السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

14 April 2010

Doa Memohon Pemberian Yang Tidak Habis-Habis

Maksudnya: Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu; pemberian yang tidak akan habis-habis (Saad:54)

Ayat ini digalakkan dibaca sebanyak mungkin selepas sembahyang atau bila ‘free’ sebagai usaha untuk memohon rezeki. Semoga ALLAH terus memberikan rezeki yang “tidak habis-habis” kepada kita dan keluarga. Jangan lupa bersedekah sebahagian rezeki yang kita perolehi itu kepada yang memerlukan
salam..alhamdulillah hari ne keta Aima dh sembuh n dpt kuar dr klinik..senang rasa hati cam dpt handbag LV ori je, ahaxxx…tak payahlah mr hubby hantar jemput lagi, bukan apa cian kat mr hubby dh lah ngantuk blk keje, nak kena hantar nak dn wife ag..btw thnx a lot kt mr hubby cos dh bermurah hati tolong bayarkan 1/2 dari harga repair =) f tak pokai lah Aima bln ne..spare part keta tu mahal sgt, lum ag masuk labour charge, atoiii!!! poning pale..thnx hubby, jgn ralat ey, eheee..luv u so much..

so to my luvly car, jgn rosak2 ag tau, cian lah kt puan kau ne, tak jadi nak beli beg baru, uhuu..tengok keta dh tpacak dpan umah, lapang rasa hati tau, pas ne tak payah la nak susah kan sape2 n dpt lah mr hubby rehat blk keje..masa keta Aima rosak cian mr hubby tpaksa kejar2 masa nak hantar n amik anak skolah pai takde masa nak rehat b4 masuk keje blk..so dh ada keta ne kmbali la keje rutin Aima, hantar n amik anak skolah pg ptg..anak2 pun suka tngok keta mama dorg dh ok..anak2 ne bkn apa, masa takde keta susah nak bawak mama dorg p kedai..pai kan Aima kata korng ingat babah korng ne tokey kedai kali..1 hari leh 3-4x pi kedai, adoiii!!!!!

Pizza Maggi

Bahan2:
1 bungkus maggi - perasa ikut suka
2 biji telur gred
lobak merah - dihiris memanjang
cendawan butang - hiris nipis
daun sup - hiris
bawang besar - di dadu
cili merah - di dadu

Cara2nya:
-celur maggi, ketepikan.
-pukul telur sehingga agak kembang.
-masukkan perencah maggi, lobak, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.
-goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehingga masak.
-sedap di makan dengan sos cili