السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

17 January 2019

Khasiat Nenas Batu

Image result for nenas batu
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali .
3. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
4.. Melawaskan kencing.
5.. Membantu melancarkan pembuangan angin.
6.. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
7. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok.
8. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan Buasir.

Cara Menggunakannya:-
1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari. Pada minggu yang lain,renam lagi.
5. Buah ini apabila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.

16 January 2019

Kelebihan Surah Al Kautsar

Image result for surah al kausar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Petua Merawat Demam Panas Anak

 Assalamualaikum.  Anak demam? Tentu kite risaukan? Buat keje pun rasa tak tenang.  Badan kat office tapi hati kat rumah.  Rasa macam nak terbang ke sisi anak.  Sapa lah tak sayang anak kan.  Bagi Aima biar diri sendiri yang sakit asal anak jangan sakit.  Baru-baru ne anak Aima, Abang kena asma. Ya Allah risau sungguh hati.  If takde sape-sape kat rumah, Aima rela ambik cuti dan if ada keje yang kena siapkan time tu jugak, anak memang Aima angkut sekali, biar depan mata.  

Hati memang tak tenteram nak tinggalkan anak kat rumah lebih-lebih lagi bibik dah takde ne.  Kalau dulu bibik ada kat rumah memang taklah risau sangat sebab Aima yakin dan percaya kat bibik.  Dia memang akan jaga dengan baik, cukup dengan urutan sekali ehehee..  Dah bibik takde memang terasa rindu sangat uhuuu..

So jika ada anak demam selain bagi makan ubat klinik, kite cubalah petua tradisional ne.  Aima dah cuba masa anak demam dan alhamdulillah mujarab.  

Image result for asam jawa
Petua 1: Bancuhkan asam jawa dengan sedikit air. (Lebih pekat, lebih baik.) Kemudian, sapukan ke semua bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan. Airnya juga boleh diminum dengan ditambah sedikit gula.


Image result for lidah buaya
Petua 2: Anda juga boleh menyapukan lendir daun lidah buaya ke bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan anak.

Image result for bawang merah
 Petua 3: Anda juga boleh gunakan beberapa ulas bawang merah, hiris halus dan campurkan dengan perahan air limau nipis dan sedikit air suam. Kemudian, sapu ke kepala anak sehingga
rata. Panasnya akan berkurangan.

Insha Allah