السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

02 February 2012

Penawar Daripada Teh Hijau


 
  Teh merupakan salah satu minuman paling popular di dunia.  Meskipun diminum kosong atau ditambah perisa buah-buahan, hirisan lemon mahupun susu pekat berkrim, ia ternyata mempunyai pesona tersendiri.  Terdapat pelbagai jenis teh dengan pengeluar terbesar didunia ialan negeri China, India, Afrika dan Jepun.  Teh bukan sahaja di datangkan dalam bentuk serbuk kering tetapi kini telah dibuat dalam bentuk uncang.

Asal-Usul:
Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan Camellia senesis.  Ia berasal daripaa Negara China dan seterusnya merebak ke negara Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Asia Timur.  Terkini, teh hijau juga ditanam secara meluas di Negara barat.

Minuman teh hijau ini mula diperkenalkan pada zaman dinasti Song dan dibawa ke Jepun oleh Myoan Eisai, seorang sami.  Di Negara Jepun pula, teh hijau dipanggil teh ‘Ocha’ atau teh Jepun ‘Nihoncha’.
Terkini serbuk teh hijau bukan sahaja digunakan dalam minuman semata-mata.  Ia juga diproses untuk dijadikan serbuk bagi tujuan kulinari.  Terdapat pelbagai masakan yang boleh dimasakkan berasaskan serbuk teh hijau.  Antaranya pencuci mulut seperti aneka kek, pastry dan jeli.
TEH HIJAU/JASMINE
Daunnya berwarna hijau terang dan memiliki aroma yang lembut dan harum serta enak dihidangkan begitu sahaja tanpa perlu ditambah susu atau bahan perisa yang lain.

Cara menyimpan:
Simpan ditempat yang kering selama tempoh setahun sahaja.

Cara menyediakan:
Masukkan satu sudu serbuk teh hijau ke dalam teko dan bancuhkan air panas.  Biarkan selama satu hingga dua minit.  Kacau rata sebelum dituangkan ke dalam gelas.

Khasiat:
Tehe hijau mengandungi khasiat tersendiri.  Antaranya ia dikatakan dapat melindungi payudara daripada serangan kanser.  Menurut kajian penyelidik dari Amerika Syarikat, kerap meminum teh hijau adalah langka bijak bagi mencegah kanser.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan menerusi Journal of Cellular Biochemistry, edisi Julai 2001, kandungan polifenol yang sangat banyak terdapat dalam teh hijaulah yang berperanan penting menghalang kemaraan kanser.  Polifenol termasuk dalam kategori antioksidan yang sangat ampuh.  Ia akan meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kanser tersebut.  Menurut kajian itu lagi, daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol.  Selain berperanan memerangi kanser payudara, ia juga berkhasiat mengurangkan risiko penyakit kanser paru-paru, usus, hati dan pancreas.

Antara khasiat lain teh hijau ialah:
  • Mengawal tekakan darah tinggi dengan merencatkan tindakan Angiotensin II
  • Membantu mengawal paras gula darah
  • Menguatkan sistem imun
  • Menurunkan paras kolesterol
  • Menggalakan pembakaran lemak.  Kehilangan lemak yang dilihat pada peminum teh hijau lebih khusus kepada lemak di bahagian viscera iaitu lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindorm metabolic dan diabetes jenis 2.  Tiga komponen utama perawatan yang penting ialah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastric dan pancreas untuk penghadaman.

Semua Tentang Kalsium


-Segelas susu memberikan anak anda 250mg hingga 500mg kalsium untuk tubuh.
-Berikan dua gelas sehari untuk kalsium yang mencukupi.
-Kalsium yang terdapat dalam susu lebih mudah diserap ke dalam tubuh berbanding makanan daripada susu lain.
-Kalsium membantu proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan sebagainya.
-Membina asas tulang yang kuat serta perkembangan gigi dan kuku

Glosari


Babka
Sejenis roti yis manis yang di adun bersama badam, kismis dan kulit oren.
Serbuk Roti
Diperbuat daripada roti yang diparut halus.  Biasanya dijadikan salutan untuk makanan lain terutamanya untuk salutan roti dan pastry.

Focaccia
Roti minyak zaitun Itali agak mendatar dan berbentuk empat segi atau biasanya bulat.  Teksturnya hampir seperti kek tekstur dan mempunyai rasa herba-herba seperti rosmeri atau selasih.  Dihias atasnya dengan buah-buah zaitun.  Di dalamnya di isi dengan kepingan daging dan keju.

Garam Masala
Garam ialah perkataan India yang bermaksud panas.  Perasa yang diperbuat daripada campuran rempah ratus musim sejuk ini dipanggang kering dan dikisar.  Terdapat pelbagai jenis garam masala yang terdiri daripada 12 jenis rempah seperti lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cili kering dan banyak lagi.

Capati
Roti bulat nipis yang berasal dari India.  Secara tradisional dibuat menggunakan tepung gandum tulen.  Ia dimasak di atas kuali leper dengan suhu tinggi.  Dohnya diperbuat daripada adunan tepung, air dan garam.

Kupang
Sejenis kerang-kerangan yang mudah diperolehi dan murah.  Rasanya enak dan biasanya dijadikan hidangan makanan laut.

Jeli
Jeli adalah sejenis pencuci mulut diperbuat daripada gelatin atau jeruk buah seperti jem.  Jeruk buah dibuat dengan memasak buah-buahan bersama gula.

Matzo
Roti rangup tidak beragi yang kering.  Dibakar bagi mengelak penapaian berlaku.  Bahan-bahan biasa termasuk tepung gandum dan air.

‘Bath Bun’
Ada yang mengatakan ia berasal daripada sebuah Bandar di England pada abad ke 18.  Ia merupakan sejenis roti yis buah-buahan, anggur dan kismis yang diselaputi gula.

Banana Split
Sejenis pencuci mulut yang diadun dari beberapa biji pisang yang disusun di dalam mangkuk bujur.  Di atasnya dilitupi dengan aiskrim dan dicurahkan sirap manis, coklat cair dan sebagainya.

Morel
Merupakan cendawan liar yang boleh didapati di sepanjang kepulauan British.  Batangnya berwarna kuning gading dan mempunyai topi berbentuk kon, ia tumbuh di kawasan kering dan berpasir.  Cendawan liar yang mempunyai struktur berongga ini amat dihargai kerana keenakan rasanya