SURAH ALI IMRAN (200 ayat) – ‘KELUARGA `IMRAN’
DITURUNKAN DI MADINAH
Surah
Ali ‘Imran ini mempunyai 200 ayat. Dinamakan Ali Imran kerana memuat
kisah keluarga Imran yang di dalam kisahnya disebutkan kelahiran Nabi
Isa, persamaannya dengan Nabi Adam, kenabian dan beberapa mukjizatnya,
serta disebut pula kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda kepada Nabi
Isa.
Surah Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan "Az
Zahrawaani" (dua yang cemerlang), kerana kedua-dua surah ini
menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti
kejadian dan kelahiran Nabi Isa, kedatangan Nabi Muhammad dan
sebagainya.
FADILATNYA:-
1. Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa mempelajari, menghafaz dan mengamalkan surah ini, dia
mendapat balasan yang besar di sisi Allah SWT. Kelak di akhirat, surah
ini akan berjalan dengan surah AlBaqarah melayang-layang seperti awan,
teduhan atau payung. Ia berjalan dihadapan tuannya. Segala bahaya api
neraka yang hendak mendatangi tuannya, ia akan menyekat dan
mempertahankannya.
2. Barangsiapa membaca ayat 1 - 3 dari surah
ini, dia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat
dari gangguan jin.
3. Baca ayat 1-2 berulang-ulang kali,
insyaAllah ia amat berkesan bagi jiwa orang yang sedang ditimpa musibah,
kesusahan, kesempitan hidup kerana didalamnya terkandung Nama Allah
Yang Agung.
Dibacakan ayat 1-2 ini seberapa banyak kepada orang yang sedang sakit, insyaAllah akan diampunkan dosanya.
4.
Ayat 8 ini ialah doa yang hendaklah dibaca setiap kali selesai
melakukan solat fardhu, insyaAllah pembacanya akan mati dalam beriman.
5.
Dalam kehidupan seharian, kita banyak melakukan kesalahan dosa,
terutama dosa-dosa kecil. Baca ayat 16 untuk memohon keampunan dari
Allah SWT.
6. Bacalah ayat 26 sebanyak 7 kali selepas solat Subuh
dan 7 kali selepas solat Maghrib dan dijadikan amalan setiap hari.
InsyaAllah, akan disediakan bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk
membayar hutang-hutangnya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang
maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang
itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di
siang hari.”- Riwayat al-Baihaqi
7. AYATUL MAHABBAH -
Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan
menimbulkan kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, kaum kerabat,
jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya iaitu membaca
surah Al Imran Ayat 31. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan
solat fardhu lima waktu.

8. Jika mempunyai masalah
perniagaan yang masih ‘tidak menjadi’, amalkanlah membaca ayat Surah Ali
Imran Ayat 37, diamalkan ketika mengusahakan sesuatu dan dibacalah juga
setelah solat fardhu.
9.
Bacalah ayat 38 berulang-ulang kali khusus selepas solat dan ketika
isteri sedang hamil, insyaAllah akan dikurniai seorang anak yang soleh.

10.
Ayat 53 adalah doa agar tergolong orang beriman. Amalkanlah membaca doa
ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad SAW pada hari
akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat
sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah SWT akan memasukkannya
dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan. (tafsir
al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).
11. Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada orang atau air untuk di minum.
12.
Ayat 173 adalah doa apabila menghadapi tekanan / stress. Baca ayat ini
sebanyak mungkin sebagai zikir – InsyaAllah hati akan menjadi tenteram.

13.
Barangsiapa yang ingin supaya isterinya mudah bersalin, bacalah ayat
191 sebanyak 3 kali pada pusar isterinya sambil diusap-usap dengan
tangannya ketika hendak tidur, lakukan amalan ini sehingga ia bersalin,
insyaAllah Tuhan SWT memudahkannya.

14. Ayat 193 & 194 adalah doa mohon keampunan dan dijauhkan dari segala kejahatan.
15.
Amalan Rasulullah saw. selepas solat Tahajjud membaca doa ayat 190-194
kerana ketika itu adalah salah satu waktu doa dikabulkan oleh Allah SWT.
Selepas membaca ayat ini, mintalah kepada Allah SWT segala sesuatu yang
diinginkan, baik untuk keperluan dunia mahupun akhirat, insyaAllah akan
dikabulkanNYA.
Ayat 190 - 194 dan Ayat 199 dibacakan pada air dan diberi minum pada yang bermasalah rumahtangga sebagai perukun rumahtangga.
16.
Ayat 200 ditulis pada roti lalu diberikan untuk dimakan perempuan yang
biasa keluar rumah tanpa izin, maka insyaAllah menjadi baik, dan tidak
lagi keluar tanpa izin.
Ayat 200 ini juga diamalkan untuk mengurangkan panas baran suami dan mengujudkan kasih sayang.
Ayat 200 ini merupakan doa untuk jadi orang yang penyabar. Selepas habis ayat, sebut “Allah Ya- Sabur, Ya-Sabur” berulang kali.
Ayat 200 elok diamalkan untuk ketenteraman keluarga duduk di rumah. Caranya :- Dibaca 3 kali selepas solat fardhu.
Ayat
200 dan Ayat 19 Surah As-Shura dibaca dan dicium atau ditiup pada
ubun-ubun anak. Boleh juga ditiup pada air dan masakan. Sebutkan nama
anak satu persatu dan ucapkan harapan pada anak semuga dapat mendidiknya
dan membantu anak untuk berubah.
Katakanlah:
"Ya Allah yang memiliki kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan) kerajaan itu
dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di
dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau
berkuasa di atas segala sesuatu."
Katakanlah
ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah maka hendaklah kamu mengikuti
aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah
Maha Pengampun lagi Penyayang."
Maka
Allah telah menerima Maryam dengan penerimaan yang baik dan Kami
(Allah) membesarkannya (rohani dan jasmani) dengan baik dan
dipeliharalah ia oleh Zakaria. Setiap kali masuk Zakaria ke mihrab
didapati ada di sisi Maryam rezeki (makanan), seraya berkata: "Wahai
Maryam! Dari mana engkau dapati makanan ini?" Jawabnya: "Ia daripada Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya dengan tiada terkira.
Di sanalah Zakaria minta kepada Tuhannya, katanya: "Ya Tuhan! Berilah saya dari sisi-Mu seorang anak yang salih, sesungguhnya Engkau memperkenankan doa."
"Ya
Tuhan! Kami beriman dengan apa yang Engkau telah turunkan dan kami ikut
Rasul itu. Oleh sebab itu tuliskanlah kami beserta orang Syahidin (yang
memberikan penyaksiannya atas kebenaran para Rasul)."
"Mengapakah
mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Padahal telah berserah
(tunduk) kepada-Nya semua orang yang di langit dan di bumi dengan
sukarela atau terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali."
Mereka
juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada
mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk
memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu
makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami).
(Iaitu)
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai
Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.