السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

14 April 2010

Khasiat Tauhu

Sudah ramai yang mengetahui bahawa tauhu adalah antara makanan berkhasiat tinggi dan elok dijadikan menu di dalam sajian harian. Antara kandungan khasiatnya ialah mengandungi zat minyak Omega 3 bagi membantu menurunkan kadar kolesterol dan protein yang kaya dengan asid amino penting. Di samping itu, tauhu juga mengandungi vitamin A, B dan E serta kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium. Bukan saja banyak khasiat, tauhu juga adalah makanan yang paling senang untuk disediakan dan boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti menggoreng, rebus, kukus dan sebagainya..

Yam Cake (Kuih Keladi)

salam..hari ne Aima nak share resipi Yam Cake, masakan cina..resipi ne dah lama, Aima dapat dari bespren berbangsa cina dari Kucing Sarawak..mula2 buat memang tak menjadi..kali kedua barulah ok, tu pun bespren Aima yg tolong, eheee...

Bahan2:
-600gm keladi – potong dadu
-340gm tepung beras
-50g tepung ubi
-1.2 litre air (dibahagi kpd 2 bhgn)
-4 cendawan kering – rendam dan hiris halus
-5 sudu teh udang kering – tumbuk halus
-150 gm isi ikan – potong dadu
-6 ulas bawang putih - cincang
-garam,gula dan lada sulah
-sedikit kiub ayam
Untuk hiasan:
-bawang goreng
-hirisan adun bawamg
-hirisan cili merah

Cara2nya:
-campurkan tepung beras dan tepung ubi dengan 1 bahagian air. Kacau rata dan ketepikan (A)
-tumis bawang putih dan udang kering hingga naik bau. Masukkan isi ikan dan cendawn. Tumis hingga masak. Ketepikan (B)
-dalam periuk berasingan, masukkan keladi, 1 bahagian air, kiub ayam, lada sulah, garam dan gula. Masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api (C)
-setelah itu masukkan adunan tepung (A) kedalam masakan (C). Gaul hingga adunan pekat.
-kemudian masukkan bahan (B) dan kacau seketika. tutup api
-masukkan bahan tadi ke dalam Loyang yang telah disapu majerin dan di alas dengan kertas minyak
-kukus selama 45 minit atau hingga masak
-setelah masak taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.
-tunggu sejuk barulah di hidangkan

Kusui

Bahan2:
5 cawan air }
3 keping gula melaka } masakkan semua dan sejukkan
3 sudu besar gula pasir }
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi
1/2 sudu kecil kapur kuih
kelapa parut putih
sedikit garam

Cara2nya:
-panaskan kukusan
-ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
-bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang.
-kukus sehingga masak.
-tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong.
-gaulkan garam dan kelapa.
-lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi

kuih kusui ne feberet anak dara Aima..biasa yg buat kuih ne nenek sebelah emak..beliau f buat kuih kusui ne memang sedap, lemak berkrim gitu..p syg beliau dah kembali kepada Nya...:( resipi ne Aima amik dr internet..dulu pnah gak mntak resipi ne dari nenek p lupa letak kat mana..emmmm... Aima dah plan ujung minggu ne nak try ..dulu pnah gak buat p tak menjadilah, lembik je..so bila kuih kusui ne menjadi nanti, Aima upload pict dia ek...