السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

19 January 2013

~Kelebihan Seorang Ibu~



Bertuahlah seorang wanita yang bergelar ibu.  Tak semua wanita mendapat kesempatan memikul title 'ibu'.  Dan Aima bersyukur sangat di kurniakan Allah agar dapat merasai menjadi seorang ibu kepada 4 orang anak-anak, Syukur Alhamdulillah, Syukran Ya Allah.

Inilah kelebihan yang Allah kurniakan kepada wanita yang bergelar ibu, mak, mama, mommy, umi atau apa saja gelaran tapi mempunyai satu maksud yang sama iaitu IBU...

~ 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak hamil

~ wanita hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari

~ wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.

~ satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala

~ wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, allah beri satu tahun pahala solat dan puasa

~ wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya

~ seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

~ seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya

~ bila dia hiburkan hati anaknya allah beri 12 tahun pahala

~ apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat.

Hargailah ibu kita selagi dia ada, tanpa ibu siapalah kita.  Tak terbalas jasa-jasanya walau dengan segunung emas berlian.  Tanpa ibu tiadalah kita di muka bumi ini..
Ibu..Ibu....engkaulah ratu hatiku.. Jasa mu akan ku kenang hingga ke nafas ku yang terakhir.

~Typeless Saturday~

 
Assalamualaikum.  Salam Sabtu olz.  Semoga semuanya ceria n hepi dan selamat berhujung minggu.  Semalam (nak sebut semalam ke tadi malam ek =,=) Aima terjaga tengah malam sebab Adik nangis mintak susu.  Lepas buat susu, terasa susah sangat nak pejam mata, bermacam-macam hal bermain di fikiran.  Teringat dengan dugaan dan masalah yang kekadang boleh membuatkan diri ini menangis seorang diri.  Seboleh-bolehnya tak nak susahkan sesape selagi dapat di ikhtiarkan sendiri, Insya Allah.  

 Ya Allah tabahkan lah hati ku ini, berikan aku kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, berilah aku kesabaran yang tiada batasnya.  Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati ku.  Hanya pada Mu ku mengadu dan hanya pada Mu ku berserah.  Ampunilah dosa-dosa ku Ya Allah, ampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan tanpa ku sedari, berilah diri ku, suami ku, anak-anak ku dan seluruh keluarga ku kebahagiaan dunia dan akhirat, Aminn...

Dan semalam semasa menatap wajah suci Adik yang nyenyak tidur,perasaan bercampur baur dalam hati ini.  Rasa tak percaya pun ada.  Rasa macam baru je semalam melalui zaman muda, rasa macam baru semalam menggalas beg dan buku sekolah, alahaiii cepatnya masa berlalu.

Tersentuh rasa hati melihat wajah polos Adik.  Bila teringatkan Aima selalu marah jika Adik nakal, rasa bersalah pulak, uhuhuuu...  Anak Aima sorang ne memang lasak orangnya, umur baru setahun lebih dah berparut kat muka n tangan, adoiii...Lasak mengalahkan kakak n abang-abang dia.

Dan tetiba teringat kat mak Aima sendiri, dalam umur yang lanjut macam ne macam-macam dugaan yang harus mama lalui. Baru rasa nak berehat dah berbagai-bagai masalah yang harus dihadapi. kesian mama.  Aima doakan semoga mama kekal sihat dan bersabar lah mengharungi apa jua dugaan yang mendatang. Semoga mama bahagia ngan bapa buat selama-lamanya, Amin Ya Rabbalalamin...

Aima sayang mama selama-lamanya, sayang yang tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata..I love u mom ~.~

15 January 2013

~Ais Krim Pop Ice~

Assalamualaikum.  Hari ne nak citer pasal ais krim pulak.  Aima memang suka buat ais krim ne tuk anak-anak n anak buah makan.  Seronok tengok mereka enjoy makan. Ada gak yang Aima jual ^_^ ok la kan nak tambah pendapatan, eheheee.. Kekadang bagi free je, sedekah amal jariah.  Yang paling seronok pada musim cuti bulan lepas, berduyun-duyun budak-budak datang rumah Aima, padahal anak-anak buah je.  Dorang beli ais krim n mintak ais krim, ahahaaa...

Aima buat ais krim ne Ahad lepas, Aima yang blend n suruh kakak n sorang anak buah bubuh dalam plastik ais krim.  Daripada sakit mata tengok dorang asyik main henpon je lebih baik suruh buat ais kirm ada gak faedahnya.  Aima buat 7 jenis perisa, strawberry, melon, coklat, durian, laici, cappucino dan vanila latte.


Nak buat ais krim pop ice ne senang je, semudah ABC gitu.  Kalau dulu Aima buat ais krim bermacam perisa, memang banyak keje nak buat tapi ais krim pop ice memang super duper senang, cuma main blend n masuk dalam plastik, dah siap.  Cuma buat ais krim ne kena manis sikit baru ada rasa sebab tu Aima tambah serba sedikit bahan yang lain. K la Aima share cana nak buat ek..
belum bersusun lagi ^_^
Bahan-bahan:
5 bungkus Pop Ice (apa perisa yang korang nak)
Sedikit air panas
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
Air sejuk secukupnya
Pewarna dan perisa (jika suka)
- macam pop ice yang perisa strawbery tu kan tambah la sikit pewarna merah jambu n perasa strawbery, biar ada rasa n warna dia pun cantik di pandang.. f perisa coklat tambah perisa coklat sikit.  manakala yang takde perisa tu bagi la pewarna sikit biar meriah warna dia tapi jangan banyak sangat tau...

Cara-caranya:
- masukkan pop ice dan gula ke dalam blender.  kemudian masukkan sedikit air panas dan blender sekejap.
- kemudian masukkan susu pekat dan air sejuk serta perwarna dan perisa yang bersesuaian, blend hingga semuanya sebati.  
- masukkan dalam plastik dan sejukkan.

Senang kan.  Aima guna 2 jenis plastik tapi lebih banyak guna plastik yang macam zip tu, kes malas nak ikat, eheheee...
ais krim perisa lain lupa pulak nak amik gambar cos simpan dalam freezer, ehehee..