السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

20 April 2012

~Istemewanya Wanita Yang Bergelar Ibu~

1- DOA WANITA
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah tentang hal tersebut, Baginda menjawab, " ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia " 


2- PAHALA WANITA BERSALIN
apabila se0rang perempuan mula sakit hendak bersalin maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH

3- KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
apabila se0rang wanita melahirkan zuriat maka keluarlah dia dari d0sa-d0sa seperti keadaan ibunya melahirkannya

4- KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK
apabila anak yang telah lahir disusui maka setiap tegukan air susu ibu itu diberi satu kebajikan

5- PAHALA MEMELIHARA ANAK
sekiranya insan yang bergelar ibu tidak tidur semalaman serta memelihara anaknya yang sakit maka ALLAH mengurniakan pahala seperti pahala orang yang memerdekakan 70 hamba sahaya dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.

6- KEISTIMEWAAN ANAK PEREMPUAN
barangsiapa yang menggembirakan sese0rang perempuan maka darjatnya ibarat 0rang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya

7- GANJARAN WANITA S0LEHAH
sekiranya wanita s0lat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara keh0rmatannya serta taat setia kepada suaminya maka masuklah dia ke dalam mana-mana syurga yang diinginkan

8- HAK SUAMI DAN IBU
Aisyah r.a berkata. " aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah lebih besar haknya terhadap wanita? Lalu jawab Baginda, ' suaminya ' dan siapakah pula yang berhak ke atas lelaki? baginda menjawab. ' ibunya '

9- KEUTAMAAN TERHADAP IBU
sekiranya ibu dan bapa memanggil kamu secara serentak, maka sahutlah panggilan ibu dahulu

10- GANJARAN MENTAATI SUAMI
wanita yang taat setia berkhidmat (selagi tidak melanggar syariah islam) kepada suaminya akan tertutup baginya pintu-pintu neraka dan terbuka buatnya pintu-pintu syurga. masuklah mana-mana pintu yang dikehendaki tanpa hisab. Ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, para malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar untuk wanita ini selama mana dia taat setia (selagi tak melanggar dengan syariah) kepada suaminya serta menjaga s0lat dan puasanya

11- KEISTIMEWAAN SE0RANG IBU
syurga itu di bawah telapak kaki ibu

12- GANJARAN MEMELIHARA ANAK 
wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Baginda Nabi Muhammad S.A.W di dalam syurga

13- IHSAN TERHADAP PEREMPUAN
barangsiapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab maka syurgalah tempatnya

14- PENGHALANG API NERAKA
daripada Aisyah r.a , " barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka

15- tidaklah se0rang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarah (tebusan) untuk d0sa-dosanya yang lalu dan apabila hari pertama haidnya dia membaca " alhamdulillahi 'alaa kulli halin wa astaghfirullah " yang bermaksud, ' segala puji bagi ALLAH dalam segala hal/keadaan dan aku m0h0n ampun kepada ALLAH dari segala d0sa ' . Maka ALLAH telah menetapkan dia bebas dari seksa api neraka dan mudah untuknya menyusuri siratulmustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah s.w.t akan mengangkat darjatnya ke atas seperti darjat 40 orang yang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

16- wanita yang hamil/mengandung akan mendapat pahala beribadah pada waktu malam sera pahala berpuasa pada waktu siang

17- wanita yang bersalin/beranak akan mendapat pahala 70 tahun s0lat dan puasa serta setiap kesakitan yang dialami pada satu uratnya akan dikurniakan satu pahala haji

18- wanita yang meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dikira mati syahid

19- wanita yang sanggup memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, ALLAH akan mengurniakan pahala satu tahun puasa dan s0lat

20- wanita yang sanggup mengorbanlan malamnya dengan tidur yang tidak nyenyak semata-mata untuk menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti pahala orang yang membebaskan hamba


21- wanita yang tak cukup tidur pada waktu malam kerana menjaga anak yang sakit nescaya akan diampunkan seluruh dosanya oleh ALLAH S.W.T serta menghiburkan hati anaknya dikurniakan ALLAH 12 tahun paahala ibadah..

Subahanallah....

~Pokok Bonsai Yang Unik~

Salam Jumaat.  Korang pernah tengok pokok Bonsai macam ne tak?? Cantik kan.. Kreatif sungguh orang yang mereka bentuknya hingga menjadi seunik ini.  Biasa tengok pokok Bonsai biasa je, tu pun harganya boleh buat fikir beratus kali untuk membeli.  Selalu yang bermain dalam fikiran 'Daripada buang duit beratus ringgit hanya tuk beli Bonsai kan lebih baik duit yang ada tuk beli barang anak-anak n beg sendiri..' huhuuuuu... Ye lah kan memang lah cantik di pandang tapi tak dapat nak angkut ke sana ke mari.  F beli beg dapat gak bawak pi keje, jalan-jalan, majlis orang kahwin n so on..(ne lah fikiran orang yang giler beg, ahakkkk!!!)

Adoiii!!! Melalut sal beg pulak, caner boleh hal Bonsai leh melalut hal beg pulak, ermmm... K lah jom kiter cuci mata yang ngantuk ne nagan gambar Pokok Bonsai yang cantik tak hengat ne...










 Tapi kan f ada orang yang baik hati nak bagi salah satu Bonsai macam ne memang Aima tak kan tolak.. Kecik tapak tangan, blog Aima tadahkan, eheee.....

~Gempa Aceh Terasa Hingga Ke Danau Toba~



Gempa 8,5 Skala Richter yang melanda Aceh, Rabu 11 April 2012 dapat dirasai hampir semua wilayah Sumatera. Tidak terkecuali warga yang tinggal di sekitar Danau Toba, Sumatera Utara, tasik gunung berapi yang terbesar di dunia.

Selama sekitar lima minit, bumi bergoncang cukup kuat. Warga Parapat dan Pulau Samosir berlari ke luar rumah. Mereka yang kebetulan berada di tepi tasik menjadi saksi dari peristiwa yang tak biasa.
Air Danau Toba yang biasanya tenang membentuk pusaran seperti air sungai deras. Meskipun tak mungkin terjadi, orang ramai tidak menduga bakal ada tsunami dari tengah tasik. Lihat videonya di pautan ini.




Apa yang membuat air Toba berpusar?
Ketika dihubungi, Ketua Seksi Data dan Informasi BMKG kelas I Polonia, Hartanto mengaku belum mengetahui soal fenomena aneh itu. “Kami baru diberitahu tentang kejadian itu. Secara teori, mungkin ia terjadi disebabkan oleh gempa kuat yang melanda wilayah Aceh,” katanya kepada VIVAnews.com, Kamis 12 April 2012.

Dia menambahkan, gempa Rabu lalu memang terasa sangat kuat di wilayah Sumatera Utara hampir lima minit.

Ketua Bidang Data dan Informasi BBMKG Wil I Medan, Hendra Suwarta mengatakan fenomena tersebut mungkin terjadi kerana episentrum gempa yang tidak jauh dari wilayah Sumatera Utara. Hingga getaran terasa kuat, “Bagaimanapun gempa tersebut tidak akan menggangu aktiviti magma di dasar Danau Toba.”

Hendra menerangkan, lapisan batuan yang menutupi magma Danau Toba tebalnya antara 30 sampai 40 kilometer. “Ini merupakan lapisan batu yang paling tebal di Indonesia. Berusia ratusan ribu tahun. Tidak ada masalah mengenainya,” kata dia.

Dia juga mengaku baru mendengar tentang bergolaknya air Danau Toba.

Tidak semua orang tahu peristiwa sekitar 70.000 tahun lalu di wilayah yang kini menjadi Danau Toba. Ketika itu, terjadi letusan dahsyat gunung api purba, yang diyakini terbesar dalam kurun 2 juta tahun terakhir. Toba sebelumnya adalah gunung purba.

Subahanallah...Semoga kita semua di jauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik dan kemurkaan Allah...Aminn..

Sumber: Harian Metro Online