السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

30 January 2012

Petua Melayan Suami

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

Petua Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.










Murtabak Cream Crackers

sebenarnya ne n3 lama. dah lama terperap dlm draft, nak delete syg lak kan so hari ne Aima share lah resipi Murtabak Cream Crackers. ne adalah antara makanan feberet Mr Hubby, anak2 pulak tak berapa suka. f buat murtabak ne cuma Aima n Mr Hubby je makan, selebihnya Aima sedekahkan kat umah belakang. tapi sori ek tak dpt nak kasi sukatan sebenar resipi ne sbb Aima main campak baling je, ahaaaa... agak2 lah caner nak buat ek =)

Bahan2:
daging cincang
bawang besar potong dadu
santan sederhana pekat
1 tin besar susu cair
biskut cream crackers
daun sup
daun bawang
telur
garam secukup rasa
kari daging,
minyak 
10 biji lada merah dihiris bulat )

Bahan Kisar:
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5 cm halia

Cara-caranya:_
Panaskan minyak. Tumiskan rempah dan bahan-bahan yang dikisar hingga wangi.
-Masukkan daging, garam dan akhir sekali bawang besar.
-Masak hingga kering dan sejukkan.
-Masak susu dan santan biar hingga mendidih.
-Masukkan sedikit garam dan angkat.
-Masukkan biskut satu persatu dalam susu dan santan yang masih panas dan atur dalam acuan (8x8 inci) yang disapu mentega dibawah dan tepi.
-Alaskan kertas cuma di bahagian bawah sahaja...Biskutnya jangan direndam nanti terus lembik...
-Bila dah celupkan dalam santan terus di atur dalam acuan.
-Susun 9 keping biskut dalam acuan. Tabur daging, daun sup/bawang, lada.
-Jiruskan 2 biji telur yang telah dikocok dulu.
-Buat berulang-ulang, 4 lapis biskut (9x4 lapis=36 biskut) dan 3 lapis daging.
-2 biji telur yang terakhir jangan dihabiskan...
-Diakhir lapisan paling atas sekali dijiruskan atas biskut.
-Begitu juga dengan lebihan santan, dijiruskan agak-agak 6 senduk.
-Bakar lebih kurang 1 hingga 1 setengah jam dalam oven dengan kepanasan suhu 150 darjah celsius.
-Setelah masak, sejukkan sebentar.... Kalau dah cukup sejuknya (mungkin panas sikit) boleh dikeluarkan dari acuan macam sebiji kek..

Selamat mencuba!!!!