السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

07 June 2012

~Doa & Penawar Sakit Kepala~


Salam semua.. Pernah mengalami sakit kepala?? Tentu ada kan.. D ada yang kata tak pernah tu, Alhamdulillah.. F Aima kan boleh di katakan selalu Sakit Kepala, ye lah sakit kepala memikirkan macam-macam benada dan masalah yang ada pasang surutnya.  Kekadang tu sampai migrain di buatnya.  Selalu Aima telan panadaol je tapi bila dah tau ada doa-doa tertentu untuk mengurangkan sakit kepala ne so Aima try lah doa-doa di bawah ne dan Alhamdulillah mujarab.  So tak payahlah nak telan panadaol lagi tambahan lagi orang yang macam Aima ne yang memang susah sangat nak makan sebarang ubat, eheeee...lagipun doa-doa ne dari ayat-ayat al Quraan yang memang kita sendiri ketahui banyak terdapat rahsia dan penawar yang tersembuyni di dalamnya. Sekadar sakit sikit-sikit tu apalahs alahnya mencuba tapi bagi yang dah kronik tu cepat-cepatlah bawak pi Hospital ek, ne hanya lah salah satu usaha kita selain berserah kepadaNya.. Insya Allah

Baca kombinasi doa-doa berikut:-

~ Baca Al Fatihah
 
 
~ Baca Selawat Syifa
 ~Baca  sebanyak 7x 

~ Baca doa ini

  

~ Baca doa demam panas ini

Penawar Sakit KepalaJika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
~ Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.  Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit
 
~ Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
 
~ Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
 
~ Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
 
 
~ Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya
 
Insya Allah...

~Basahkanlah Bibir Mu Dengan Zikrullah~

~Mak~


Orang kata aku lahir dari perut mak !
(Bukan org kata , memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa disampingku , Mak .
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya ,Mak . 
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak . 
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak . 
Bila takut , aku selalu panggil , "Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak . Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
 Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Mak .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku ! 
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja ,

bolehkah kau kirim wang untuk mak"

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT !"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !


Kisah Upah Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . 

KOs upah membantu ibu :
TOlOng pergi kedai : RM4.00
TOlOng jaga adik : RM4.00
TOlOng buang sampah : RM1.00
TOlOng kemas bilik : RM2.00
TOlOng siram bunga : RM3.00
TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak
menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata , "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya . 


SAHABAT, RAKAN, TAULAN, MUSUH, CIKGU, MENTERI, USTAZ, DAN RAMAI LAGI. Kita ssemua pernah/masih ada ibu. Pernahkah kita terfikir dan mencongak jasa ibu terhadap kita adakah sudah terbayar? Saya yakin dan percaya jasa ibu mengandungkan kita selama 9 bulan pun belum tentu habis dibayar. Inikan pula susu yang membesarkan kita, inikan pula masa mereka tak tidur sebab menjaga kita, inikan pula keringat yang jatuh kerana kita.

PERNAHKAH KITA TERFIKIR?
"Jagalah Ibu sementara ibu masih ada.
Dan doakanlah Ibu jika Ibu telah mengadap yang Maha Esa"
Dan janganlah bila Ibu tiada baru kita nak minta ampun dan maaf.
dan janganlah bila Mak tiada baru kita nak meraung mengejukkan mereka semula....uhuhuuuu...