السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

23 April 2010

Petua Kebahagiaan Rumah Tangga


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). 10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan. 23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya

Khasiat Tempe

-Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare dan mengelak keracunan makanan...
-Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah. Elok untuk orang yg menghidap darah tinggi...
-Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,baik bagi penderita jantung...
-Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitaminB12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe. Bagus untuk wanita atau model2 yang takut gemuk...
-Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko infeksi...
-Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Ini antara alternatif kalau tak larat makan oat hari2...
-Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. Sangat bagus jika di amalkan selalu...
-Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif. menyeimbangkan pengambilan gizi seharian...
-Mencegah timbulnya hipertension. Elok untuk yang cepat marah...
-Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- haaa, tak payah lah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe dah memadai =)

22 April 2010

Roti Naan

pernah makan roti naan?? roti ne makanan bangsa India, Pakisatan dan yg seangkatan dengannya..resipi roti naan ne Aima minta dari kawan yang berasal dari India..pnah satu pagi kwn tu makan roti naan tuk bekpes n cicah ngan kuah kari..tengok cam sdap je..ada gak dia offer kwn2 mkn sama tapi masa tu Aima tak makan cos dh biasa bekpes kat umah..p smpat gak mntak resipi dia tuk try bila ada masa nnti..ne dh lama terperap (seb baik tak basi) f ada yg nak try ne Aima sisipkan resipi Roti Naan

Bahan2:
125 gm tepung serbaguna
3 gm yis
1 sudu jintan putih
15 gm gula
8 gm mentega
8 gm minyak masak
1 biji telur
40 ml air suam
50 ml susu suam
sedikit bijan – untuk hiasan
mentega cair – sebagai bahan pengilat

Cara2nya:
-pukul mentega, gula, minyak masak, telur dan jintan putih hingga rata
-masukkan air dan susu, pukul lagi hngga sebati
-masukkan tepung yang telah dicampur yis sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh lembut
-uli dengan tangan dan tutup dengan tuala lembab. rehatkan 10 minit
-setelah doh naik, bahagiakan beberapa bahagian dan bulatkan seperti bebola. rehatkan lagi selama 20 minit
-tekan2kan doh hingga sedikit leper. Sapukan atas doh dengan mentega cair dan taburkan dengan bijan
-bakar selama 20-30 minit pada suhu 180c
-sedap dimakan ngan kuah kari, nyum nyum...