayangkan. orang kata mencegah lebih baik dari mengubati, so jalan terbaik Aima amik cuti n jaga anak2 sendiri. Mr Hubby kata Aima ne 'lebih uri dari dugal' ermmm... hati ayah tak sama ngan hati ibu.

Alhamdulillah bibik ne kuat hati n semangat. dalam sedih2 pun dia masih boleh buat keje n jaga anak2 Aima ngan baik, Alhamdulillah... syok gak jadi suri rumah ne ek, rasa nak duduk rumah je jaga anak2 n makan pakai  family, tapi sayang ekonomi keluarga tak begitu mengizinkan. f tuk makan pakai memanglah cukup tapi tak dapat lah nak tunaikan keperluan peribadi diri sendiri n anak2. f tuk diri sendiri memang Aima sanggup ketepikan tapi bila sebut keperluan anak2 memang Aima tak sanggup. bagi Aima biar Aima tak dapat n tak merasa asal anak2 cukup segalanya. mr hubby n anak2 lah denyut nadi dalam hidup Aima tanpa dorang rasa hidup ne tak bermakna. terus terang jauh dari anak2 semalam pun Aima dah rasa sebak, rasa mcm kehilangan. boleh tak tido malam dibuatnya, uhuuu...luv u olz sayang2 ku..

so keje Aima dari pagi tadi pai malam adalah jaga anak2, main masak2 n jalan2 cari makan ngan mr hubby n anak2. anak Aima yg kedua n ketiga pun tak sekolah pagi tadi, demam. cuma kakak je yg pi sekolah, maklumlah dah Tahun 7 ne kenalah merajin2kan diri tuk sekolah, ahakxxx....rasa tenang sgt hari ne, tak payah susah2 nak fikir keje yg menimbun kat ofis, fuhhhhhhh!!!!!! mata pun dah ngantuk ne, anak2 n mr hubby semua dah mengembara.. selamat malam olz, nak lelapkan mata dulu, besok nak buat kuih lagi.. jumpa besok, adiosss!!!!

25 January 2012



salam rabu olz..hari yg paling menyedihkan dan me'rawan'kan hati.. awal malam tadi dapat col dari bibik kpd kawan Aima yg bagi tau anak kpd bibik Aima meninggal dunia, Innalillahi wainaalillahirajiun.. serba salah Aima sebenarnya. bibik kwn tu tak bagi Aima cakap kat bibik, sebab family bibik kwn tu yg kbetulan saudara dgn bibik Aima tak suh bg tau sebab takut bibik tak dapat kontrol diri n takut terjadi perkara yg tak di ingini, ermmmm...

tapi atas dasar kemanusiaan n tak smpai hati lak nak rahsiakan so Aima bg tau lah kat bibik.. Ya Allah kesiannya Aima tngok reaksi bibik ne, ye lah kan cuba kita kat tempat dia, mau pengsan Aima di buatnya, nasib baik bibik ne kuat semangat dan berhati waja, cuma menangis n istgihfar je yg mampu di buatnya.  rawan hati Aima tngok bibik ne. patut lah 2-3 hari ne bibik asyik sebut anak2 dia je n citer kat Aima yg dia mimpi tak baik tentang anak dia, kesian kan.

malam tadi sbab takut terjadi apa yg tak elok so Aima col bapa n mama Aima tuk tolong nasihatkan bibik, apatah lg Mr Hubby lak keje mlm, uhuuuu... mau tak takut.. n sbagai langkah berjaga2, Aima sembunyikan semua pisau, parang, gunting n lesung batu kat dalam bilik, eheeee...bukan apa, takut bibik bertindak nekad.. tapi Alhamdulillah bibik ne penyabar orgnya..

Aima dah cakap suh bibik balik je sok siang, biar Aima amik cuti n jaga anak2 tapi bibik kata takpe lah f balik pun bukan boleh anaknya hidup balik n belum tenttu dia sempat menatap wajah anaknya buat kali terakhir, uhuuu.... sabar bik, kuatkan hati, tawakkal banyak2 k...sama2 lah kita berdoa moga roh anak bibik di tempatkan di sisi orang2 yg beriman dan di kasihi Allah s.w.t. aminn... gud nyte olz.. nak tidokan anak dulu, mata ne pun rasa tak nak pejam je, susah hati betul, ermmmm...

24 January 2012

Petua Rumahtangga Bahagia

 Untuk para suami/bakal suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. Seeloknya bahagikan sama rata, isteri bayar bil air, suami bayar bil elektrik.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa. Ada juga isteri baru buka lampin anak, suami dah muntah bagai nak rak sebab tak tahan tengok/bau tahi anak.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax macam tokey besar sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut berlari masuk dapur, memasak,mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan, goyang kaki.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, ayam licin..tinggal tulang, janggut sotong, ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advanced. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu especially perut. Banyak suami yang perut jalan dulu…

10. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga … rezeki tak masuk nanti…

12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami *degil* tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor (bini bukannya bukak kedai dobi), dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah (jangan nak berjimat sangat, kedai mamak jual murah je), bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal.Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? Ni semuanya Kemahiran Hidup ni!

14. Kalau keluar berjalan, biarlah seiringan. Ada suami yang jalan dulu, sebab isteri lembab sangat. Awak tu bukannya bujang lagi, jangan nak eksyen lebih.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh.Kalau isteri awak yang buat tentu awak tak boleh tolerate jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau kita sakit atau nazak nanti, siapa yang akan jaga kita?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor Tunjuklah anda mengambil
berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri dah nazak pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi ini di dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Jangan buat tak hirau kalau isteri merajuk atau berkecil hati Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif.Kalau suami tak ambil kisah , perasaan isteri bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri
.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau isteri/bakal pakat mogok, awak juga yang rugi! eheeee....