السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

08 February 2012

Khasiat Herba Dan Rempah Ratus

 Herba dan rempah ratus adalah antara bahan masakan penting yang sudah menjadi sebahagian daripada sajian masyarakat di seluruh dunia sejak beribu tahun lamanya.  

Tumbuhan itu adalah warisan yang tidak ternilai kepada manusia kerana selain menyedapkan lagi hidangan, herba juga mempunyai banyak khasiat berguna untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.

Untuk masyarakat tempatan, kita memang tidak dapat lari daripada beberapa bahan seperti lengkuas, halia, kunyit, bawang serta serai yang sememangnya sentiasa ada di dapur.

Halia
Halia atau nama botaninya, Zingiber officinale, digunakan sebagai bahan untuk merawat luka dan mencegah jangkitan parasit, tetapi kerana kurang pendedahan mengenai khasiatnya, sebahagian besar generasi masa kini mengenali halia hanya sebagai satu rempah ratus masakan.

Tumbuhan ini dikatakan berkesan untuk merawat loya dan mual, namun untuk ibu yang hamil, pengambilannya tidak digalakkan. Ia juga membantu untuk melegakan kesakitan perut selain mengelakkan kekejangan akibat cuaca panas.

Di Asia Tenggara, halia sebenarnya banyak digunakan untuk membantu menangani beberapa jenis penyakit seperti berkaitan penghadaman, angin serta memanaskan badan kerana ia kaya dengan pati minyak, oleoresin, protein, lemak, asid organik serta vitamin A, B, dan C.

Kunyit
Pokok kunyit pula sememangnya unik kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan. Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma serta warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai selain dijadikan sebagai pembalut ikan atau daging yang dibakar. Dalam perubatan, kunyit atau nama botaninya, Curcuma domestica digunakan sebagai antioksidan, antibakteria dan antiradang. Ia dikatakan membantu menyembuhkan luka di dalam badan, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Kajian menunjukkan peranan kunyit dalam perubatan sudah dikenal pasti sejak 3,000 tahun lalu. Bagi masyarakat Melayu, kunyit sering digunakan sebagai jamu untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim serta mencuci darah. Masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh membantu melancarkan darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.

Masyarakat India menggunakan kunyit sebagai bahan utama dalam masakan rempah kari serta acar pedas dan ilmu perubatan India mengesyorkan kunyit sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Lebih menarik, masyarakat di negara jiran, Thailand, mempercayai kunyit dapat merawat bisa patukan ular tedung dan dikatakan ada penyelidikan yang membuktikan herba itu membantu untuk menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah serta mengurangkan toksin pada
Lengkuas
Tanaman herba yang biasa ditanam di sekitar rumah, lengkuas atau nama saintifiknya, Alpinia galanga, pula tidak kurang hebatnya daripada segi khasiat.

Tergolong dalam keluarga Zingiberaceae, lengkuas dipercayai mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan serta membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, merawat penyakit limpa bengkak dan mempunyai ciri afrodisiak, penyebab utama ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dalam menguatkan tenaga.
 

Asam Gelugur
Asam gelugur juga mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan badan. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis yang mengandungi asid hydroxycitris dianggap antara ejen terbaik mengurangkan kolesterol.

Asam gelugur dipercayai dapat membantu mengurangkan asid lemak selain meningkatkan pengeluaran glikogen di hati serta meningkat suhu badan.

Bawang Putih
Bawang putih atau Alium sativum pula memang sudah menjadi bahan dapur utama ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Penggunaan bawang putih sebenarnya bukan sekadar untuk menyedapkan makanan semata-mata kerana ada kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Penduduk awal Amerika menggunakan bawang liar untuk merawat demam, batuk dan asma manakala dalam perubatan Cina, bawang banyak digunakan untuk menangani masalah batuk, jangkitan bakteria serta masalah pernafasan.

Masyarakat Syria dikatakan mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit-birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dipercayai membantu untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolesterol serta tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah. Kandungan bawang putih bukan saja menghasilkan antibodi, tetapi turut membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyokong penggunaan bawang untuk mereka yang mengalami masalah kurang selera makan serta mencegah atherosclerosis selain dapat membantu meredakan masalah batuk, asma dan bronkitis.

Serai
Serai pula boleh didapati dalam dua jenis utama iaitu untuk dimakan dengan nama saintifik Cymbopogen citratus dan serai wangi, Cymbopogen nardus. Menurut laman web Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), tanaman serai makan dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala serta China.

Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tom yam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas kerana aroma serta rasanya yang unik dapat meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati yang berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau lemon. Serai wangi pula banyak digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun, di kebanyakan negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak pati yang dikenali sebagai citronella di pasaran antarabangsa. 

Limau Purut
Limau purut juga mempunyai banyak khasiat dan kegunaan. Daunnya banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Daripada aspek kesihatan, limau purut banyak digunakan sebagai ramuan ubatan dan bahan untuk mandi wap kerana ia dipercayai membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.

Khasiat Daun Lidah Buaya (Aloe Vera)

Aloe vera daripada famili Liliaceae ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya atau lidah jin mengandungi banyak khasiat. Kebiasaannya, ia terdapat di kawasan tanah yang berpasir dan bercuaca panas serta kering.

Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan.

Apabila diramas, daun lidah buaya akan mengeluarkan jeli yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur dan menghitamkan rambut.

Malah, tidak hairanlah “tanaman ajaib” ini telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir. Dan kini, terdapat pelbagai produk Aloe vera untuk kecantikan di pasaran seperti Mustika Ratu, Sari Ayu, Ratu Ayu Solo dan sebagainya.

Di samping itu, jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.

Walaupun rasanya pahit, lidah buaya sebenarnya berguna untuk mengubati penyakit leukimia (lebihan sel darah putih dalam badan) dan barah paru-paru iaitu dengan memakan bahagian dalamnya yang berjeli. Bagi kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan yang mengakibatkan batuk kokol dan gatal-gatal pada saluran pernafasan.

Ia juga boleh disapu pada badan untuk mengurangkan panas dan bahang. Selain itu, daun lidah buaya juga dapat digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi.

07 February 2012

Rahsia Tentang Perempuan





~ Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
~ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
~ Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
~ Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
~ Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
~ Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
~ Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
~ Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
~ Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
~ Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
~ Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
~ Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
~ Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
~ Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
~ Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
~ Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
~ Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.
~ Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
~ Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
~ Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
~ Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
~ Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
~ Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
~ Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
~ Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
~ Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
~ Senjata wanita adalah airmata.
~ Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



~ Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
~ Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.