السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

10 July 2012

~Anak-Anak~


 
Salam olz. Hope korang semua sihat hendaknya ye.  Tak terasa dalam 3+ minngu je lagi anak Aima yang paling kecik iaitu Adik dah masuk 1 tahun, cepatnya putaran waktu.  Rasa macam baru je ngandungkan dia, macam baru je sakit kena czer.  Melihat anak-anak semua dah besar panjang, terasa semakin berat tangggungjawab yang di galas, semakin banyak dugaan yang harus di tempuh, semoga Aima n Mr Hubby dapat mendidik anak-anak menjadi anak yang baik, soleh dan solehah serta berguna di dunia dan akhirat, amin..

Kekadang rasa tak percaya pun ada bila tengok anak-anak dah besar macam ne, lebih-lebih lagi bila tengok kakak, rupanya Aima n Mr Hubby dah ada anak dara, padahal rasa diri masih lagi muda belia, uwakakakaaaa..... Kekadang bila jalan ngan kakak ada gak yang tegur n tanya, adik ke? N ada yang kata, macam adik beradik la, toink toink toinkkk...eheeee... Aima ok je cuma kakak je yang muncung macam mulut itik, uhuuu...
 
Aima kawin umur 22 tahun n Mr Hubby 23 tahun (tak lah muda sangat kan..) setahun lepas tu baru keluar kakak sebab sebelum dapat kakak Aima keguguran sebanyak 2x.  Mula tu memang lah bunting pelamin tapi sayang masa tu rahim tak berapa kuat, usia kandungan dalam 6-7 minggu dah keguguran, sedih sangat masa tu.  Nasib baik hospital tak cuci rahim sebab semua darah beku dah keluar sendiri.  F cuci gak tak tahulah, dah lah Aima ne penakut tahap otromen, ermmmm...
 
Beberapa bulan pas keguguran yang kedua tu barulah melekat n muncul lah puteri tunggal Aima yang manja tak hengat.  Masa tu kakak adalah cucu yang kedua n cucu perempuan pertama dalam keluarga Aima n yang ke 7 dalam keluarga Mr Hubby.  Yang syoknya kakak sebagai cucu perempuan pertama dalam keluarga memang menjadi kesayangan mama n bapa Aima.  Yang paling sayang tentulah nini boy.  Pantang dengar Aima marah kat kakak tentu Aima yang kena marah balik, ermmmm.. Apa je kakak nak tentu nini boy n nini girl bagi.  Pernah masa mama n bapa Aima pi Umrah, sehari sebelum dorang berangkat ke tanah suci, kakak dah demam macam dah tau nini boy n nini girl nak jalan jauh.  Masa tu umur kakak baru je 2 tahun lebih.  Kakak ne memang manja giler lah ngan nini boy dia,  N yang paling untung f nini boy n nini girl pi mana-mana selalunya tentulah kakak, tentu dapat lebih dari cucu yang lain, eheeee....

Alamak, makin panjang lak n3 kali ne, makin melalut-lalut.  Nanti f ada masa Aima share pengalaman mengandung n bersalin semua anak-anak Aima k, Insya Allah. Semuanya ada pengalaman yang berbeza.  K olz Aima minta diri dulu, nak sambung keje yang dah melonggok atas meja nih. Macam dah jadi tabiat kan b4 wat keje tentu ngadap blog dulu, ahahaaa....bubyezz olz..jumpa lagi

09 July 2012

~Wordless Monday~


Salam Isnin olz.. uwarghhhh...penat + ngantukzzz lerrr.. biasalah kan monday blues, eheee... Betul-betul ngantuk hari ne, kawan satu opis yang selalu ada di sisi (waktu keje je la ~,~) waktu lapar lak cuti, aduyaiii.. Selalu kan time gurau-gurau Aima atau dia akan kata kan bagus f u takde, takdelah keje asyik makan minum je, gerenti boleh kurus punya f jarang dapat jumpa u, tapi hakikatnya itu sekadar luahan di mulut saja, f salah sorang takde rasa sunyi lak, takde lah kawan nak makan itu ini, ermmm... Betullah kata orang f dekat asyik gaduh, dah jauh barulah terkenang (ingat sebab nak ajak makan je, ahahaaaa...) 
 
Kla kiter lupakan jap hal teman makan tadi.  Aima nak citer hal semalam lak.  Kan Aima ada mention sabtu lepas yang ahad semalam nak buat jamuan sikit tuk ulangtahun perkahwinan bapa n mama Aima, surprise lah kononnya.  N seperti tahun-tahun sebelumnya memang dah tak jadi surprise dah, tentu kantoi.. Dah agak dorang mesti tau punya, ermmm...Canerlah tak tau kan f tiap tahun tentu ada surprise jamuan, f tak anniversary tentu hari jadi, dah bertahun-tahun camne, mana lah surprisenye..Tak kisahlah kan janji dapat kumpul semua, tu lah yang paling best sekali.

Memang syok betul lah semalam dapat kumpul ngan adik beradik lain yang jarang dapat berkumpul, dah tu makan sama-sama, pot pet dari ujung rumah ke penjuru rumah, makan rebut-rebut sambil bergurau senda, fuhhh syoknye..n yang paling terharu bila tengok wajah kegembiraan kedua ibu bapa kami, apatah lagi bila melihat kemesraan mereka semasa memotong kek sambil suap menyuap kek antara mereka, sampaikan pisau patah semasa memotong kek pun tak terasa, eheee...Tak lepas senyuman terukir di bibir mereka, Alhamdulillah Ya Allah..

Berbalik pada jamuan semalam, menu yang Aima masak memang simple mimple, ye lah kan cuma tuk makan tengahri je, lagipun cuma kami adik beradik yang ada tapi tak lah semua dapat datang, ada yang keje n ada yang pi kenduri belah wife dia.  Yang ada cuma abang kedua, Aima n family, adik kedua bungsu n adik bungsu.  Walaupun tak semua dapat hadir tapi tetap meriah n tetap kecoh, ahahaa....
 
Semalam Aima masak ayam tumis kunyit, sambal hati n bedal ayam, telur dadar yangala-ala tebal tu (yummyyyy..) n choc cake tuk bapa n mama Aima.  Manakala adik kedua bungsu (yang Aima panggil mak labu tu..) masak sayur bayam n ikan goreng ngan cicahnya sekali, adik bungsu pulak masak sambal terung, masak nasi n buat air, ehehee....Kak ipar pulak masak sayur sawi ngan udang galah n buah-buahan pencuci mulut.  Walaupun hidangan yang ada simple tapi tetap membuka selera di tambah lagi makan sambil pot pet pot pet, bertambah lah nasi, diet pun dah tak ingat lagi.. N alhamdulillah kek choc Aima mendapat sambutan dari semua...Pas ne dapatlah amik order sape yang berminat, ahakkksss...
 
Dalam jamuan semalam tu Aima lihat semua hepi n Mr Hubby yang memang dikenali ngan pendiam, banyak lak citer kemarin ngan yang lain, Alhamdulillah.. Semoga kebahagiaan dan kegembiraan ini berkekalan selamanya, aminnn...
 


~Wanita Tercipta Dari Rusuk Lelaki~

 
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. 

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.  Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. 

Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Sumber: Internet