السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

13 February 2012

Risiko Bersalin Secara Pembedahan

Salam olz.  Isnin kembali lagi.  Semalam Aima ada tengok kat TV sejenis krim tuk menghilangkan parut luka seperti luka pembedahan semasa bersalin atau lebih senang disebut caeser. Bila tengok iklan tu teringat saat Aima dibedah tuk melahirkan adik.  Pada mulanya Aima yang mintak sendiri tuk di caeser sebabAima rasa Aima tak boleh bersalin secara normal seperti anak-anak Aima yang lain, jarak anatara abang kedua ngan adik adalah 6 tahun.  Caner sakit nak bersalin pun Aima dah tak ingat lagi.  Lagipula di semester terakhir mengandung Aima menghidap buasir yang kronik jugaklah, dahlah sakit mata n gigi.  Dah tu tekanan darah pulak tinggi dan tak turun2.  Doktor pulak meramalkan baby besar, mana tak takut.  Mulanya doktor kata, Aima kena masuk ubat awal sebab takut baby makin besar tapi Aima tak nak.  Hati Aaima dah bulat tak nak bersalin  secara normal, Aima dah berdoa siang malam mintak petunjuk dari Allah s.w.t agar memberikan Aima jalan yang terbaik samada bersalin secara normal atau pembedahan.  Dan akhirnya, Aima dapat petunjuk yang Aima kena melahirkan secara caesar.  Dan atas kuasa Allah juga Doktor suruh Aima tuk caesar sebab degupan jantung anak yang di kesan melalui CTG tidak seperti biasa.

Akhirnya sampai lah masa tuk di bedah.  Sejak malam lagi Aima tak rasa cuak atau takut sedikit pun, Aima pasrah je, tak pernah Aima sepasrah ini, cewahhh.. eheeee...  Dan kerana petunjuk Allah juga, rupanya baby Aima tertelan najis sendiri ketika dalam perut, doktor kata 'Granting'.  Nasib baik Aima tergerak hati mintak tuk di caesar,Subahanallah...
Orang kata bersalin secara caesar ini ada kelebihan dan kekuranganya.  Aima yang merasa di caesar buat pertama kali ini memang percaya kelebihan dan kekurangannya, sendiri merasa tentu sendiri tahu kan.  So selepas melahirkan adik tahun lepas, Aima ada google risiko melahirkan secara pembedahan ini, terlambat kan, dah beranak baru nak google, ahaaa...
 
Berikut adalah risiko melahirkan bayi cara pembedahan yang perlu anda ketahui.

Jangkitan Kuman
Jangkitan pada rahim antara risiko yang mungkin berlaku apatah lagi jika sudah berlaku jangkitan sebelumnya. Malah, jika antibiotik yang diberikan tidak kuat, rahim boleh terkena jangkitan dengan mudah.
Kecederaan Pembuluh Darah Dan Pundi Kencing
Penggunaan pisau dan gunting sewaktu bersalin cara pembedahan berisiko mencederakan pembuluh darah. Inilah sebab mengapa adakalanya darah lebih banyak keluar sewaktu kelahiran cara pembedahan berbanding secara normal. Malah, pundi kencing juga berisiko mungkin terpotong atau cedera jika kecuaian berlaku sewaktu proses bersalin caeser ini.
Keracunan Darah
Keracunan darah pada proses kelahiran cara pembedahan boleh berlaku jika sebelumnya si ibu mengalami jangkitan. Wanita hamil pada peringkat awal disahkan mengalami jangkitan rahim bahagian bawah dan disahkan air ketubannya mengandungi kuman. Apabila air ketuban pecah, kuman akan menjadi aktif hingga menimbulkan bau yang tidak enak pada vagina. Dan ketika kelahiran dilakukan secara pembedahan, keadaan tersebut akan membuat kuman mudah masuk ke dalam pembuluh darah dan tersebar ke seluruh tubuh yang menjadikan keracunan darah.
Kematian
Kematian antara risiko terburuk yang boleh berlaku, secara umumnya kematian sewaktu melahirkan cara pembedahan boleh diakibatkan kerana salah bius atau masalah pendarahan yang tidak ditangani dengan segera. Air ketuban yang masuk ke dalam pembuluh darah juga boleh menyebabkan kematian. Ini kerana sewaktu proses kelahiran caeser, pembuluh darah berada dalam keadaan terbuka dan berisiko menyebabkan komplikasi kemasukan air ketuban ke dalam pembuluh darah yang boleh menyebabkan jantung dan pernafasan si ibu terhenti secara tiba-tiba.
Walaupun pelbagai risiko dan komplikasi dikaitkan dengan kelahiran cara pembedahan, anda jangan terlalu gusar dan takut memikirkannya. Yang penting, anda yakinkan diri bahawa anda boleh melahirkan bayi dengan selamat walau dengan apa cara sekalipun selain menitikberatkan soal penjagaan kesihatan sepanjang kehamilan.

Note:  Tak perlu takut jika Doktor kata 'Potong', semuanya Kuasa Allah s.w.t.  Segala kesakitan yang kita alami akan hilang dengan sendirinya setelah melihat baby.  Insya Allah nanti Aima kongsikan pengalaman Aima selepas pembedahan...

Jenis-Jenis Beras

 

Beras putih vs beras perang

Secara dasarnya beras boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan warnanya iaitu beras putih dan beras perang. Beras perang lebih mengandungi khasiat berbanding beras putih. Beras yang dimasak rasanya lebih lembut dan teksturnya kenyal dan kandungan seratnya amat tinggi. Beras perang memerlukan masa yang lama sedikit untuk dimasak berbanding beras putih.

Beras boleh dibahagikan kepada empat bentuk yang berbeza mengikut jenis-jenisnya:

Beras panjang
Beras ini boleh didapati dalam jenis putih dan perang. Panjangnya empat kali ganda daripada lebar. Bila dimasak, nasi menjadi berderai, ringan dan lembut.

Beras sederhana panjang
Beras ini lebih lebar daripada beras panjang dan nasinya lembut. Ia boleh didapati daripada kategori beras perang dan putih.

Beras pendek
Bentuknya bulat dan pendek. Bila dimasak, ia akan melekat dan sesuai dijadikan bubur nasi. Ia juga terdiri daripada beras perang dan putih.

Beras kanji
Beras kanji biasanya pendek. Ia sesuai dibuat sushi dan lebih popular di kalangan masyarakat Jepun.

Jenis-Jenis Beras:
Daripada bentuk-bentuk beras yang ada, ia kemudian dibahagikan kepada jenis-jenisnya pula. Beras boleh dibahagikan kepda sembilan jenis iaitu:-

Beras Basmati
Beras ini banyak ditanam di Pakistan dan India, juga di Amerika Syarikat, Ia mempunyai aroma yang enak. Bila sudah dimasak, nasinya tidak melekat dan ia berderai. Berasnya juga tidak mudah patah. Sesuai dijadikan nasi beriani, nasi minyak dan nasi bukhari.

Beras Wangi
Beras wangi juga mempunyai keistimewaannya sendiri. Beras jenis ini berbau wangi setelah dimasak dan agak ringan tetapi lembut. Berasnya tidak mudah patah.

Arborio
Beras jenis ini banyak ditanam di Itali. Setelah dimasak, ia melekat antara satu sama lain. Ia memerlukan air yang banyak untuk dimasak kerana ia mengandungi kanji yang agak berlebihan.

Jasmine
Beras ini banyak ditanam di Amerika Syarikat dan Thailand. Berasnya panjang dan lembut setelah dimasak. Beras jenis ini tidak jauh berbeza dengan beras basmati. Ia sesuai dijadikan nasi beriani, nasi minyak dan nasi tomato.

Beras krismas
Beras jenis ini berwarna merah, berkanji, dan nasinya agak mampat.

Beras Mutiara
Teksturnya berkanji sedikit bila dimasak dan beras jenis ini popular di kalangan masyarakat di Jepun, Korea dan China.

Beras Pecan
Baunya seperti bertih jagung dan ia berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat. Kandungan seratnya tinggi dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk dimasak. Beras ini boleh didapati dalam bentuk perang atau putih.

Beras Liar
Beras jenis ini sesuai dijadikan nasi pilaf dan bubur. Beras ini ditanam di California, Idaho, Manitoba dan Ontario, Amerika Syarikat. Ia mengandungi tekstur yang kenyal.

Beras Wehani
Ia terdiri daripada jenis beras perang sahaja. Beras jenis ini juga mempunyai aroma yang wangi.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis beras. Namun ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Beras Siam
Beras yang diimport dari negara jiran ini merupakan beras yang digemari oleh sebahagian masyarakat kita. Beras Siam ini tergolong dalam kategori beras panjang jenis jasmine. Terdapat pelbagai jenis beras Siam yang dijual di negara ini. Beras Siam dikatakan lebih enak dan lembut.

Beras Wangi
Beras jenis ini lebih digemari oleh kaum cina negara ini. Ia terdiri daripada kategori beras panjang dan sederhana, tergolong daripada jenis jasmine.

Beras Basmati
Beras ini diimport dari India dan Pakistan. Beras yang sesuai untuk memasak nasi beriani, tomato dan minyak ini sering digunakan dalam majlis perkahwinan dan keramaian.

Beras Tempatan
Beras yang ditanam di negara ini terdiri daripada pelbagai gred. Beras tempatan ditanam daripada jenis gred super hinggalah gred beras biasa.

Beras Organik
Beras yang mengandungi khasiat tinggi dan kurang karbohidrat ini juga diimport dari negara luar. Kebanyakan beras organik di negara ini diimport dari Thailand. Kebiasaannya beras jenis ini terdiri daripada beras jenis panjang dan bermutu tinggi.

Beras pulut (putih)
Beras pulut ditanam untuk kegunaan sendiri. Baka beras pulut tempatan adalah beras kacukan pulut sutera dan ria (IR8)

Beras pulut (hitam)
Ia juga ditanam untuk kegunaan sendiri. Ia hanya sesuai dijadikan bubur, tapai dan ketupat. Pulut hitam tempatan adalah daripada baka PH9. Ia banyak ditanam di utara tanahair.

Beras nasi dagang
Beras daripada jenis jasmine ini banyak ditanam di negara Thailand. Beras perang ini juga digolongkan sebagai beras jenis panjang dari jenis Wehani.

Beras perang
Beras perang adalah beras biasa, tetapi ia tidak menjalani proses pembersihan yang sama dengan beras putih. Beras yang berserat tinggi ini baik untuk kesihatan.

Beras merah
Ia juga dikenali sebagai beras bario dan banyak ditanam di tanah tinggi di Sarawak. Beras ini juga sesuai dimakan oleh kanak-kanak kerana ia mempercepatkan pencernaan makanan. Selain itu beras bario juga dikatakan dapat menghindari penyakit barah.

12 February 2012

~ Jalan-Jalan ~

Salam Isnin olz.. fuhhh!!! Penat sangat hari ne.  Semalam dah pi Miri n hari ne pi Limbang pulak.  Saja je nak abiskan balance duit semalam.  F tak di habiskan hati rasa bagai di garu2 je nak suh abiskan, tak kan nak tukar duit Brunei balik kan, rugi wooo…Sambil tu boleh lah makan angin, cuci2 mata n cuci duit, ahaaa....

Pagi tadi sempat lagi siapkan tempahan kuih, bolehlah tuk tambah duit poket.  Sementara Mr Hubby pulak kuar main badminton jap ngan kawan2 dia, bila dah giler sport ne, masa yang sikit pun sempat lagi nak main, ermmm tak faham sungguh...

Bila tempahan dah siap dan ready tuk di ambil, masakan tuk tengahari pun dah ready n Mr Hubby pun dah balik, so apa lagi zoommmm pi Limbang laa.  Kali ne cuma bawak abang yang kedua je, yang lain tinggal ngan bibik kat umah.  Kakak memang tak nak ikut, penat semalam tak habis lagi kot.  Yang abang pulak tak ikut sebab nak main games ngan cazen dia (anak buah Aima yang dari KB).  Yang adik lagi lah tak ikut, sian adik kan asyik kena tinggal je, soie syg, uhuuu…
Dah sampai Kuala Lurah tengok, mak oiiii ‘Long Q’ lagi.  Ingatkan dah tengahari macam ne kurang lah sikit orang yang nak pi Sempadan, rupanya masih ramai.  Lepas setengah jam baru lepas border, punyalah lama.  Slownya sistem kat sempadan ne kan, f kat seberang sana, laju beb, tak amik masa yang panjang macam kat sini, tak pasti apa lebih n kurangnya system kita ne, ermmmm…Lupakan je ye.  Mari sambung ngan perjalanan kali ne (macam lah jalan jauh sangat, ahaaa..) dalam perjalanan abang dah merengek nak minum pepsi n mkn ayam KFC (feberet food dia) katanya, ‘lama jua babah ne drive, ngalih duduk2 dari tadi’ uhuuuu….
Kul 1+ baru sampai Bandar.  Tempat pertama yang kitorang tuju, tak lain tak bukan, TAMU.. Nak beli pusu n udang kering yang dah lama kering kat umah (macam lah kat Brunei takde jual pulak kan, ehee..) beli kat sini memang puas hati, boleh pilih n tawar menawar, harga pun murah f convert ngan B$. Dapatlah beli pusu, udang kering, udang salai, ikan masin n ikan tahai, masak dadah sodap tu.

Time shopping kat tamu tu, bunyi ‘pong pang pong pang’ sahut menyahut, naik bingit tinge dengar.  Rupanya ada lion dance kat satu restoran dekat tamu.  Baru teringat kan hari ne hari terakhir Tahun baru Cina, Chap Goh Mei, patutlah bunyi berdentum dari tadi.  Aima minat sangat tengok lion dance ne tau, sampai kan Mr Hubby kata. 'Dahlah tu, macam budak2' eheee...
Selesai selongkar tamu dari hujung ke hujung barulah pi Limbang Plaza.  Aima kan f  masuk Plaza ne tentu nak borong majalah n buku cerita, f dibandingkan ngan harga kat tempat kita, memang murah sangat.  Dan disebabkan Sugar Bun takde tempat kosong terpaksalah tapau makanan n minuman, kesian abang tak dapat nak enjoy makan n lepak2.

Tengok balance duit ada lagi, Mr Hubby ajak pi Tamu Buah-Buahan, Sayur n Buah Tempatan.  Dapatlah Aima beli lokan, durian n makanan kering.  N tetiba ternampak ada seorang lelaki jual madu lebah asli.  Macam tau pulak Mr Hubby memang tengah cari madu lebah asli ne.  Yang baiknya orang yang jual madu ne boleh bagi tau lagi mana satu madu asli yang dia dapat dari hutan  n mana madu dari lebah yang dia pelihara sendiri, untung kan, susah sebenarnya nak cari penjual yang jujur macam ne.  Dah tu siap bagi tau kelebihan dia lagi, Alhamdulillah, makasih banyak2 ye, moga rezeki bertambah murah, amin..


Lepas tu barulah zoom balik Brunei.  Sampai border, tengok panjangnya pameran kereta, eheeee...lebih kurang 25 minit baru lepas ke Pos Imigresen Limbang n tunggu lagi 20 minit baru sampai Pos Kuala Lurah.. Fuhhh!!! Penatnya duduk lama-lama dalam kereta.  Kira-kira pukul 5 lebih baru sampai rumah.  Masuk rumah tengok abang dan kakak baring depan TV ngan muncung panjang macam itik pulang petang, ahaaa... Marah lah tu sebab lewat balik, soie anak2 ku, uhuu... Adik lak tengok je mama dia ne datang terus meluru ngan walker dia mintak dokong, rindu mama ke sayang.. Cian anak2 mama ne kan..

Arghhhhhh!!!! Penatnya...Time to sleep. Mr Hubby n anak2 semua dah buat peta tinggal mama dorang ne je yang masih ngadap lappy.  Tak senang lak f tak bukak blog dalam sehari, rindu weiii... K la olz, selamat malam... Assalammualikum... Aima nak beradu dulu, bubyezzzzzzzzzzzzzzzzzz.......