السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

25 October 2013

Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah (Hudud) di Negara Brunei Darussalam


Photo: Beredar melalui whatsapp ketika ini.

Alhamdulillah kebenaran telah diberikan bagi kitani mengadakan majlis membaca Ratib dan solat hajat di Masjid Ash Saleheen pada hari Jumaat 25/10 acara bermula jam 5.30 petang: Aturcara : Membaca Ratib Atas, solat maghrib dan solat hajat, dengan niat memohon Allah ta'ala supaya Kebawah Duli diberi kekuatan utk melaksanakan hukum kanun Jenayah Islam dengan sempurna dan negara Brunei dan rakyatnya dilindung Allah dari segala cubaan musuh Islam dan fitnah mereka,
jazakumullahu khair.

Mufti jawab golongan yang mempertikai.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syari'ah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.

Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syari'ah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat.

Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syari'ah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh.

Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin.

“Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan.

“Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah.

Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya.

“Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan.

Assalamualaikum n salam Jumaat olz.  Dah bekpes ke? F belum jom bekpes sama2 tapi korang yang belanja ye, eheheee..  Hope semuanya sihat n sentiasa dalam perlindungan Allah, Amin..

Hari ne nak share tentang Negara Brunei Darussalam yang telah melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah (Hudud) pada 22 Oktober 2013 yang lalu, walaupun agak tertinggal tapi takpe lah kan, ehehee....

Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah mula digazetkan 22 Oktober 2013 : Tanggungjawab di hadapan Allah tertunai

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013. (Foto: Masri Osman)
logo majlis ilmu
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Oktober. - Negara Brunei Darussalam hari ini melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dengan izin Allah juga, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Kebawah DYMM.

Baginda seterusnya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana Majlis Ilmu pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah yang berkaitan dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah.

Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini yang memaparkan ‘Undang-Undang Jenayah Syar'iah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua’, baginda bertitah, selaku yang datang daripada Allah memanglah wajar dan malah wajib untuk diyakini sebagai mampu untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.

“Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,” titah baginda.

Lalu kerana hajat kita itulah, titah baginda, Allah Subhanahu Wata’ala pun dengan segala sifat kepemurahan-Nya telah menciptakan undang-undang untuk kita supaya kita menggunakannya bagi tujuan memperolehi keadilan.

Titah baginda seterusnya, Alhamdulillah dalam sejarahnya, Negara Brunei Darussalam, selaku bumi bertuah tidaklah pernah meminta kebenaran dari sesiapa untuk memilih Islam sebagai Ugama Rasmi Negara.

“Demikian juga, kita tidak meminta dari mana-mana pihak untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syar'iah, demi kerana ia adalah semata-mata ‘hidayat khusus’ daripada Allah kepada kita. Sesungguhnya hidayat itu adalah bulat menjadi hak Allah,” titah baginda.

Namun dengan langkah itu, titah baginda, dasar kita tidaklah berubah, malah selaku warga dunia, kita juga akan terus bersama-sama dengan rakan-rakan kita di mana saja untuk menjalin hubungan lebih mesra dan harmoni yang berpaksikan sikap saling hormat-menghormati.

Baginda menambah titah, Negara Brunei Darussalam sentiasa peka dengan apa jua unsur kebajikan yang kita perlukan, sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan lain-lain serta terbuka dan menghulurkan tangan kepada siapa saja bagi kerjasama-kerjasama yang bermanfaat serta persefahaman yang bersifat sejagat.

“Inilah Brunei kita, Negara Zikir Melayu Islam Beraja. Kita, adalah melihat kepada semua pihak dengan kaca mata yang bersih lagi putih, tanpa sebarang prejudis. Lalu kerana itu, kita pun juga adalah berhak pula untuk mengharapkan supaya orang lain juga, terhadap Brunei, akan melihat seperti itu,” titah baginda.

Negara Brunei Darussalam, titah baginda, akan konsisten dengan dasar tersebut dan demikian juga bagi kepentingan dalaman, negara akan terus merancang, melaksana dan membangun dengan caranya sendiri mengikut lunas-lunas yang benar yang diredai oleh Allah.

Baginda seterusnya menghargai semua usaha, khasnya oleh mereka yang berkenaan dengan penggubalan dan pembarigaan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah, semoga dengan usaha itu, kita semua dan negara akan sama-sama beroleh manfaatnya, berupa keredaan dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

“Beta berharap, sesiapa juga yang berstatus rakyat dan penduduk negara ini, akan sama-sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung dan mengalu-alukan kelahiran Akta yang bersejarah ini. Tidak diragukan lagi, ia adalah sebahagian dari ‘sejarah besar’ kita dan negara,” titah baginda.
Majlis Ilmu 2013 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-67 Tahun membawa tema ‘Undang-Undang Jenayah Syari’ah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua’.

Sumber : Pelita Brunei

Sebagai rakyat Brunei Aima rasa bangga di lahirkan dan di besarkan di bumi bertuah Negara Brunei Darussalam.  Marilah kitani Sama-sama mendokong pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Negara Brunei Darussalam.

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.

22 October 2013

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal


Surat yang memang menyayat hati Aima.. Aima dapat artikel ne dari Mr Google.  Semoga dapat menjadi manfaat untuk diri Aima dan untuk semua..  Sayangilah mama, emak, ibu, mummy, umi dan apa gelaran sekali pun kepada insan yang telah melahirkan kita ke muka bumi ini, tanpa mereka siapalah kiter...uhuhuuu...

Untuk mama Aima, Aima sayang mama sangat2.  Tiada sesiapa pun yang dapat menggantikan mama dalam hidup Aima.  Jasa mama tetap Aima kenang hingga ke nafas yang terakhir.  Ampunkan dosa Aima selama ini, halalkan makan minum Aima, tanpa mama tiadalah Aima ujud di muka bumi Allah ini.  Terima kasih telah melahirkan, membesarkan, memberi kasih sayang yang tak terhingga dan membimbing Aima yang serba kekurangan ini, kasih sayang mama tetap Aima sanjung buat selama-lamanya...luv u mama...
 
Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,

Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
 

Kisah Selawat Nabi Muhammad SAW


Anda Pasti meneteskan air mata mendengar berita ini. Terutama permohonan Malaikat Isrofil kepada Allah SWT.  Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
 
Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum
dari telagamu.”

Berkata pula Isrofil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku TIDAK AKAN mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu (yang
bershalawat).”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembut nya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. 

Kepada Lelaki

 
 Assalamualaikum..  Khas untuk lelaki yang terrrkebetulan membaca blog ne, eheheee....

Ingat tau lelaki, wanita bukan untuk di sakiti tetapi untuk di sayangi...
Jangan marah eyy..@,@
 

Selamat Bersua Kembali ^,^

 
Tokk..Tokk..Tokkk!!!!! Assalamualaikum olz.  Masih ada ke yang sudi membaca blog ku ini, eheheee... Dah lama tak jenguk, dah lama tak update pape kan.  Janji yang n3 sebelum ne pun belum tertunaikan lagi, mintak maaf ye =)  Sebenarnya rindu sangat nak update tapi kekangan masa yang membuatkan tak tercapai dek jari.

Memang supa dupa busy sejak last update n3 lepas.  Mana keje yang tak abis2, keje kat opis, keje kat umah lagi.  Apa lagi sebelum bulan posa hari tu bibik balik kampung cuti 2+ bulan, uwaaaaa... Rasa tak cukup kaki tangan nak buat itu ini.  Memang penuh cabaran dan dugaan betul.  Apatah lagi time Hari Raya Aidilfitri, memang raya tahun ne tak macam raya yang sudah2.  Anak pun komplen n kata memang tak best sungguh raya tahun ne, cian anak-anak Aima kan.

Apa boleh buat, raya tahun ne memang tak mengizinkan untuk berziarah ke sana ke mari seperti tahun yang sudah2.  Raya pertama lagi Mr Hubby dah bertugas, cane la nak jalan2 kan.  Raya pertama cuma sempat ke rumah ibu bapa kami je, selebihnya duk kat umah.  Tahun ne pun memang semangat Raya 2 kureng sikit, nak terima tetamu pun rasa malezzzzz banget, eheheheee... F bibik ada kat umah ok la kan ada gak yang tolong hidangkan minuman ke, jaga anak2 ke.  Tapi tahun ne semua Aima yang kena buat, uhuhuuu... Mana Adik tak duduk diam lagi, kiter sibuk layan tetamu dia pun sibuk sama kacau kuih muih atas meja, ermmm...

So malas punya hal, time Mr Hubby keje gate kat umah memang tak kan di bukak punyalah, uwahahaaa...  jahatnya Aima ne kan, ekikikiii... Sibuk giler beb, semua keje nak kena buat.  Tido pun tido2 itik je, b4 tido dah terbayang kat fikiran apa nak masak besok, apa yang kena buat dulu, uhuhuuu..  Penat tak terkata u olz..

Tapi yang bestnya, berat badan Aima turun berkilo2.  Mula 2 memang tak perasan la, tapi bila banyak yang tegur muka dah nampak kecik, badan pun dan nipis sikit, baru lah perasan memang dah kurus sikit, hepi giler tau, ahahahaaa...  Tapi itu cuma sekejap saja, sekarang dah naik step by step, fuhhhh...

Memang penat buat keje umah ne kan.  Memang Aima respek abis la kat suri2 rumahtangga yang sepenuh masa duk n buat keje umah.  Sape yang kata jadi suri ne senang, cuba la try dalam seminggu dua, boleh tahan ke tak, ye tak ^_^

Tapi kekadang syok gak cuma yang tak tahannya terkejar-kejar masa, rasa tak cukup masa dan cepatnya masa berlalu.  Sekarang Alhamdulillah keadaan dah pulih seperti biasa, eheheee... K olz jumpa lagi ek ^_^  Miss u olz.. Assalamualaikum