السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

14 April 2010

Glosari Kulinari

Fillet
Potongan daging atau ikan tanpa tulang

Puri
Makanan seperti tomato atau buah-buahan yang dimasak sehingga lembut dan dihancurkan menjadi cecair pekat

Susu rendah lemak
Susu yang kurang kandungan lemak dan baik untuk kesihatan

Doh
Gabungan bahan seperti tepung dan air di adun dan di uli sehingga menjadi lembut dan adunan unu boleh di bentuk

Wasabi
Dimakan berasama sushi atau sashimi. Berwarna hijau dan mempunyai rasa yang pedas

Marzipan
Bahan yang dibuat daripada badam kisar, gula dan telur yang di adun menjadi doh. Biasanya marzipan ini dijadikan hiasan pastry seperti membuat buah2an dan sebagainya

Gula perang
Adalah gula putih yang telah di campur dengan molasses iaitu surap hitam pekat yang disaring daripada gula mentah semasa proses penapisan

Sos ikan
Mempunyai rasa masin dan tidak pekat. Sering digunakan sebagai bahan perasa semasa memasak hidangan Cina dan Thai

Mayonis
Sejenis sos yang berwarna putih diperbuat daripada kuning telur, cuka dan minyak

Bok Choy
Sayuran jenis kubis berdaun hijau

Samosa
Sejenis pastry yang mempunyai inti samada sayur ataupun daging. Mempunyai rasa yang enak dan rangup

Sashimi
Makana jepun seperti salmon yang dimakan mentah

Sushi
Makanan jepun yang berasaskan nasi yang digulung kemas bersama sayur dan makanan laut

13 April 2010

salam..hari ne keta Aima msuk hsptl, uhuu..nsb baik ada kwn pomen, dpt gak mntk tlng repairkan n dpt hrga murah, heeee...Aima pesan spaya f dpt siap cpt ckt cos tkde keta ne cm susah lah, dh biasa ke sana sini, time tkde keta rasa cm ada yg ilang..
kwn tu pun dh jnji esok msti siap, yehaaa...tkpe lah 2 hari ne tak pyh susah2 bwk keta, ada mr hubby tlng hntar amik pi keje, eheee...cuma anak2 je monyok cos skng ne babah dorng yg hantar amik p skolah, biasa kn ne tugas Aima...alaaaa anak2 bkn apa f ngan babah dorng ssah cikit nak ajak singgah kedai blk skolah..f ngan Aima blh lah buat muka nak nangis, tntu tak dihampakan..Aima bkn apa tak suka tngok anak2 monyok..

Seri Muka

Bahan2 A:
1/2kg beras pulut - dicuci
2 gelas santan
Secubit garam

Bahan2 B:
1 1/2 gelas santan
1/2 gelas air pandan
2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung ubi
1 1/4 cawan gula pasir
sedikit warna hijau
1 biji telur

Cara2nya:
Bahan A
-kukus beras pulut bersama santan dan garam hingga masak
-setelah masak, masukkan pulut kedalam Loyang dan tekan hingga padat

Bahan B
-satukan semua bahan B dan masak di atas api yang sederhana hingga separuh pekat
-kemudian tuangkan di atas pulut
-kukus selama 10-15 minit
-sejukkan dahulu sebelum dipotong

p/s: ini resipi warisan dari nenek..try tau