السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

07 April 2010

Biskut Abang

nama biskut ne biskut abang sebab 1st time buat biskut ne abang yg beria2 nak tolong..bukan tolong sgt pun, tolong kacau je resepi ne dapat dari 1 majalah (tak ingat apa nama majalah tu) tapi Aima ubah cikit2 lah..bab buat biskut ne abang suka tolong terap adunan dengan acaun..baru je biskut masuk oven berpuluh kali gak abang tanya bila nak siap..n belum sempat nak sejukkan biskut tu, tengok2 dah kurang separuh, ermmmm…ne Aima kongsikan resipi dia

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan kelapa kering
2 cawan gula aising
2 cawan mentega/marjerin
3 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanilla

Cara2nya:
-pukul mentega dan gula hingga sedikit kembang
-masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata
-kemudian masukkan esen vanilla dan aduk rata
-setelah itu masuklan tepung sesudu demi sesudu di selangi dengan kelapa kering
-uli sehingga menjadi doh
-canaikan doh tadi dan terap dengan acuan (ikut suka)
-susun dalam dulang dan bakar pada suhu 160 c selama 20 minit atau hingga bawah biskut kekuningan

Khasiat Durian

salam..hari ne Aima bincang sal durian lak ey..bila tngok pict durian ne rasa mleleh airliur, ahaaa..Aima mmng suka sgt ngan raja buah ne..longgok le sbnyk mana pn tntu Aima mkn n tapau simpan dlm esbox, ngeee..Aima suka smua jenis durian, mr hubby plak suka durian 'otak nang galah' (toi ke ejaan aku ne...) anak dara Aima plak suka durian kuning, anak teruna plak baru je cium bau durian terus lari masuk bilik..rugi toi dorng ne..
Aima ingat ag time pegnant anak kedua, ngidam nak mkn durian kuning..blum musim plak tu..maka tpaksalah mr hubby tnya2 kat kwn2 dia f ada yg smpan stok durian, tak kiralah fresh o forzen, jnji prmintaan wife dtunaikan (bestnye...) tp syg sorg pun tak simpan, uhuuu..last2 mr hubby belikan durian tahi..walaupun tak menepati selera tp demi liur yg ampir nak menitik, terjah je lah..nsb baik bberapa bulan pas 2 musim durian dr negara jiran..mr hubby pun kirim kat mom in law yg kbetulan pi sana..beli pun tak alang2, 4 ikat skali mr hubby suh beli, ahaaa..pas tu knyang la mkn durian, thnx mr hubby cos dh susah pyh tuk tunaikan pmintaan wife, luv u..tp yg pelik anak kdua Aima tu tak suka durian, dia kata geli cos isinya 'licak'.. so hari ne Aima upload Khasiat Durian yg Aima petik dr Mingguan Wanita..


-Buah durian berupaya membantu mencegah factor penuaan dari luar dan meningkatkan tekanan darah (zat besi)

-Akarnya jika digunkan amat berkhasiat untuk mengatasi masalah bengkak, penyakit kulit dan penyakit kuning

-Kulitnya dapat digunakan sebagi bahan untuk mengelak daripada gigitan nyamuk, mengubati ruam pada kulit dan masalah sembelit

-Kulitnya jika di bakar dan abunya digunakan di dalam ramuan untuk melancarkan haid

-Daun pokok durian boleh digunakan untuk meredakan demam dengan cara menampakan jus daunnya di dahi atau minum air rebusan daunnya

-Buah durian juga mengandungi zat-zat seperti sodium, karbohidrat, serat, protein, kalsium, fosfor, karoten, potassium, zat besi, vitamin c, thiamin, niacin, riboflavin

-Setiap 100gm isinya menganduni 67 gram air, 28.3 gram karbohidrat, 2.5 gram lemak, 2.5 gram protein, 1.4 gram serat serta memiliki nilai tenaga sebesar 520 kj

-Durian juga banyak mengandungi vitamin B1, B2 dan vitamin C serta kalium, kalsium dan fosfor

Tanda -Tanda Kematian Sebelum Kita Meninggal


Tanda 100 hari menjelang meninggal
(sumber dari internet)

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di
sadari oleh mereka yang dikehendakinya..Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak..Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar, seluruh tubuh iatu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar..Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat..Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik
untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa..Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika..
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk
makan..

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti..Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi..Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan Beransur-ansur masuk ke dalam..Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan..

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang yaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ahsar keesokan harinya..

Tanda akhir
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum..Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula..

SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK

Forward this email..may ALLAH SWT bless you..
Saling berpesan-pesanlah sesama kita..Semoga kita tetap sadar..hingga pada akhirnya, Amin..