السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

23 May 2012

~Dugaan Demi Dugaan~

Assalammualaikum... Banyaknya dugaan dan cubaan yang melanda hidup Aima sekeluarga bulan ini.  Kalau tak kuatkan hati memang meraunglah jawapnya.  Lepas satu dugaan tiba muncul lagi dugaan yang lain, nak nanes pun takde gunanya, uhuuuu....Tabahkanlah hati ku dalam menghadapai dugaan Mu ini Ya Allah....

22 May 2012

~Nasib..Nasib...~

Salam olz..Aduhhhh!!!! Banyaknya hal yang berlaku dalam beberapa bulan ne, uhuuuu... Baru je anak kuar dari Hospital, sekarang keta pula buat hal.  Tetiba je pagi tadi masa nak hantar anak-anak sekolah, enjin tak boleh nak start, Mr Hubby ingatkan battery dah kiok, bila cek punya cek, tengok battery dah pakai setahun, konfom lah battery dah tamat riwayat katanya (macam pomen lak laki aku ne, ahaaa....)  Mr Hubby kata dun wory lah nanti tukar battery baru.  Nasib lah bukan rosak di tengah jalan kan.  So hari ne Aima pi opis dihantar oleh driver, ekikiiii...

Lebih kurang jam 10 tadi Mr Hubby call bagi tau yang keta dah tukar battery baru n jap lagi nak amik Aima kat opis pas tu amik kakak kat Sekolah Ugama n terus hantar Mr Hubby n kakak balik rumah, fuyoooo....Nasib baiklah antara rumah-opis-sekolah dekat, f berdiri kat halaman rumah Aima dah pun nampak sipi-sipi bangunan opis, caner lah nak escape keje kan, ermmm...

Baru je nak senang hati, masa nak balik lunch time, keta buat hal lagi, tak hidup bila start, cuba gak banyak kali start tetap tak dapat, ayoyoooo....Maka terpaksalah Mr Hubby datang tuk jumper battery keta, ingatkan battery tu yang tak baik so bawak lagi pi kedai tadi tuk tukar baru.  Dah lah nak cepat-cepat amik anak sekolah, dugaan betul lah..  

Dah tukar battery baru tetap gak tak boleh hidup, alamakk...Ne mesti ada yang tak kena ne.  Bila tanya kat kawan pomen, dia kata maybe 'alternator' keta tu dah rosak n dia syorkan keta tu hantar kat workshop dia tuk check up.  F dapat repair dia akan cuba repair f tak dapat terpaksalah beli alternator baru.  Dia kata f beli alternator baru kopak gak duit dalam $900++, ayoyoooo....boleh beli gelang satu bijik beb...

So hantar lah keta kat workshop kawan Aima tu n dah bodek dia jangan mintak mahal sangat ek...eheeeee....Nampak gayanya dalam beberapa hari ne terpaksalah guna keta yang sebuah lagi.  Nasib baiklah ada spare keta kat rumah yang Mr Hubby biasa guna tuk jalan dekat-dekat macam pi jogging atau pi kebun kecil kami, sebab roadtax dah lama kiok.  N nampak gayanya peninglah Mr Hubby terkejar sana sini hantar n amik anak-anak sekolah, p takpe biar dia tahu caner susahnya wife dia ne ulang alik hantar n amik anak-anak time dia keje, ekikikiiii....

Harap-harap tak lamalah keta Aima ne masuk klinik.  Susah beb takde keta ne, nak pi sana sini pun susah.  Dah biasa bawak keta sendiri tup tup keta takde, alahaiiii.....N harap-haraplah keta ne tak mintak duit banyak, mana nak sambung insurans n road tax yang mati hujung bulan ne lagi, sabar je lahhh....

18 May 2012

~Musim Sakit~

Salam Jumaat...Dah jarang sangat jenguk blog ne, buzy memanjang sejak 4-5 hari ne (alasan je tu, ahakkksss...) Sibuk melayan telatah dan kerenah anak-anak.  Sekarang ne dah jadi musim sakit pulak kat rumah.  Bermula dengan anak yang ketiga demam, berak n muntah2 sampaikan badan dah jadi kurus kering, uhuuu...Dah lah tak nak makan, minum susu pun dia kata rasa tak sedap, rasa pahit (anak Aima ne even pun umur dah 6 tahun tapi masih minum susu tau, siap pakai botol lagi, eheee.....) Dah puas pujuk n beli macam-macam makanan kegemaran dia tetap gak tak nak makan, sedih hati kiter tau.  Selalu je Aima berdoa biar Aima yang tanggung sakit anak-anak ne asalkan anak-anak semuanya sihat walafiat.  F orang dewasa yang kena tau lah caner nak buat tapi f budak-budak yang dorang tau cuma nangis je, ermmmm....
 
Dah lah anak nombor 3 demam, anak bungsu Aima pulak kena Asma, alahaiiiii.....Nasib baiklah bapa Aima ada neubilizer kat umah dapat lah sewa tanpa bayaran, ekikiiiii....Dan nasib baik jugak adik Aima yang sekarang ne dah jadi mak labu dapat seludup bawak keluar ubat Asma dari Wad dia keje, kelass kau dik, ahaaaa....Dan disebabkan dah selalu buat kat umah, aima dah hafal nama-nama ubat yang perlu diunakan tuk neubilizer dan berapa sukatan dia, jangan nak tipu-tipu ekkk....=)
Sekarang ne anak yang ketiga n yang bungsu Alhamdulillah dah sihat (Aima berdoa moga semua anak-anak Aima sihat je memanjang, aminnn...) Tapi nampak gayanya abang yang kedua pulak kena virus ne, uhuuuu......dah beberapa hari ne asyik muntah n cirit birit, pai kan badan yang memang chubby dah nampak susut sikit.  mana tak susut f tak nak makan, dah tu asyik ulang alik masuk toilet. 
Semalam pun masa bawak abang n kakak pi shopping beli barang sikit, belum pun amik trolley abang dah ngadu sakit perut so terpaksalah bawak dia cari toilet dulu.  Tapi yang kesiannya anak-anak Aima mana pandai guna tandas cangkung, yang kat Supermarket ne hanya menyediakan tandas cangkung, waduh waduhhhhh.............. nak tak nak terpaksalah guna juga, no choice. N terpkaslah Aima masuk sekali tuk pegang tangan abang.  Bayangkan je lah ngan badan chubby (umur abang ne 7 tahun n berat 52kg) betapa susahnya dia nak naik dan cangkung, nasib baik tak tergolek, uhuuuuu....Punyalah lama tunggu abang selesai.  Kakak pun dah bising-bising kat luar, penat katanya.  At last Aima cuma sempat beli barang tuk makan malam je, yang lain tak sempat nak amik, abang dah merengek-rengek ajak balik.  Tu lah tadi beria-ia nak ikut, dah tau tak berapa sihat, rehat je lah kat rumah...alahai anak aku...
Tadi pagi pun Aima tengok abang nampak masih tak berapa sihat.  Sayu rasa hati tengok abang ne, ye lah kan selalu tengok asyik makan je kejenya sekarang ne nak tengok dia makan pun susuah, uhuuuu....Dari pagi lagi dah muntah n cirit birit.  Rasanya Aima salah bagi makan lah semalam.  Aima ingatkan abang ne panas dalam so Aima bagilah minum Adem Sari.  Then tengok makin menjadi-jadi pulak dia kuar masuk tandas, Aima macam terklik sesuatu, tambah lagi bila Mr Hubby tanya abang makan apa semalam.  Ya Allah, betul lah Aima yang salah, rupanya Adem Sari ne untuk melancarkan buang air besar, patutulah semakin menjadi-jadi cirit birit dia, maafkan mama ye sayang, uhuuu....