السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

14 June 2012

~Nak Cuti, Yeaaaa Yeaaaa...~

Assalammualaikum semua. Dah hari khamis pun kan, kejapnya..Hari ne Aima hepi sikit, esok nak stat cuti, yehaaaaa...Aima stat amik cuti hari jumaat sebab sabtu kan keje setengah hari, dah tu sambung cuti weekend, then isnin kan cuti ganti bagi Isra' Mikraj, kan panjang cuti tuuuuuu, sekali sekala nak rehatkan minda apa salahnya kan.  Lagi pun time anak-anak cuti sekolah ne nak gak luangkan masa ngan anak-anak, dapat lah bawak anak-anak jalan-jalan, tak kan nak biarkan terperuk kat rumah je, sian anak-anak.

So hari ne Aima settlekan semua keje, tak nak lah dah cuti nanti Miss Bos call nak tanya itu ini, macam bukan cuti pulak kan (tapi memang dah menjadi kebiasaan hari cuti ku di ganggu, uhuuu...)
 

13 June 2012

~Renung-Renungkanlah~

Mari kita hayati kata-kata di bawah ini.  Sekadar untuk renungan kita bersama =)
 
Tak laku tak apa - asal tidak murahan 
Tak ada duit tak apa - asal jgn tak ada maruah 
Ttak popular tak apa - asal tidak gila glamour
Ttak kaya tak apa - asal tidak miskin akhlak
Ttak mewah tak apa - asal sederhana tanpa duit haram 
Tak cantik menawan tak apa - asal teguh menutup aurat
Tak dipandang mulia tak apa - asal Allah beri rahmat dan redha 
Insya Allah kita akan d pandang mulia....
 

12 June 2012

~Khasiat Bawang Putih~

 
Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.

Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.


Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 % kulat lain.

Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.
Kegunaan bawang putih yang lain:
~ Membuang angin 
~ Menambah dan mengawal selera makan  
~ Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar  
~ Merawat batuk dan batuk kering    
~ Merawat selesema  
~ Merawat sakit telinga    
~ Menghalau serangga  
~ Merawat bisul dengan menuamnya