السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

10 April 2010

salam jumaat..smlm Aima dh tengok niece baru, memang cute muka dia, tenang je..senang mama dia jaga cos tak kuat nangis..sempat lah Aima hug n kiss. ermmmm…masih bau baby ag..aduhai!!! rindu plak nak dapat baby kecik, uhuu…

p ada kisah menarik yg terjadi semalam..Aima pi hospital ngan adik yg bungsu n kakak, anak dara Aima..mr hubby tak ikut cos perut lum stabil ag.. kakak ne memang selalu mengekor ke mana je Aima jalan, tak nak berenggang langsung..sbb takut nini boy tahu yg dia ikut, kakak pun cepat2 masuk keta :) nakai tui anak aku sorang ne.. dah sampai lobi spital, ada dua org pegawai perubatan yg duduk kat lobi tu tegur n cakap yg budak kecik tak boleh ikut melawat pesakit, mesti tunggu kat bawah sambil tengok tv ngan budak2 lain..kakak terus je monyok n nak nangis..nak bawak curi2 naik lift tak boleh cos security dah tunggu dpan pintu lift..adoii!!! caner ne..so Aima suh lah adik bungsu naik dulu.. smasa tunggu adik bungsu masuk lift, tetiba dtg idea nak bawak kakak naik atas kai tangga kat ujung blok, ekikikiii..so Aima n kakak pun pi ujung blok sambil toleh kiri kanan takut ada security yg nampak..dah pasti line clear kitorang pun cepat2 naik pai tingkat 2 ..fuh!!! punyalah penat dah lah badan slim cam tibadak =) sampai je depan wad, laaaa..ramai rupenya budak2 kat sini, caner leh lepas, sama cam cara kitorang ke??ahaaaaa…so sampailah hajat kakak nak tengok baby mlm tadi..
so korang jgn tiru aksi kiter ne ek, eheee..mr hubby cakap lain kali wat ag k, bila kantoi baru tau, ngeeeee…tu lah kenangan pi hospital yg tak boleh lupa =)

09 April 2010

Bingka Labu

salam…jmpa lagi di hari Jumaat yg mulia ini..ptg nnti plan nk buat bingka yg simple tuk minum petang (sempat ke, blk keje dh jam 5, eheee…) tak kira lah tuk minum petang ke tau nak ratah masa tngok tv..resipi ne simple je, nak taruh pape buah pun ok, sukatan smua sama..ne kira bahan asas lah..resipi ne dpt dari my anty yg pakar dalam bab masak memasak ne..cara sukatan pn senang, guna pape gelas lah yg ada kt umah..plan nk buat bingka labu cos labu balance hari tu msh ada lg, so drpd ter expired plak nnti lbh bek buat ssuatu yg blh mengenyangkan..jadi takdelah membazir kan..jom kita layanzzz resipi bingka labu..
Bingka Labu
Bahan2:
1 gelas gula
2 gelas tepung gandum
2 gelas santan
2 sudu nasi marjerin
2 biji telur
buah labu (direbus dan dilecek) – ikut suka
Note: boleh juga guna buah2 lain spt cempedak, durian, jagung etc..

Cara2nya:
-satukan semua bahan ke dalam mangkuk yg besar
-gaul hingga rata
-kemudian kisar kesemua bahan tadi menggunakan blender hingga halus
-sapu Loyang dengan sedikit marjerin dan lapis dengan ekrtas minyak
-masukan adunan tadi dan ratakan
-bakar pada suhu 145c selama 1 jam atau hingga bingka tersebut masak…

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

(1) Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
(2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Cara amalan :1. Baca 3x pagi 3x malam.2. Elok selepasnya ditambah kalimah ini 3x juga.
بسـم الله , يا مسـبـب الأسـباب , سـبـب
Dengan nama Allah tuhan yang menyebabkan sebab,sebabkanlah akan daku sesuatu sebab (bagi mencapai hajat)Kaifiat khusus :1. Puasa 1 hari dan pada malamnya wiridkan 1000x.2. Kemudian amalkan seperti biasa 3x pagi 3x malam.3. Insya Allah kita akan mendapat segala kelebihan ayat ini.