السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

23 June 2012

~Demamlah Pulak~

 
Salam Sabtu olz. Hari ne Aima kurang sihat sikit, demam, selsema n sakit tekak sejak semalam lagi.  Nak buat keje pun takde mood tapi f bukak tenet laju je tangan ne kan, ahakkkk... F sehari tak ngadap tenet memang tak sah lah, dapat bukak guna fon pun jadi lah.  Kekadang bukan tengok apa pun, saja je nak buang boring.  Bukak tenet pun tuk cari resipi masakan n kuih muih, f tengok macam sedap je terus datang mood nak masak masakan lain dari yang lain.  Jangan ingat Aima tak tau masak ok, ahaaaa....Masak memasak ne memang feberet Aima cuma sekarang ne malas nak update kat blog, dah bertimbun gambar masakan terperap dalam camera dan fon, cuma tunggu masa nak upload je.  Aima ne bukan apa cuma segan nak tayang masakan kat blog, ye lah kan masakan yang sederhana je, lagi pula Aima rasa malu sebab gambar yang Aima amik tu tak secantik gambar bloggers yang lain, uhuuu... Insya Allah jika rajin datang Aima upload sikit-sikit ek...

Ok berbalik pasal masakan ne selalunya Aima masak ikut selera Mr Hubby n anak-anak.  Jarang masak ikut selera sendiri sebab selera Aima n Mr Hubby tak sama.  Time keje pagi Aima tentu sms/whatsapp Mr Hubby tanya lunch nanti nak makan apa, ye lah kan kekadang tak sempat nak masak macam-macam.  Bayangkan je lah Aima habis keje jam 12 (tapi Aima n kawan selalu kuar dari ofis jam 11.45, nasib baik takde punch card, huahuahua...) dah tu balik rumah terus tukar baju tuk masak.  Kekadang tu adik lagi merengek nak mintak dukung, f tak dukung sian gak kan dah lah dari pagi tinggal ngan bibik je, dalam tengah kalut memasak tu, jam dah pun 12.15, cepat-cepat lagi tukar baju n sarung tudung nak amik anak-anak kat sekolah rendah.  Nasib baik lah kakak pi sekolah Mr Hubby yang hantar n kekadang Abang Aima yang anak dia satu kelas ngan kakak yang hantar, f semua Aima kena buat alamat tak berasap lah dapur.

Ada masanya jugak Mr Hubby bagi tau tak payahlah masak tuk lunch, kita 'tapao' je kat luar, biasanya bungkus nasi ayam lah, Alhamdulillah... Kekadang tu rasa bersalah gak f tak sempat nak masak lunch, sian kat anak-anak n Mr Hubby.  Anak Aima yang kedua iaitu Abang, masuk je dalam kereta tentu tanya mama masak apa hari ne n sampai rumah dia tentu terus duduk kat dapur tunggu makanan terhidang, best kan jadi budak-budak, semua tersedia. Tu lah kan caner penat n tak cukup masa sekalipun Aima kena masak jugak tuk lunch, simple pun jadilah.  F baru nak masak lepas amik anak-anak alamat bergegarlah dapur ngan tangisan Abang sebab dah lapar sangat.  Abang ne tak tahan lapar sebenarnya, ye lah tengok dari body yang chubby tu pun orang dah tau.  Kat sekolah Abang tak suka beli makanan yang ada jual kat kantin, selera dia lain sikit (ini ikut selera Mr Hubby lah, tak cincai makan itu ini).  Tapi satu perkara yang orang lain tak tahu, Abang tak makan kat sekolah sebab takut sakit perut.  Yang jadi masalahnya Abang ne tak suka guna tandas orang (yang ini ikut style mama dialah, ahaaa..) sakit perut ke nak kencing ke tentu dia tahan sampai balik rumah, susahkan.. Aima dah pesan jangan tahan kencing takut nanti jadi penyakit, tapi Abang tetap kata dia tak nak lah 'buang' apa-apa kat sekolah tu sebab geli, ermmmm...

Sejak dua menjak ne selera Mr Hubby lain sikit, tiap-tiap hari makan mangga muda (tak kan ngidam kot).  F abis stok kat rumah tentu cepat-epat pi pasar borong beli.  Biasa orang buat sambal mangga tapi cara Mr Hubby lain pulak, mangga tu di cincang halus n campur ngan cili padi n belacan sikit, pas tu masukkan air hingga mangga tadi tenggelam, kemudian bubuhlah garam n sikit gula (ala-ala sup lah) F ada makan ne bertambahlah selera dia makan (manalah tak gemuk laki aku nih)  Bagi Aima pulak f rasa nak makan lain Aima pi la rumah mama kat belakang, makanlah apa yang mama masak, sedap wooo walaupun cuma masakan yang simple mimple tapi keberkatan air tangan ibu bapa tu lah yang meneyedapkan makanan simple tersebut.  N jangan tak tau bapa Aima pun pandai masak tau, sedap beb f bapa Aima tu masak.  Kekadang kan kat rumah Aima cuma masak tuk Mr Hubby n anak-anak, pas tu Aima pi rumah mama yang kat belakang rumah Aima tu n 'mengintu' (bahasa melayu standard tak pasti lak apa, sori ek)  apa yang ada, ahaaa... Boleh lah jimat kos sikit.  Ini lah kelebihan tinggal bersebelahan ngan rumah keluarga sendiri, hikhikhik...

Bercakap tentang selera Mr Hubby n anak-anak Aima semua tak sama.  Mr Hubby suka makan yang bergoreng, rendang n yang paling penting mesti ada sayur.  Makanan yang berebus atau kukus jangan haraplah dia nak makan.  F goreng ayam ke ikan ke mesti goreng garing, kalau tak garing jangan haraplah Mr Hubby nak sentuh, so kenalah ikut selera suami.  

Kakak pulak paling suka makan udang tumis, f masak udang tumis ne memang makan 2 pinggan lah (tak sepadan ngan badan dia kan, ehee..)  n Soto juga feberet kakak asal jangan letak pape sayur dalam sup dia. Boleh di kata 3 dari 4 orang anak Aima tak suka makan sayur.  Dan kakak ne lah yang paling cerewet tentang makan.  Cuma dia suka tengok Aima buat kuih n masak.  Pas tu f dia rasa nak makan makanan tu tentu tanya caner nak buat walaupun kekadang tong sampah yang makan, ermmmm...Takpelah kan sekurang-kurangnya dia berusaha sendiri tuk masak.

Anak Aima yang kedua pula iaitu Abang suka makan telur, ayam goreng,  fast food n makanan bergoreng.  F makanan tu kena dengan selera dia boleh bertambah nasi 2-3x, agaknya sebab tulah dia chubby kan.  Selain nasi Abang juga suka makan Mee n Nasi Goreng, f makan kat luar tentu pesan mee o nasi goreng tapi dengan syarat jangan letak sayur, bawang goreng yang di tabur tu pun tak nak.  F ada sayur dalam makanan dia hatta daun bawang sekalipun maka jenuhlah Aima o mr Hubby nak asingkan, alahaiii...

Anak Aima yang ketiga yang di panggil Abang Beh memang susah sikit selera dia, dia suka makan ayam goreng tapi bukan makan isi ayam, dia suka makan kulit ayam yang bersalut tepung tu lah sampai bogel ayam tu jadinya.  N yang paling feberet abang Beh adalah kuah kari n kuah kunyit, takde lauk pun takpe asal ada kuah kari (agaknya ikut tekak Aima masa mengandung dia dulu) Makanan lain memang dia tak suka.  Sebelum sakit hari tu (ada tulis dalam N3 sebelum ne yang kena bawak ngan ambulans) Abang Beh memang hari-hari makan maggi kari campur nasi, memang tak miss lah, f larang makan maggi kari memang sampai malamlah dia mogok tak makan pape.  Tapi dah kena sakit hari tu datanglah idea Mr Hubby nak takutkan dia, kata mr Hubby f nak kena injek lagi makanlah maggi kari banyak-banyak.  Sebab takut kena injek lagi sampai sekarang ne Abang Beh dah tak makan maggi kari lagi, Alhamdulillah sukses jugak idea Mr Hubby kan =)

Turn baby Aima lak, sekarang ne Adik dah 10 bulan, cepatnya masa berlalu.  Sejak umur 5-6 bulan Adik dah tak nak makan nestum atau pun bubur nasi.  Adik lebih suka makan nasi atau makanan orang dewasa.  F tengok orang makan bising lah mulut dia nak makan sama.  Aima pun tak lah nak pantang anak makan itu ini, asalkan makanan tu menyihatkan Aima bagi je lah.  Aima dah pesan kat bibik tuk masakkan nasi yang lembut sikit tuk adik biar senang nak kunyah.  Yang untungnya adik ne cepat tumbuh gigi, umur 3 bulan dah ada gigi n sekarang dah ada 10 bilah gigi, tu yang tidak jadi masalah nak makan nasi biasa.  Cuma f makan nasi mesti ada sup atau kuah sayur, bertambah selera dia makan, tengok sekarang ne pun adik dah chubby sikit, Alhamdulillah...  Harapan Aima agar anak-anak semua sihat walafiat, cergas, cerdik, bijak, pandai n selamat dunia akhirat, aminnn..

K la olz Aima berundur diri dulu ye, nak pi sekolah kakak jap nak sain rekod n nak tengok apa yang anak dara Aima ne dapat dalam peperiksaan pertengahan tahun, harap sangatlah dapat markah yang terbaik, aminnn...Nanti Aima update lagi ye. Ceriakan hari-hari mu dengan senyuman, Assalammualaikum

~Kisah Cinta Seorang Suami~



 
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak ...di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ..tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.  Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?
p/s: Masih adakah suami sesetia ini di dunia yang semakin canggih dan mencabar ini??? Marilah kita para isteri berdoa agar suami kita akan tetap menyayangi kita hingga ke liang lahad, aminnn...

18 June 2012

~Berhati-Hati DEngan Cinta Sebelum Nikah~



Hati-hati dengan cinta sebelum NIKAH.

Mula-mula ustaz-ustazah,
Kemudian awak-saya,
Kemuncaknya abang-ayang (nama sendiri) Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus koktil,
kemudian turun lagi bawah memanggil manggil.

Sekarang zaman sudah moden.
Iblis juga sudah moden.
Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan...
Tapi guna perangkap FB dan balas mesej / calling-calling dengan handset yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam
'masyaAllah'.

Mungkin alasannya “saya kejut dia subuh saja”. Atau “saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya”.
 
 Alasannya, mesej Islamic, FB Islamic, Handset Islamic, Skype Islamic, Alasan lagi, “sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi”.

Heheh, apa nak hairan, syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan. Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik tapi penuh polemik.
waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah, waktu mesej tulis 'muah muah'. waktu cakap , "apa yang boleh aku bantu?",
waktu mesej, I love u. jangan ingat iman dah power, sebab iblis lagi senior.

Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
Orang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.

JADI, HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM PERNIKAHAN...♥

 

Sumber: Internet