السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

09 July 2012

~Wanita Tercipta Dari Rusuk Lelaki~

 
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. 

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.  Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. 

Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Sumber: Internet

07 July 2012

~Tidur Peluk Bantal~



1. Jika anda selalu tidur sambil peluk bantal, teruskan amalan tidur sebegini kerana ini merupakan posisi tidur yang paling elok. Tidur dengan kepala dan badan mengiring, punggung menekuk sambil satu kaki di tekuk ke arah dada dipanggil posisi fetal. Posisi tidur ini memudahkan anda bernafas dan ia memastikan jumlah oksigen yang disedut memenuhi keperluan tubuh. Pastika n anda menggunakan bantal yang empuk di kepala agar tidak menahan beban ketika anda tidur.

2. Posisi tidur bagaimanapun bergantung kepada keselesaan masing-masing. Selagi anda dapat berehat dengan nyaman dan bangun dalam keadaan segar, maka posisi tidur anda masih baik. Akan tetapi terdapat posisi tidur yang tidak disarankan seperti menelungkup atau menyembamkan muka ke tilam. Posisi tidur sebegini menekan paru-paru dan anda akan sukar bernafas.


3. Jika anda bangun dari tidur dan tubuh berasa sakit atau sengal mungkin posisi tidur anda adalah salah. Sebagai tindakan susulan, bertemulah doktor untuk mencari sebab lain yang membuatkan tidur anda tidak selesa.
 

~Perancangan Besok~



 
Salam Sabtu olz.. Dah weekend pun kan?? Apa perancangan korang malam ne atau besok? Malam ne Aima takde plan nak pi mana-mana sebab Mr Hubby ada date ngan bapak urut, ahaaa... Dah beberapa hari komplen sakit badan, sakit kaki, sakit tangan, sakit hati, eheee... Takdelah, Mr Hubby mengadu sakit satu badan n yang paling kesian adalah wife dia ne hahhh, tiap hari keje mengurut, pantang tengok wife dia ne relax sikit pasti ada lah Mr Hubby datang dekat-dekat sambil senyum simpul bawak minyak angin n kayu pengurut, alahaiii!!!  Nasib lah dapat bini mithali macam Aima ne kan, uhuukkkk.......(perasan jap, uwakakakaaaaa...) Aima dah kata panggil je tukang urut yang selalu datang rumah tu, lagi best kena urut satu badan berjam-jam, kekadang boleh tertidur dibuatnya.  Berhari-hari gak Aima pujuk Mr Hubby supaya berurut, akhrinya setelah di pujuk rayu nak jugak dia, inilah yang di namakan kuasa wanita, uwahahaaaa...

Tapi malam ne sementara menunggu Mr Hubby selesai sesi urut mengurut, Aima rasa nak buat something lah tuk acara besok.  Aima adik beradik dah plan nak buat surprise tuk bapa n mama Aima yang menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 39 tahun, Alhamdulillah masih kekal dan bahagia sehingga sekarang..Tapi kan selalunya dah tak jadi surprise dah sebab bapa n mama Aima macam dah tau je anak-anak dorang nak buat something, itulah yang di katakan hati ibu bapa tak dapat nak di tipu, uhuuu...Aima adik beradik dah buat collection $ setiap seorang, tak salah kan nak gembirakan hati ibu bapa setahun sekali..Harap-haraplah tahun ne tak kantoi lagi seperti tahun sebelumnya =)

Adik Aima yang bungsu plan nak buat cheese kek.  Aima pulak nak buat cocktail desert n puding.  Menu yang lain-lain tu belum plan lagi, kena tanya pemegang akaun keluarga dulu (adik bungsu Aaima lah) sebab dia yang incharge semuanya, Aima cuma jadi tukang masak, tukang bagi rancangan dan tukang bebel je, ahaaa..ok lah kan daripada takde job langsung..
 
Tak sabar nak tunggu hari esok, best bila sekali sekala dapat kumpul ngan adik beradik.  Boleh bertukar-tukar cerita, tukar-tukar pendapat n tanya dah buat baju raya belum (semangat raya beb, eheee...) n yang paling best adalah melihat senyuman kebahagiaan dari bapa n mama kami, yang telah banyak berkorban segala-galanya tuk anak-anak...Tak terbalas jasa-jasa dorang walau dengan berjuta ringgit sekalipun.  
 
Doa Aima, semoga bapa n mama panjang umur, sentiasa sihat walafiat, di murahkan rezeki, beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dan semoga bapa n mama sabar dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, apa yang bapa n mama rasai hari ini, Insya Allah akan Allah balas dengan beribu kebaikkan..Kami adik beradik semua sayang mama n bapa seluruh jiwa raga.  terima kasih kerana telah bersusah payah membesarkan kami hingga menjadi seperti hari ini. Semoga bapa n mama sentiasa dalam perlindungan Allah SWT, aminnnn... Kami sayang bapa n mama selamanya, iskiskisk =,=