السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

02 February 2012

Kisah Pedoman Buat Isteri


Kisah bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri. Bacalah dan hayatilah:

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.  3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." 

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" 

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." 

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." 

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." 

"Puaskah Siti sayangku..?" 

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Penawar Daripada Teh Hijau


 
  Teh merupakan salah satu minuman paling popular di dunia.  Meskipun diminum kosong atau ditambah perisa buah-buahan, hirisan lemon mahupun susu pekat berkrim, ia ternyata mempunyai pesona tersendiri.  Terdapat pelbagai jenis teh dengan pengeluar terbesar didunia ialan negeri China, India, Afrika dan Jepun.  Teh bukan sahaja di datangkan dalam bentuk serbuk kering tetapi kini telah dibuat dalam bentuk uncang.

Asal-Usul:
Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan Camellia senesis.  Ia berasal daripaa Negara China dan seterusnya merebak ke negara Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Asia Timur.  Terkini, teh hijau juga ditanam secara meluas di Negara barat.

Minuman teh hijau ini mula diperkenalkan pada zaman dinasti Song dan dibawa ke Jepun oleh Myoan Eisai, seorang sami.  Di Negara Jepun pula, teh hijau dipanggil teh ‘Ocha’ atau teh Jepun ‘Nihoncha’.
Terkini serbuk teh hijau bukan sahaja digunakan dalam minuman semata-mata.  Ia juga diproses untuk dijadikan serbuk bagi tujuan kulinari.  Terdapat pelbagai masakan yang boleh dimasakkan berasaskan serbuk teh hijau.  Antaranya pencuci mulut seperti aneka kek, pastry dan jeli.
TEH HIJAU/JASMINE
Daunnya berwarna hijau terang dan memiliki aroma yang lembut dan harum serta enak dihidangkan begitu sahaja tanpa perlu ditambah susu atau bahan perisa yang lain.

Cara menyimpan:
Simpan ditempat yang kering selama tempoh setahun sahaja.

Cara menyediakan:
Masukkan satu sudu serbuk teh hijau ke dalam teko dan bancuhkan air panas.  Biarkan selama satu hingga dua minit.  Kacau rata sebelum dituangkan ke dalam gelas.

Khasiat:
Tehe hijau mengandungi khasiat tersendiri.  Antaranya ia dikatakan dapat melindungi payudara daripada serangan kanser.  Menurut kajian penyelidik dari Amerika Syarikat, kerap meminum teh hijau adalah langka bijak bagi mencegah kanser.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan menerusi Journal of Cellular Biochemistry, edisi Julai 2001, kandungan polifenol yang sangat banyak terdapat dalam teh hijaulah yang berperanan penting menghalang kemaraan kanser.  Polifenol termasuk dalam kategori antioksidan yang sangat ampuh.  Ia akan meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kanser tersebut.  Menurut kajian itu lagi, daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol.  Selain berperanan memerangi kanser payudara, ia juga berkhasiat mengurangkan risiko penyakit kanser paru-paru, usus, hati dan pancreas.

Antara khasiat lain teh hijau ialah:
  • Mengawal tekakan darah tinggi dengan merencatkan tindakan Angiotensin II
  • Membantu mengawal paras gula darah
  • Menguatkan sistem imun
  • Menurunkan paras kolesterol
  • Menggalakan pembakaran lemak.  Kehilangan lemak yang dilihat pada peminum teh hijau lebih khusus kepada lemak di bahagian viscera iaitu lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindorm metabolic dan diabetes jenis 2.  Tiga komponen utama perawatan yang penting ialah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastric dan pancreas untuk penghadaman.

Semua Tentang Kalsium


-Segelas susu memberikan anak anda 250mg hingga 500mg kalsium untuk tubuh.
-Berikan dua gelas sehari untuk kalsium yang mencukupi.
-Kalsium yang terdapat dalam susu lebih mudah diserap ke dalam tubuh berbanding makanan daripada susu lain.
-Kalsium membantu proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan sebagainya.
-Membina asas tulang yang kuat serta perkembangan gigi dan kuku