السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

26 June 2012

~Baca & Renung-Renungkanlah~


 
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Sayangi dan hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada...Fikir-fikirkanlah
 

~Rahsia Garam~

Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

 
Petua berdasarkan kajian:

~ Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

~ Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

~ Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

~ Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

~ Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

25 June 2012

~Untuk Para Suami~

menarik..bacalah wahai para suami
 
ingat tu, isteri bukan babu atau orang suruhan tau..Isteri adalah pelengkap suami dan suami adalah pelengakp isteri =) 

23 June 2012

~Halia Muda Untuk Awet Muda~

1. Amalkan memakan nasi dengan halia muda sebagai ulam. Halia muda itu hendaklah dimakan mentah. Selain boleh membuat seseorang itu awet muda, halia muda juga melancarkan perjalanan darah.

2. Anda juga boleh hiriskan halia muda dan bawang besar, rendamkan di dalam air yang dimasukkan sedikit garam. Perahkan sedikit limau kasturi ke dalam air tersebut. Kemudian hiriskan juga kulit limau kasturi tersebut dan masukkan dalam bekas berisi halia dan bawang yang telah dihiris. Enak sekali dimakan bersama nasi putih.

~Kata Hikmah~

Sebarkan yang BAIK² mendatangkan PAHALA,
Sebarkan yang BURUK² mendatangkan DOSA,
Sebarkan PENAWAR mendatangkan KESIHATAN,
Sebarkan RACUN mendatangkan PENYAKIT,
Sebarkan SENYUMAN mendatangkan keCERIAan,
Sebarkan MINYAK WANGI mendatangkan keWANGIan,
Sebarkan SAMPAH mendatangkan keBUSUKan.

#Apabila HATI dah CANTIK, baru AKHLAK kita pun turut CANTIK

 
Sumber: Internet

~Bersyukurlah~

 
Bersyukurlah dengan kehidupan kita ini...

~Tanda Alam & Hubungannya Dengan Orang Melayu~

Terdapat banyak kepercayaan orang Melayu yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran negatif atau positif.

 

Kupu-Kupu
 - Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai nyawanya akan berakhir tidak lama lagi. Jikalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.




Anjing Menyalak
- Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orangt Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.


Burung Hantu
- Jika kedengaran bunyi burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah. 


Langit Cerah Di Waktu Malam
- Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja atau pemimpin besar sedang nazak atau sudah menemui ajalnya. 


Katak
- Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan. Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.



Kelkatu
- Jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir. 


Kucing
- Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam. Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu mempunyai maksud tertentu. Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih. 


Burung Yang Tersesat
- Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, itu menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang. 


Kumbang / Belalang Pelesit
- Jikalau kumbang atau belalang pelesit masuk ke dalam rumah, itu petanda ada benda mistik yang tidak elok bertandang.


Cicak
- Cicak memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran.


Binatang Melintas
- Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa petanda 


- Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu petanda kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan.


- Kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban. Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa 'biawak hidup' yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.




Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.

Kesimpulannya, walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam.


p/s: Baca boleh, percaya jangan.. Sesuatu yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kita...


Wallah wa'lam 

Sumber:
Internet