Tahukah anda
bahawa sayuran berwarna bukan hanya menarik perhatian kanak-kanak, jauh
disebaliknya ia punya banyak kelebihan dan khasiat tersendiri. Sayuran berwarna kuning, oren dan merah
misalnya mengandungi beta karotena yang cukup tinggi untuk menentang
penyakit. Sayuran berwarna putih pula
seperti lobak putih dan kubis kaya dengan sulfur. Sayuran hijau yang
sering menjadi pilihan semua orang pula penuh dengan vitamin B yang sihat untuk
tubuh. Apapun jenis warnanya, pastikan
sayur yang dipilih sentiasa segar untuk mengekalkan kandungan mineral, kalsium,
magnesium dan zat besi untuk tubuh.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..
14 February 2012
13 February 2012
Melembutkan Hati Anak Dan Suami
Ada satu cara yang mudah untuk kita amalkan bagi melembutkan hati anak dan suami. Jika suami panasa baran atau anak-anak degil, janganlah kita juga ikut degil dan panas baran sama, hadapilah dengan tenang walaupun hati kita panas membara. Kita disarankan agar berusaha mengikut cara yang betul, tak perlu nak berjampi sasma sini, cukuplah dengan wirid dan selawat sambil bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Caranya, mudah saja. Ketika membasuh beras, letakkan tangan di
atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Nabi Muhammad,
Rasulullah S.A.W. sebanyak 7 kali (atau lebih dengan bilangan yang
ganjil).
Kemudian berdoalah…
"Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, maka Kau lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi."
Cubalah amalkan cara i ni (dengan istiqamah). InsyaAllah, berkesan. Yakinlah bahawa ALLAH pasti akan mendengar dan memperkanankan doa kita, Insya Allah.
Selain itu boleh juga mengamalkan zikir asmaul husna ;
“Yaa Latiff” (Yang Maha Lembut) sebanyak 7x, kemudian sambung ~
Allahu LATHIIFUN bi'ibadihi yarzuqu man yasyaa'u wahuwal qowiyyul 'aziiz ~ bolehlah hembus ke ubun-ubun anak-anak dan suami atau baca dan hembus perlahan-lahan ketika suami ada berdekatan dengan kita, Insya Allah lembutlah hatinya..
Alahan Pada Strawberi
Siapa sangka buah
strawberi juga punya kesan tersendiri jika tidak kena dengan tubuh kanak-kanak
yang mengambilnya. Jika tidak sesuai,
buah strawberi boleh mengakibatkan masalah ruam pada pipi dan sekitar mulut.
Malah adakalanya alahan ini boleh mengakibatkan
bengkak sekitar mulut, bibir, tekak dan muka.
Pakar pediatrik menyarankan agar anak-anak diberikan sejenis buah-buahan beri
ini selepas usia bayi mencapai setahun. Jadi
elakkan bayi anda memakannya selepas usia setahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)