السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

01 March 2012

~Kisah Pengajaran - Kisah Si Kecil Ita~

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...


P/S: Jadikanlah kisah ini sebagai ikhtibar dan pengajaran buat kita semua, jangan sampai jadi penyesalan di kemudian hari.  Anak-Anak adalah harta yang tiada tandinganya di dunia ini..

29 February 2012

~Pesanan Dan Ganjaran Buat Isteri~


Salam olz. Hari ne Aima nak share pesanan dan ganjaran buat isteri untuk sama-sama kita amalkan.  Tak salah kan kita mencari keredhaan suami agar rumahtangga kekal bahagia hingga ke nafas yang terakhir, amin..Jom kita baca, hayati dan amalkan, semoga kita para isteri mendapat rahmat dari allah S.W.T., amin..

~ Apabila suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik maka dia perolehi pahala jihad.
 
~ Wanita yang menyebabkan suami masuk ke jalan Allah dan menjaga rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suami. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.
 
~ Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkan baginya masuk ke mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
 
~ Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia dapat pahala 12 tahun solat.
 
~ Wanita yang mengurut badan suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas dan wanita yang memicit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.
 
~ Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.
 
~ Jika isteri mengajar suaminya satu masalah agama, akan dapat 80 tahun ibadat
 
~ Isteri yang melihat suami dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandang dengan penuh rahmat.
 
~ Jika suami datang dengan kemarahan, tapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat pahala separuh jihad.

~Petua Melegakan Batuk Berkahak~

Salam Rabu. Batuk dan demam mula melanda kat rumah. Abang kedua dan adik dah mula di serang demam n batuk. Aima pun mula terasa macam nak demam, tekak pun bukan main gatal lagi rasa macam nak je berus ngan berus kain, gatal giler beb.. Paling kesian adik, baru je 6 bulan dah mula batuk2, nak bagi ubat memang doktor tak bagi sebab masih kecik lagi. Adik pun dah ada tanda-tanda nak asma, alahai cian anak mama. F tak baik juga petang ne kena lah bawak pi klinik, takut makin melarat lak nanti.

F Aima boleh tahan lagilah walaupun satu ofis bergema ngan batuk, eheee... Mintak ampun bos, jangan potong gaji ek, ahaaa...  Tadi mintak satu petua kat mr google, so dapatlah petua ne.  Boleh lah try bagi orang yang sama spesis macam Aima yang paling tak suka makan ubat, uhuuu...  Bagi sesaper yang nak cuba tu boleh lah try antara petua yang ada kat bawah ne.  Try salah satu je tau, jangan try semua sekaligus, Aima tak tanggungjawab nanti, semua terserah pada pilihan anda, anda yang berhak membuat keputusan, cewahhh =)

~ Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila nasi menjadi kembang, minum airnya setiap pagi.

~ Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

~ Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama 1 malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.

~ Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.

~ Ambil 2 sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

~ Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau itu dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.

~ Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk dan kahak hilang.