السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

21 September 2012

~Tips Pembuka Pintu Rezeki~


 
Apabila kita mengalami kesusahan di dalam mencari rezeki, janganlah rungsing sebaiknya kita harus muhasabah diri mencari penyebabnya,mungkin kita terlalu boros atau  kerana kurang berhati-hati.

Marilah kita sama-sama mengamalkannya, Insya Allah..

~ Setiap hari jumaat bersedekah lah sekurang-kurangnya kepada 7 orang anak yatim.
 
~ Setiap bertemu dengan orang buta yang meminta-minta segeralah diberi atau bersedekah dengan seikhlas hati.

  ~
Ikhlaskan lah jika ada orang yang berhutang kepada kita tetapi tidak mampu membayar semula hutang piutang tersebut

  ~
Selalu cium tangan  rakan atau saudara mara sekiranya  dah lama tak berjumpa .
 

~ Silaturahim kepada orang yang rajin mencari wang dan gigih berusaha.
 
~ Jangan bergaul dengan orang yang suka mengeluh/susah, tetapi bantulah mereka semampu yang boleh.
 
  ~
Jaga tempat air mandi/minum dan lainnya, jangan biarkan hingga kosong.
 
 
~ Pelihara tanaman/haiwan yang membawa  rezeki.
 

19 September 2012

~Nikmat Sedekah~

 
Bersedekah ne memang banyak nikmatnya kan.  Tak kiralah bersedekah dari bentuk apa, wang ringgit ke, harta benda ke, doa ke, asalkan ikhlas dari hati.  Hari ne nak share nikmat sedekah dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah...

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Senang je kan, sambil bersedekah untuk orang tua kiter sambil kita mendapat pahala dari Allah SWT.  Marilah kiter sama-sama mengamalkannya.  Tanpa ibu bapa tiadalah kita di muka bumi ini, tanpa ibu bapa tiadalah penaymbung zuriat di bumi Allah Taala ini..

~Aktiviti Ahad Lepas~

 
Salam olz n selamat pagi. Aima doakan semoga korang semua sihat n bertambah sihat hednaknya, amin.. Cuaca cerah + mendung je hari ne n hari-hari yang lepas, sejuk rasanya.  Nak buat keje n aktiviti luar pun rasa bersemangat.
Ahad lepas Aima n family mengadakan acara piknik n perlawanan memancing di kolam milik abang sulung Aima.  Seronok dapat kumpul ngan adik beradik sambil pot pet mam mam, eheee...  Kolam milik abang sulung tu terletak dalam kawasan perkebunan dan hutan dara.  Asalnya kolam tu kolam terbiar yang terbentuk secara semulajadi.  Nak kata kolam macam tasik, nak kata tasik macam danau, nak kata danau macam sungai kecik, ntahlah labu, panggil kolam je la ey lagi senang, eheheee... Kecik je kawasannya tapi kolam tu boleh tahan lah lebarnya boleh bersampan lagi.  
Abang sulung sengaja bela ikan air tawar banyak-banyak kat sana khas untuk memancing sekeluarga walaupun kebanyakkan ikan yang dapat di pancing tu di lepaskan balik sebab cuma bapa n adik Aima yang sorang je yang pandai makan daripada terperap dalam freezer kan lebih baik di lepas je, boleh lah dia membiak banyak-banyak.  Memancing tu saja suka-suka nak buang stress n melepas gian mama n bapa Aima yang minat mancing.
Aima yang tak minat mancing ne jadi tukang masak je, ermmmm... Bukan masak sangat pun sebenarnya cuma ganti tempat adik yang dah penat panggang ayam dari pagi, cian lak tengok dia panggang sorang-sorang.  Dah la takde yang tolong, tolong makan ramai lah, nasib kan dik, ahaaaa...

Sebenarnya Aima takde mood hari tu sebab orang lain semua ada partner tapi yang Aima ne cuma datang ngan 2 orang anak je, Mr Hubby tak dapat join sebab ada perlawanan sukan ngan kawan-kawan dia, hurmmmm... Nak mancing memang tak minat lagi pula Aima ne tak sabar orangnya, tak tahan duduk lama-lama tunggu umpan di makan ikan, rasa macam buang masa tapi f suh duk lama-lama kat dapur buat kuih ke, kek ke, biskut ke, masak ke, Aima ok jer, ahahaaa...  Dah minat sorang-sorang tak sama kan.
Mama, bapa, abang-abang, kak ipar, adik-adik, adik-adik ipar n anak buah semua sibuk tunggu ikan ngap umpan, yang Aima lak jalan sana jalan sini sebab boring, f masa tu ada benda nak buat ok gak la ne tak tengok je orang mancing mana tak boring.  Ngam jam 2 Aima dah ajak anak-anak balik, duduk2 pun penat gak tau, maybe f Mr Hubby ada sama tak la rasa nak balik cepat kan.  Ne badan kat kolam tapi hati kat rumah, ingat kat anak-anak yang tinggal kat rumah n ingat kat Mr Hubby dah balik ke belum, dah makan ke belum (agaknya dah tabiat semulajadi isteri/ibu macam ne kan, selalu je teringat kat suami n anak-anak)  Nak call line pulak takde kat kawasan kolam tu so dah dapat izin balik dari semua, Aima zoooommm balik rumah, rindu ngan suasana hingar bingar kat rumah, eheheee...
 
Tapi best gak kan dapat kumpul ramai-ramai ne sambil buat aktiviti luar.  Boleh gak ilangkan penat lelah keje.  Tapi terus terang Aima tak boleh nak enjoy buat semua tu tanpa Mr Hubby n anak-anak, rasa macam ada yang kurang, dah biasa hari-hari campur ngan anak-anak so bila tak ajak dorang memang rasa ada yang tak kena.  Takpelah ahad 2 minggu akan datang bapa Aima dah planning nak adakan pertamdingan lagi sambil piknik n Aima akan pastikan Mr Hubby akan join sekali, MESTIIII...eheeeee... Nak santai gak kan..