السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

07 February 2012

11 Makanan Penyebab Lupa

Mungkin ini penyebabnya :

1. Terlalu banyak makan apel yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jarak buah.

3. Banyak makan bawang.

4. Banyak makan makanan yang mengandung rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut, semut dipercayai mengandung sejenis zat kimia yang bisa melemahkan ingatan.

7. Makan terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandung bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. umpanya minuman bergas dan makanan cepat saji (junk food). bahan kimia di dalamnya bisa menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

06 February 2012

Awal-awal pagi lagi dah bangun, ingatkan hari cuti ne nak lewat bangun, tak dapat jugak.  Kenalah bangun awal even pun hari cuti, anak2 kul 6 lagi dah buat bising, meriahnya hidup.  Adik pun dari Azan Subuh berkumandang dah pun bangun sambil golek2 atas katil kacau babahnya, eheee... Aima awal bangun ne sebab nak siapkan kuih tempahan adik, takut tak sempat pulak nanti, apa tah lagi tengah hari nanti nak pi Limbang.  Sementara tunggu Mr Hubby abiskan masa ngan hobi dia, dapatlah siapkan tempahan n masak2 tuk anak2.

Adik yang bungsu lewat malam tadi SMS tanya sanggup tak buat Kuih Kusui tuk tengahari besok??? Alahai adikku, malam2 baru nak bagi tau, singakatnya masa.  Nasib baik bahan2 masih ada stok kat dapur, kalau tak sia-sia pun je lah, eheee...

N alhamdulillah sebelum Mr Hubby balik semua dah ready, tempahan dah siap, masakan tuk lunch dah masak n Aima pun dah siap2 pakai baju, semangat yooo.... ahaaaa...
Kusui

Dah siap pun semua.  Tengok date kat gambar ne tersilap date lah pulak, ermmm... Takpelah janji ada gambar kan. K lah olz dah nak caww ne nanti sembang lagi ye, bubyeeee....

05 February 2012


Salam.. Ahad kembali lagi.  Hari ne merupakan hari Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassallam dan disebabkan hari Mualidur Rasul ne jatuh hari Ahad maka esok hari (Isnin) adalah hari kelepasan awam, dapatlah bercuti panjang dan merehatkan fikiran dan cuti dari bergegas sekolah-rumah-ofis-rumah-sekolah-rumah-sekolah-ofis-sekolah-rumah, fiuhhhh!!!!!

Dari minggu lepas lagi dah plan ngan Mr Hubby nak bawak anak2 jalan2 cari makan dan cuci mata.  Kitorang dah plan nak bawak anak2 pi Miri, nak beli barang2 yang dorang nak.  Kul 8 pagi semua dah siap2 n terus zoommm pi Miri, Cuma adik je yang tinggal ngan bibik kat umah.  Aima siap pesan kat mama kat umah belakang lagi mintak tolong tengok2kan adik kat umah.  Macam Mr Hubby kata Aima ne kuat ‘uri dari dugal’ eheee…

Sebenarnya dah lama tak pi Miri, rasanya last pi Miri sebelum mengandungkan adik.  Ngam pulak cuti 2 hari, apa lagi jalan2 lah jawabnya.  Anak2 teruja sangat nak jalan.  Anak2 ne bukan apa, dalam fikiran masing2 dah set apa yang nak dibeli, macamlah mama dia ne tak tau, eheee…

Perjalanan 1+ jam tak terasa sangat ngan celoteh dan gaduh2 manja anak2.  Tau2 je dah sampai border.  Punyalah ‘long Q’ kat Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh ne.  Ye lah time cuti2 ne ramailah yang amik kesempatan tuk jalan2, macam kiter jugak. 

F jalan ngan Mr Hubby memang tak pi Bandar Miri lah, malas katanya.  So round2 lah kat Giant n E-Mart, syok gak n kopak gak duit, uhuuu…  takpelah bukan selalu kan.  Yang paling cerewet sekali adalah kakak, manakala adik2 dia cool je.  Tak lah nak beli itu ini sangat macam kakak dia, semua nak borong, ermmm…   Terus terang Aima katakan tak tahu nak beli apa kat Miri ne, paling2 pun beli barang anak2 je.  Aima n Mr Hubby Cuma beli sandal.  Selebihnya beli buah2an, sudah tentulah beli durian, tak kan miss punya, eheee…

Duit yang tukar tadi pun tak habis lagi, so Aima kata apa kata kita pi Limbang besok, sekurang2nya Aima tahu apa nak beli kat sana, biasalah pompuan ne kan tentu fikir tuk beli barang dapur je.  So pukul 3 bila anak2 dah merengek nak balik, komplen penat lah, ngantuk lah, boring lah, apa lagi balik Brunei lah jawabnya, selamat sikit duit, eheee… Pukul 5 baru sampai rumah, penat sangat.  Tengok adik pun macam tertunggu2 mama dia ne balik.  Nampak je Aima terus mintak dokong.  Cian anak mama, tentu rindu mama kan, uhuu…  

Kakak n abang2 semua dah buat muka seposen, penat lah tu.  Lepas mandi, Aima suh mereka makan n pas tu terus masuk tidozzzzzzzzzzz…. Aima pun amik la masa yang ada tuk update blog ne, saja je tuk kenangan, eheee…

Ok la olz. Aima pun dah ngantuk sangat ne, besok plan nak sambung jalan2 lagi pi Limbang tuk habiskan balance duit ari ne.  Kena bangun awal sikit sebab nak buat kuih tempahan adik.  Mr hubby pun dah kata tengah hari baru bertolak dari rumah, Mr Hubby ada agenda ngan kawan2 dia.  Tek ur time my lalenx.  Sementara tunggu Mr Hubby balik kan Aima boleh buat kuih tempahan n masak tuk anak2.  Kuih pun kena siap sebelum tengah hari, kenalah sediakan awal2. Uwarghhhhhh!!! Ngantuknyeeeeeeee…. Selamat malam semua, assalammualaikum.. Insya Allah jumpa lagi di kesempatan lain, bubye…