السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

10 July 2012

~40 Tempat Menarik Di Dunia~



1.Easter Island (Chile)

2. Machu Pichu (Peru)

3. Teotihuacan (Mexcico)

4. Palenque (Mexico)

5. Château de Chambord (France)

6. Chartres Cathedral (France)

7. Pont du Gard (France)

8. Acropolis of Athens (Greece)

9. Archaeological Site of Delphi (Greece)

10. Epidaurus Theater (Greece)

11. Colosseum (Italy)

12. Grand Canal Of Venice (Italy)

13. Pompeii (Italy)

14. Piazza del Campo (Italy)

15. Hieronymites Monastery (Portuguese)

16. Alhambra (Spain)

17. Chillon Castle (Switzerland)

18. Stonehenge (United kingdom)

19. Pyramid (Egypt)
 
20. Abu Simbel (Egypt)

21. Karnak (Egypt)


22. Mortuary Temple of Hatshepsut (Egypt)
23. Leptis Magna (Libya)
24. Timbuktu (Mali, Africa))

25. Angkor Wat (Cambodia)
26. Great Wall Of China (China)
27. Forbidden City (China)
28. Terracotta Army (China)
29. Hanging Temple of Hengshan (China)

30. Leshan Giant Buddha (China)
31. Taj Mahal (India)
 

32. Harmandir Sahib (India)

33. Meenakshi Sundareswarar Temple (India)
34. Borobudur (Indonesia)
35. Kinkaku-ji (Japan)
36. Bagan (Myanmar)

37. Banaue Rice Terraces (Philippines)
38. Russia

39. Wat Phra Kaew (Thailand)
40. Wat Arun (Thailand)

~Karipap Daging~

Salam olz. Dah lama resipi karipap ne terperap dalam draft, baru hari ini berkesempatan nak share ngan korang semua.  Aima dapat resipi ne dari mak saudara yang memang pakar dalam bab masak memasak n membuat kuih muih.  Karipapnya kecik n comel je, tak guna acuan karipap langsung, semua manual n rasa pun boleh tahan.  F nak try, amik resipi di bawah ne ye..

Karipap Daging
Bahan-bahan untuk pastri karipap
4 cawan tepung gandum
4 sudu besar majerin atau minyak sayur
1/2 cawan air untuk menguli
secubit garam

Cara membuat kulit karipap:
- Ayak tepung terlebih dahulu. 
- Kemudian masukkan majerin ke dalam tepung tadi dan ramas hingga rata.
- Masukkan air yang telah di bubuh dengan  sedikit garam sedikit demi sedikit (jangan bubuh sekaligus sebab tekstur tepung berbeza mengikut jenama) dan uli sehingga menjadi doh dan tak melekat kat tangan. 
- Biarkan seketika.

Bahan-bahan untuk inti:
-Sukatannya Aima main anggar dan campak-campak je, buatlah ikut selera masing-masing..
Daging cincang
Ubi kentang - dipotong dadu (kentang ne Aima rebus separuh masak terlebih dahulu)
Rempah kari Daging
Sedikit serbuk kunyit

1 labu bawang besar - dipotong dadu
Bawang merah - ditumbuk halus
Bawang putih - dirumbuk halus
Sedikit halia - ditumbuk halus
Garam
Gula
Sedikit daun kari

Cara membuat inti:
- Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan hali yang telah di tumbuk tadi hingga kekuningan.
- Masukkan sedikit daun kari dan tumis sebentar
- Kemudian masukkan rempah kari yang telah di campurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan di bancuh dengan sedikit air.  Tumis hingga pecah minyak
- Setelah rempah kari masak masukkan daging cincang dan kentang.
- Masukkan sedikit air agar daging dan ubi eknatang masak sempurna. 
- Setelah itu masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing-maisng. 
- Masak hingga kering tapi hendaklah di kacau selalu agar rempah kari tak hangus
- Jika ingin inti tadi pekat boleh juga di masukkan sedikit tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikti air.
- Setelah inti tadi sejuk, bolehlah di bubuh dalam kulit karipap tadi
- Goreng dengan api sederhana

Selamat Mencuba ~,~

note: minta maaf mutu gambar kruang memuaskan, al maklum lah bukan jurugambar profesional, uhuhuuu...

~Anak-Anak~


 
Salam olz. Hope korang semua sihat hendaknya ye.  Tak terasa dalam 3+ minngu je lagi anak Aima yang paling kecik iaitu Adik dah masuk 1 tahun, cepatnya putaran waktu.  Rasa macam baru je ngandungkan dia, macam baru je sakit kena czer.  Melihat anak-anak semua dah besar panjang, terasa semakin berat tangggungjawab yang di galas, semakin banyak dugaan yang harus di tempuh, semoga Aima n Mr Hubby dapat mendidik anak-anak menjadi anak yang baik, soleh dan solehah serta berguna di dunia dan akhirat, amin..

Kekadang rasa tak percaya pun ada bila tengok anak-anak dah besar macam ne, lebih-lebih lagi bila tengok kakak, rupanya Aima n Mr Hubby dah ada anak dara, padahal rasa diri masih lagi muda belia, uwakakakaaaa..... Kekadang bila jalan ngan kakak ada gak yang tegur n tanya, adik ke? N ada yang kata, macam adik beradik la, toink toink toinkkk...eheeee... Aima ok je cuma kakak je yang muncung macam mulut itik, uhuuu...
 
Aima kawin umur 22 tahun n Mr Hubby 23 tahun (tak lah muda sangat kan..) setahun lepas tu baru keluar kakak sebab sebelum dapat kakak Aima keguguran sebanyak 2x.  Mula tu memang lah bunting pelamin tapi sayang masa tu rahim tak berapa kuat, usia kandungan dalam 6-7 minggu dah keguguran, sedih sangat masa tu.  Nasib baik hospital tak cuci rahim sebab semua darah beku dah keluar sendiri.  F cuci gak tak tahulah, dah lah Aima ne penakut tahap otromen, ermmmm...
 
Beberapa bulan pas keguguran yang kedua tu barulah melekat n muncul lah puteri tunggal Aima yang manja tak hengat.  Masa tu kakak adalah cucu yang kedua n cucu perempuan pertama dalam keluarga Aima n yang ke 7 dalam keluarga Mr Hubby.  Yang syoknya kakak sebagai cucu perempuan pertama dalam keluarga memang menjadi kesayangan mama n bapa Aima.  Yang paling sayang tentulah nini boy.  Pantang dengar Aima marah kat kakak tentu Aima yang kena marah balik, ermmmm.. Apa je kakak nak tentu nini boy n nini girl bagi.  Pernah masa mama n bapa Aima pi Umrah, sehari sebelum dorang berangkat ke tanah suci, kakak dah demam macam dah tau nini boy n nini girl nak jalan jauh.  Masa tu umur kakak baru je 2 tahun lebih.  Kakak ne memang manja giler lah ngan nini boy dia,  N yang paling untung f nini boy n nini girl pi mana-mana selalunya tentulah kakak, tentu dapat lebih dari cucu yang lain, eheeee....

Alamak, makin panjang lak n3 kali ne, makin melalut-lalut.  Nanti f ada masa Aima share pengalaman mengandung n bersalin semua anak-anak Aima k, Insya Allah. Semuanya ada pengalaman yang berbeza.  K olz Aima minta diri dulu, nak sambung keje yang dah melonggok atas meja nih. Macam dah jadi tabiat kan b4 wat keje tentu ngadap blog dulu, ahahaaa....bubyezz olz..jumpa lagi