Silap wanita sendiri jika mengambil mudah hubungan
bersama suami. Meskipun suami baik
umpama pijak semut pun tidak mati, isteri perlu berwaspada agar tidak menyesal
kelak. Jikalau bimbang suami berpaling
cinta, sebenarnya banyak cara yang diredai dan boleh di amalkan darpada memilih
jalan songsang. Sebenarnya. Kandungan al
Quran itu sendiri terlalu banyak azimat dan pendinding yang boleh di amalkan
untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Antaranya:
- Surah Al-Fatihah yang dibaca setiap kali bersolat boleh dijadikan sebagain surah pengasih. Baca 311x setiap hari.
- Surah An-Nas juga boleh dijadikan pengasih. Antara kelebihan surah ini boleh mengundang rasa mahabbah iaitu rasa cinta. Daya undangannya cukup hebat sehingga orang yang kita tujukan cinta itu walau berada jauh di seberang sana, Insya-Allah tetap akan datang. Terlebih dahulu hendaklah berpuasa 7 hari dan sepanjang berpuasa, pada malamnya baca surah An-Nas 1,000x.
- Pengasih Asma Allah bertujuan agar sentiasa dikasihi setiap orang yang memandang. Amalkan membaca Ya Rahim sebanyak 100x setiap hari, Insya-Allah anda sentiasa di kasihi.
- Supaya suami sentiasa mengingati kita walau di mana dia pergi, amalkan membaca al Kalimu, al Waliyu, al Hamidu, sebanyak yang mampu dan hembuskan pada muka/ubun kepala suami
Selain ayat al-Quran, beberapa cara boleh dilakukan
isteri untuk memikat suami:
- Air mani suami banyak kegunaannya. Misalnya sapu pada pusat sapu searah kemudian selawat 3x. Insya-Allah suami sentiasa mengingati kita walau di mana jua dia pergi
- Air mani juga boleh menegang dan memengkalkan payudara dan pungung. Caranya, sapu air mani pada payudara dan punggung, urut menghala ke atas. Lebih elok sekiranya tangan suami yang mengurut, ia lebih berkesan dan meningkatkan kemesraan
- Ia juga boleh di sapu pada muka sebagai penyeri
- Manjakani memang diketahui berkhasiat terutama dalam perhubungan suami isteri. Untuk mengembalikan tempat sulit seperti anak dara, ambil segenggam manjakani lalu direbus seketika. kemudian kangkang kaki dan biarkan wap air rebusan tadi naik pada bahagian sulit. Amalkan 2x seminggu
- Juga boleh gunakan serbuk teh direbus bersama daun pandan supaya lebih wangi. Guna cara yang sama seperti air rebusan manjakani
Segala petua dan amalan yang di lakukan biarlah
berlandaskan syariat Islam. Yang penting
niat perlu ikhlas untuk kebahagiaan rumahtangga..Insya-Allah