السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

15 August 2012

~Pot Pet Sebelum Raya~

Salam Rabu olz.  Dah lama tak citer itu ini kat dalam blog ne kan, maklumlah puan blog sibuk manjang (yer le tu, ahaaa...)  Tinggal beberapa hari je lagi nak raya.  Cepatnya bulan ramadan ne berlalu, dapat ke tak kiter jumpa lagi di Ramadan seterusnya, uhuuu... Semoga kiter semua dapat berjumpa lagi di Ramadan akan datang, Amin Ya Rabbalalamin...

Caner ngan persiapan raya korang?  Semua dah ready?  Dah siap baju raya?  Kuih muih dah ada?  Buat sendiri ke main tunjuk? eheeee...  Aima tahun ne lebih banyak buat daripada beli, Alhamdulillah.  F beli pun cuma kek yang leceh n makan masa nak buat.  Aima buat yang simple je tapi laku di rumah Aima seperti tahun sebelumnya, sampai kena top up banyak kali.  Alhamdulillah semua persiapan tuk Mr Hubby, anak-anak n rumah semua dah ready.  Tinggal nak pasang langsir n kemas ruang tamu je lagi.  Aima n Mr Hubby punya stailista bab ruang tamu tu kena buat last minit, hari ne tengok anak bulan hari ne lah baru sibuk nak ubah kedudukan kerusi, almari, baru nak sibuk pasang karpet, alas meja n sebagainya, baru lah semangat raya, eheheee...
Dan Alhamdulillah tahun ne rezeki datang mencurah-curah, Syukur Alhamdulillah.  Kawan baik Aima, alaaa yang satu opis yang selalu ajak makan tu (harap-harap lah dia tak baca n3 ne, ahahaaa..) order beberapa jenis masakan, kek n kuih muih tuk raya pertama nanti tuk menjamu pekerja-pekerja suami dia.  Kawan baik Aima ne walaupun bukan Bangsa Melayu n berugama Islam tapi setiap kali Hari Raya Aidilfitri n Hari Raya Aidiladha tentu tak lupa menjamu pekerja-pekerja suami dia makan di Site Quarters sebagai penghargaan atas usaha n lelah payah mereka dalam menjayakan kerja di setiap projek yang diterima.  Biasanya dia order berjenis-jenis masakan dari Katering, yang dia order dari Aima tu makanan sampingan je.  Tapi bila di kira yang dia order tu banyak gak ada lah beberapa ratus ringgit, Alhamdulillah..
Nampak gayanya super duper sibuk lah Aima malam n pagi raya tahun ne.  Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Aima m bibik agar kami dapat menyiapkan semua tempahan tersebut dengan lancar dan jayanya, sambil mencari rezeki sambil beramal dan bersedekah.  Mak Mertua pun dah mintak Aima masakan daging rendang tuk cicah lemang yang Pak Mertua buat tuk pagi raya nanti.  Harap-harap lah takde orang komplen tentang masakan Aima, risau beb =(
Tahun ne juga Aima amik cuti panjang sikit dari tahun sebelumnya.  Stat esok bermulalah percutian Aima selama 12 hari.  Nak beli barang n bahan mentah tuk main masak-masak nanti, f lambat takut tak dapat stok lah pulak.  N nak buat kuih raya sikit cos baru 1 jenis kuih je yang Aima buat, uwawawaaa....  Semoga apa yang dalam perancangan berjalan lancar, aminnn...

Maybe dalam beberpa minggu ne tak ber update lah blog ne, nak blogging kat rumah memang tak dapat, baru je nak on lappy anak-anak dah berebut nak main game, nak masuk tenet lah. nak tengok video lah, anak yang kecik tu pun join sama nak klik itu ini, dah tu mula lah gaduh berebut sape nak pakai dulu, alahaiii anak aku... 
So di kesempatan ini Aima nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf jika selama blogging ne ada kata-kata yang menyakitkan hati n memedihkan perasaaan, Aima mohon maaf dari hujung jari ke hujung lappy, eheheeee...  Pada yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya, pandu cermat-cermat k, jangan fikir nak cepat sampai je, biar lambat asalkan selamat.  Insya Allah di lain kesempatan Aima pot pet pot pet lagi.  Assalamualaikum semua =)

10 August 2012

~Kelebihan Wirid Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah~

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati. 
(Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya).

~Cerita Lawak - Isteri Bongkar Rahsia Suami~


Aku tidak pernah ambil kisah tentang apa yang suami aku buat kerana aku amat percaya dan sayang kepadanya. Aku juga percaya dia tidak akan curang kepada ku kerana kami telah telah hidup bersama lebih 15 tahun dan kami juga hidup bahagia sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun aku masih ingin tahu apa yang ada di dalam sebuah berwarna kotak hitam yang telah di suami aku simpan di bawah katil semenjak kami kahwin. Dia tidak pernah mengizinkan aku untuk melihat apa yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Jika aku bertanya kepadanya dia akan berkata jangan sesekali buka kotak tersebut dengan nada yang agak marah. Ini membuatkan aku terasa semakin ingin untuk membuka kotak tersebut kerana aku pasti ada sesuatu perkara yang suami aku rahsiakan daripada aku. 

Akhirnya pada suatu petang, semasa sedang mengemas bilik, aku memberanikan diri untuk membuka kotak tersebut. Setelah aku buka, aku melihat terdapat tiga biji telur serta wang tunai berjumlah RM 1000. Ini membuatkan aku berasa hairan dan aku sekali lagi memberanikan diri untuk bertanya kepada suami aku tentang isi kandungan kotak hitam tersebut.

Aku:Abang, tadi ayang dah buka kotak berwarna hitam yang abang simpan kat bawah katil tu..hm..kenapa abang simpan tiga biji telur dan duit RM 1000?? 

Air muka suami aku terus berubah dan dia pun menjawab.

Suami: Yang sebenarnya..setiap kali abang curang dengan ayang, abang akan simpan sebiji telur sebagai tanda abang menyesal dengan apa yang abang dah buat. 

Aku terdiam mendengar apa yang suami aku katakan. Setelah lebih 15 tahun kami hidup bersama nampaknya suami aku telah curang dengan aku sebanayak tiga kali. Lalu aku pun bertanya pula mengenai sejumlah wang yang di simpan bersama tiga biji telur itu.

Aku: Tapi kenapa pula abang simpan duit RM 1000 kat situ..?? 
 

Dengan suara yang terketar-ketar dan tergagap-gagap dia pun menjawab.

Suami: Setiap kali telur tu dah cukup sedozen abang akan jual dan duitnya abang simpan kat situ… 

hahahampeh !

agak2 brape kali dh suami dia curang ? ~,~