12 April 2010

Menu Pagi Ahad

salam n slmt pagi..hari ne menu tuk bekpes adalah nasi lemak dan cucur udang..masak simple je, mata masih ngantuk cos lewat tidur smlm tengok konsert AF pai abis n tgh fikir tntg keta yg nak msuk spital..dah tu sambung ag tngok trek selebriti..bila dah lewat sgt nak lelapkan mata (maklum lah biasanya jam 9.30 dh msuk cimut) mata plak majok..paksa lah baca buku smbil kira kambing pai ter zzzzzzzz…..
Nasi Lemak
Bahan2:
beras – cuci dan toskan
santan – ikut suka
secubit garam
2 helai daun pandan

Cara2nya:
-masukkan semua bahan dalam periuk nasi dan tanak hingga masak.

Sambal Ikan Bilis
Bahan2:
ikan bilis – goreng terlebih dahulu
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 sudu besar lada kisar
air asam jawa
gula
garam

Cara2nya:
-tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak
-kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng, sedikit garam dan gula
-masukkan sedikit air asam jawa
-kacau hingga masak
Cucur Udang Adabi (versi malas)
Bahan2:
1 paket tepung cucur ikan bilis
1 mangkuk udang kecil
1 sudu besar tepung gandum
air secukupnya

Cara2nya:
-bancuh tepung cucur ikan bilis, tepung gandum dengan air tapi jangan sampai cair
-masukkan udang dan gaul sebati
-kemudian goreng sesudu demi sesudu
-goreng hingga masak…tadaaaa…dh siap pun.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com