السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

19 March 2012

Salam Isnin.. Malas je rasa nak masuk ofis hari ne, maklumlah dah 4 hari cuti, eheee... Ingatkan cuti ne nak ajak anak2 jalan2 makan angin tapi di sebabkan kat Negeri jiran kita di landa wabak HMF takut plak rasa, so semua perjalanan kena tangguh lah jawabnya. Tak nak lah anak2 kena jangkitan nanti. Beberapa tahun dulu anak2 dah pernah kena wabak ne, rasa trauma lah jugak. Tak nak lah sebab nak bawak anak2 enjoy nanti balik rumah bawak penyakit, yang kesiannya kan anak2 jugak, mama dorang ne pun kesian jugak, tentu asyik fikir negatif, ahaaa...
Rasa ngantuk sangat sebab pukul 4 pagi tadi dah berkejar ke Emergency bawak adik, demam tak kebah2. Masuk hari ne dah 3 hari kena, jap2 panas, kasi makan ubat nanti lepas 2-3 jam tentu panas balik. Siang malam tak dapat tido, asyik nangis je. Dah tu pulak lidah adik ada putih2, orang sini kata 'kalimangau'. Siapa yang pernah dapat sakit ne tentu tau caner sakitnya, nak makan minum pun rasa sakit.
Sian sangat kat adik ne, selalu kena demam n asma, mybe antibodi adik ne tak kuat kot, uhuuu... Sebenarnya dari semalam lagi dah nak bawak pi Emergency, tapi tengok panas dah turun, tangguh lagi. Bila adik stat bukak radio subuh tadi n rasa badan makin panas, Aima cepat2 bangunkan Mr Hubby n ajak pi Emergency bawa adik, cian Mr Hubby tak nyenyak tido dari semalam, ermmmm...
Sampai kat Emergency, fuhhh. tak ramai orang lah, eheee.. Cuma yang lecehnya even tak ramai orang Mr Doct pulak asyik kuar masuk bilik, agaknya tengok tak ramai pesakit tu yang dia buat main2 je tu, rasa nak marah pun ada, dah lah adik nangis2 je, Mr Doct pulak buat tak tau, macam takde perasaaan langsung (emosi tak dapat kontrol time anak sakit ne, eheee...)
Yang paling Aima geram Mr Doct ne kata yang panas adik cuma 37.8 je, ok lah tu n takde apa2 yang nak di bimbangkan, fuyooooo... rasa nak cekik je Doct Lingka ne. Tentu lah dah turun kan sebelum bawak Hospital dah bagi makan ubat Paracetamol, dah tu masa jumpa Nurse sebelum masuk bilik rawatan, Nurse dah cek temp adik 38.7, tentulah panas adik turun jadi 37.8 bila duduk tunggu Doct dalam setengah jam, bengap punya Doct, rasa macam nak bagi flying hand je, huhhh!!!! Dah tu cuma bagi Paracetamol je, Aima dah kata mulut adik pecah2 dan ada putih2 so mintaklah apa2 ubat tuk kurangkan putih2 tu.   Doct Lingka tu boleh buat dono je, f tau macam ne tak payah bawak Emergency pun takpe, baik tunggu siang je n bawak jumpa klinik swasta. Macam mana lah Kementerian Kesihatan boleh amik Doct Lingka ne n letak kat Emergency, kan baik bagi dia duduk kat Penyambut Tetamu je, buat ngabiskan duit Kerajaan je, huhhhhh!!!!!
Sampai je rumah, Aima letak cool fever kat dahi n tido kan adik dalam buaian.  Sekarang ne Alhamdulillah panas adik dah turun. Aima bagi minum ubat Calpol yang beli kat kedai, lagi mujarab. Sebelum masuk ofis tadi pagi macam2 Aima pesan kat bibik sampaikan Mr Hubby kata mengalahkan doktor pulak Aima ne, ahaaa...  So petang ne nak bawak adik jumpa Doct kat Klinik Swasta, nak mintak ubat tuk 'Kalimangau' ne, cian adik tak dapat nak minum susu banyak2 macam selalu, ermmmm...

Cepat2 sembuh ye anak ku. Mama sayang adik sangat2 tau, mama sayang semua anak2 mama. Mama rela, ikhlas dan redha jika sakit adik ne mama yang rasa, asalkan semua anak2 mama sihat seperti biasa, uhuuu...

05 March 2012

~10 Perkara Yang Tidak Dapat Dibeli Dengan Duit~


DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

So, duit bukanlah segala-galanya.. =)