السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

31 May 2012

~Kata Hikmah~

~3 Nikmat Yang Allah Berikan Kepada HambaNya~

Nikmat itu terbahagi tiga:
1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.

Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.

Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.

Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.
Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.

Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata: “Wahai Amirul Mu’minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya.” -Ibnul Qayyim al-Jauzi

~Santai~

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. 
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun... 
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.
 

30 May 2012

~Amalan Sebelum Tidur~

Assalammualaikum n selamat malam semua.. Malam ne bolehlah lewat tido sikit sebab besok public holiday, Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.  So bolehlah layan citer TV sambil tunggu Mr Hubby balik keje malam ne.  Anak-anak pun lum tido lagi, asyik gaduh je, ermmm...

K la malam ne Aima nak share satu amalan sunat yang memang patut kita amalkan sebelum tido..Jadi takdelah nak ngigau bagai..Marilah kita sama-sama amalkan ek..Aima pun Alhamdulillah dan amalkannya sejak zaman anak dara lagi, sekarang ne dah jadi mak kepada anak dara dah, uhuuuu....

Jom layanzzzz....

Amalan Sebelum Tidur

~ Berwudhuk sebelum tidur 

~ Membaca Al-fatihah

~ Membaca Ayat Qursi

~ Membaca Surah Al Ikhlas

 ~ Membaca Surah Al Falaq
~ Membaca Surah An-Nas)

~ Mengucap 2 Kalimah Syahadat

~ Membaca Doa Sebelum Tidur

~ Pejamkan mata dan membaca istighfar di dalam hati sehingga terlelap.

Selamat Malam...Tido yang lena ek n jangan lupa basuh kaki n berus gigi dulu =)

~Petua Mujarab Menyembuhkan Segala Penyakit~

 
Ambil satu baldi air lalu dibacakan surah al Fatihah kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. InsyaAllah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Amalkannya  berkali-kali.