السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

02 July 2012

~10 Tanda Amaran Kanser~

Awasilah tanda-tanda kanser kerana jika dikesan awal terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.

1.Perubahan dalam corak pembuangan air besar atau air kecil dalam jangka masa 2-3 bulan.

2.Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.

3.Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit.

4.Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen atau perut.

5.Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.

6.Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser.

7.Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan di dalam telinga.

8.Senak atau mengalami kesukaran untuk menelan.

9.Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Kalau penghisap rokok, batuknya menjadi lebih teruk dan melarat-larat.

10.Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.

Subahanallah.. Semoga kita semua di jauhi dari penyakit yang merbahaya ini, Amin ya Rabbalalamin..

~Glosari Kulinari~


Salam semua.  Dah lama rasanya Aima tak share info kulinari ne kan.  Tadi masa godek-godek dokumen dalam lappy terjumpa la glosari kulinari ne yang dah lama terperap dalam lappy, nasib baik tak basi n berkulat, hakhakhak...Sebenarnya Aima suka ngan info kulinari ne sebab Aima boleh tahu macamana rupanya bahan masakan yang memang biasa kita guna atau dengar tetapi tak tahu apa nama atau rupanya, sekurang-kurangnya kita dapat manfaat dari info ne kan. . K la olz jom kita selongkar =)

 
 
Kapur sirih
Berwarna putih yang dihasilkan daripada cengkerang siput laut yang telah dibakar.  Biasanya kapur sirih dimakan bersama daun sirih, gambir dan pinang.  Dan juga menjadi salah satu bahan untuk membuat kuih tradisional

Daging tenderloin
Bahagian belakang atau sisi lembu yang paling lembut, juga dipanggil daging batang pinang

 
Daun kari
Daun bersaiz kecil yang berwana hijau, sering digunakan di dalam masakan India,  mempunyai aromanya yang kuat

 
Sos peri-peri
Sos cili yang mempunyai rasa yang sangat pedas, sering digunakan di dalam masakan Brazil, Afrika dan Portugis.  Ada dijual disupermarket.
 
 
Sos tiram
Sos berwarna hitam yang dibuat daripada kicap soya dan tiram.  Sering digunakan di dalam masakan sayur dan sebagainya

 
Ajinomoto
Produk bahan perasa jepun monosodium gulmate (MSG) yang digunakan di dalam resipi untuk menyedapkan makanan

Cencaluk
Anak udang yang telah diproses, dijual di dalam botol

 
Kertas aluminium (aluminium foil)
Kertas timah nipis yang digunakan untuk membungkus makanan.  Sesuai digunakan untuk membalut makanan yang dibakar

 
Quiche
Sejenis pastry yang cukup popular di Perancis yang diperbuat daripada telur, susu dan dicampur dengan daging dan sayur-sayuran

 
Minyak sayuran
Minyak yang digunakan di dalam masakan seperti minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak kacang soya

 
Budu
Sejenis sos yang dibuat daripada ikan bilis.. digunakan sebagai bahan pencicah atau pun perasa makanan. 

Sambal bajak (badjak)
Ia adalah sejenis sambal yang terdapat di Indonesia yang diperbuat daripada cili merah yang digoreng di dalam minyak, bawang putih, asam, buah keras dan lain-lain perencah (kaya rasa dan lebih gelap)

 
Fucuk
Tauhu kering