السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

15 January 2013

~Ais Krim Pop Ice~

Assalamualaikum.  Hari ne nak citer pasal ais krim pulak.  Aima memang suka buat ais krim ne tuk anak-anak n anak buah makan.  Seronok tengok mereka enjoy makan. Ada gak yang Aima jual ^_^ ok la kan nak tambah pendapatan, eheheee.. Kekadang bagi free je, sedekah amal jariah.  Yang paling seronok pada musim cuti bulan lepas, berduyun-duyun budak-budak datang rumah Aima, padahal anak-anak buah je.  Dorang beli ais krim n mintak ais krim, ahahaaa...

Aima buat ais krim ne Ahad lepas, Aima yang blend n suruh kakak n sorang anak buah bubuh dalam plastik ais krim.  Daripada sakit mata tengok dorang asyik main henpon je lebih baik suruh buat ais kirm ada gak faedahnya.  Aima buat 7 jenis perisa, strawberry, melon, coklat, durian, laici, cappucino dan vanila latte.


Nak buat ais krim pop ice ne senang je, semudah ABC gitu.  Kalau dulu Aima buat ais krim bermacam perisa, memang banyak keje nak buat tapi ais krim pop ice memang super duper senang, cuma main blend n masuk dalam plastik, dah siap.  Cuma buat ais krim ne kena manis sikit baru ada rasa sebab tu Aima tambah serba sedikit bahan yang lain. K la Aima share cana nak buat ek..
belum bersusun lagi ^_^
Bahan-bahan:
5 bungkus Pop Ice (apa perisa yang korang nak)
Sedikit air panas
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
Air sejuk secukupnya
Pewarna dan perisa (jika suka)
- macam pop ice yang perisa strawbery tu kan tambah la sikit pewarna merah jambu n perasa strawbery, biar ada rasa n warna dia pun cantik di pandang.. f perisa coklat tambah perisa coklat sikit.  manakala yang takde perisa tu bagi la pewarna sikit biar meriah warna dia tapi jangan banyak sangat tau...

Cara-caranya:
- masukkan pop ice dan gula ke dalam blender.  kemudian masukkan sedikit air panas dan blender sekejap.
- kemudian masukkan susu pekat dan air sejuk serta perwarna dan perisa yang bersesuaian, blend hingga semuanya sebati.  
- masukkan dalam plastik dan sejukkan.

Senang kan.  Aima guna 2 jenis plastik tapi lebih banyak guna plastik yang macam zip tu, kes malas nak ikat, eheheee...
ais krim perisa lain lupa pulak nak amik gambar cos simpan dalam freezer, ehehee..


~Blurrrrrrr Sekejap~

Assalamualaikum. Salam hari, hari, hari apa ey??? ahahaaa... Hari ne betul-betul blur la, ada kah patut tadi pagi bila anak tanya hari ne nak pakai baju sport ke baju sekolah, Aima jawap pakai baju sport la kan ke hari ne hari Sabtu, kan ke kat sekolah tiap Sabtu ada erobik, toink toink!!!!  Punya la heran anak tengok Aima sampai berkerut kening, ahahaaaa... Cepat-cepat anak jawab, bukan ke semalam Isnin???? Alamak mimpi ke aku, huahuahuaaaa....

Memang blur sangat pagi tadi, mana tak nye dah la semalam lewat tido sebab adik dekat jam 12 baru nak lelap, awal pagi jam 5 dah bangun nak masak kuih yang orang order.  Malam dah prepare barang so tinggal masak je, kena masak awal sebab nanti nak siapkan anak-anak lagi.  Aima buat sejenis kuih je, manakala yang 2 jenis bibik yang siapkan, itu kepakaran dia.  So time bibik buat keje lain, Aima siapkan anak-anak so tak lah kelam kabut.

Memang penat giler, ngantuk lagi tapi menyeronokkan sebab tu la dalam keadaan mamai otak pun tak dapat berfikir dengan jelas, hari pun dah tak ingat hari apa, ahahaaa....

10 January 2013

~Selamat Tahun Baru 2013~

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2013 semua.  Dah nak masuk minggu kedua baru nak ucap New Year kan, eheheee... Memang sibuk memanjang sampai takde masa nak bukak blog.  Lagi pula sibuk uruskan persekolahan anak-anak dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Anak-anak pun hepi masuk sekolah balik, dapat jumpa kawan-kawan katanya.

Yang kesiannya cuma adik tinggal sorang-sorang kat rumah, dah takde kawan main sama.  Senanglah Adik buat itu ini, takde kakak n abang-abang yang nak melarang n buat mimik muka marah, ahahaaa..

Ok la, Aima mintak diri dulu ye.  Ada keje nak di siapkan.  Sebelum tu sempena tahun baru ne Aima nak mohon maaf jika ada kata-kata (kata-kata ke tulisan ye??) yang menyinggung perasaan sesape, mohon maaf banyak-banyak ye, mohon halal apa yang terambil, eheheee... Semoga tahun baru ini memberi keberkatan buat kita semua dan semoga hidup kita sentiasa dalam perlindungan Allah SWT, di terima amal ibadat kita dan semoga kita semua sentiasa di limpahi rezeki melimpah ruan, Amin Ya Rabbalalamin,,

Jumpa lagi di lain n3 ye, Selamat Tahun Baru..