السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

02 April 2010

Kunci Keluarga Bahagia

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia. Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia. Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat

Sakit Gigi

salam olz..hari ne minda g blurrr..nk wat keje pn mls..d sebabkn keje@ofis tk bnyk hari ne n mood miss boss pun okey so amik la ksempatan skejap tuk borak2 kopi O ngan kwn 1 ofis..citer sal anak2 je yg bnyk, biasalah kaum ibu ne kan mcm dah takde citer lain selain dari kisah anak2..ada tokoh ibu mithali tak, eheee..selain tu terselit gak citer makanan n masakan yg gitu sinonim ngan kaum pompuan..biasalah bila jumpa je kwn tntu tanya dh bekpes ke? makan apa tadi kat umah? lunch nnti masak apa? nnti mlm masak ke? alahai!! Pompuan lah katakan..
p hari ne mood kureng cikit la..celik je bijik mata gigi dah wat hal, nyut nyut smcm..gusi pun bengkak cam org bunting…emmmm..ne yg tak suka ne, sakit gigi dtg balik, uhuu..nak cabut rasa tak sanggup, se umo idup tak pnah skali pun cbut gigi, biarkan dia tngl sndiri ngan labu2nya..mr hubby ada ajak p klinik p wife dia ne jual mahal,huahuahua..sebenarnya bukan apa, takot bila ingatkan gusi kne injek nnti :(
bila sebut dental memang Aima alergik sgt..fobia pun ada gak..penah masa kecik2 dulu kat sekolah kan ada dental bergerak..masa tu memang excited nak cek gigi (ikut kwn2 lah) so duduklah beratur dlm bas dental tunggu giliran..belum pun panas kerusi, kedengaranlah jeritan dari kawan yg kena cabut gigi..dah tu siap nangis2 lagi..kiter yg duk tunggu turn ne dah bergoyang lutut ketakutan..so tanpa menunggu lebih lama Aima ngan 2 kwn yg lain pun cabut..takut beb..eheee..sejak tu smpai lah dah skng ne tak pernah pun jejakkan gigi ne p dental..
tp keje time sakit gigi ne memang tak best kan, dengar bunyi cbnet tutup bukak pun dah wat gigi bdenyut, makkkkk!!!!! Apa ag bila dengar kwn bising2, kepala pun rasa nyut nyut n buat hal..so daripada layan gigi n bg mengelakkan marah lebih bek wat ssuatu yg bfaedah..tmbul lak idea nak wat lucky star, alaaaa yg wat kai paper 2..yg main lipat2 n masuk korner baring tu..paper pn dh ada so apa lg, jom rhatkan minda n gigi anda ngan wat benda alah ne, heeee..

01 April 2010

Khasiat Bijirin


BARLI

Merupakan bijirin yang kaya dengan vitamin E.- Banyak digunakan untuk membuat roti, minuman dan berbagai makanan yang berkhasiat.- Air rebusan barli baik untuk memulihkan tenaga bagi mereka yang baru sembuh daripada penyakit.- Ia dapat menyejukkan badan, melegakan kerongkong dan amat berkesan untuk meredakanmasalah perut meragam.- Barli juga boleh menambah selera makan dan membantu proses penghadaman makanan.
KACANG SOYA
- Merupakan sejenis makanan popular di Malaysia.
- Bijirin ini digunakan oleh penduduk tempatan untuk membuat tauhu, tempe dan kicap selain diproses untuk mendapatkan susunya.
- Kacang soya mengandungi 48 peratus protein, lesitin,vitamin dan zat galian.
- Untuk mendapatkan kulit yang cantik minumlah susu kacang soya!

BADAM
- Dapat meningkatkan kecergasan fizikal.
- Kandungan fiber yang tinggi amat bagus untuk kesihatan usus.
- Mengandungi kadar protein yg agak tinggi.
- Mengandungi zat besi, zink,copper, magnasium, kalsium dan vitamin E.
- Membantu menurunkan kadar darah tinggi disamping membantu menurunkan kolesterol.