السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..
Showing posts with label Resipi Telur. Show all posts
Showing posts with label Resipi Telur. Show all posts

16 April 2010

Sambal Telur

salam n jumpa lagi..tak terasa pantas kuda berlari, eheee..tau2 hari jumaat dtg lagi..lunch hari ne Aima masak simple je..tak sempat nak masak macam2..lagi pun mata ngantuk sgt..smlm bawak anak Aima yang bungsu pi Emergency, asma..ingat pas masak boleh lah lelapkan mata jap..siap je masak n kemas apa yg patot, laaaaaa....dh dekat jam 1 rupanya..pdhl masak telur n sayur je, ermmm..mmng cepat lah jam ne marathon..nak suap anak2 mkn pun tak sempat..nasib baik mr hubby tak makan bersuap, eheeee...ne Aima share resipi telur sambal..
Sambal Telur
Bahan2:
6 biji telur ayam – direbus
5 sudu makan cili kisar
5 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa
garam
gula

Cara2nya:
-telur yang telah direbus tadi digoreng hingga kekuningan dan dibelah dua
-tumis bawang bawang merah dan cili kisar hingga garing
-masukkan bawang besar dan kacau seketika
-perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa
-kacau hingga kuah sebati dan pekat
-siramkan bahan tumisan ke atas telur dan siap tuk dihidang

06 April 2010

Telur Kukus

salam..pernah mkn telur kukus? tntu pernah kan..Aima suka masak resipi ne cos senang n jimat masa..ne resipi diet Aima n mr hubby..kdng2 f dah takde idea nak masak apa, Aima pun masak lah telur kukus ne n mkn ngan nasi panas2..sedap tau..korang cuba la ek..
Bahan2:
4 biji telur ayam
3 biji telur masin
1 biji tauhu – di hancurkan
sedikit kicap masin
sedikit bawang goreng
sedikit serbuk lada putih
daun bawang - untuk hiasan
lobak merah - untuk hiasan

Cara2nya:
-pukul telur ayam perlahan-lahan hingga kembang dan masukkan sedikit kicap masin
-campurkan tauhu ke dalam adunan telur
-kemudian masukkan kedalam loyang pengukus
-ambil kuning telur masin dan potong kecil-kecil dan taburkan diatas adunan telur
-kukus adunan selama 5 minit atau sehingga telur benar2 masak
-setelah masak taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang dan lobak.
-hidangkan panas2 dan sedia untuk di ngap