السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

14 April 2010

Khasiat Tauhu

Sudah ramai yang mengetahui bahawa tauhu adalah antara makanan berkhasiat tinggi dan elok dijadikan menu di dalam sajian harian. Antara kandungan khasiatnya ialah mengandungi zat minyak Omega 3 bagi membantu menurunkan kadar kolesterol dan protein yang kaya dengan asid amino penting. Di samping itu, tauhu juga mengandungi vitamin A, B dan E serta kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium. Bukan saja banyak khasiat, tauhu juga adalah makanan yang paling senang untuk disediakan dan boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti menggoreng, rebus, kukus dan sebagainya..

No comments:

Post a Comment