السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

05 November 2012

~Petua Meredakan Demam Panas~


Assalamualaikum.  Dah beberapa hari Mr Hubby tak berapa sihat n demam.  Sian my laling, uhuhu... Memang takde mood lah beberapa hari ne, muka pun monyok manjang sampaikan nak share citer pun Aima tak berani, bukan apa takut bolayan nanti kecik pulak ati wife dia ne.  F kena pujuk ok gak tapi f kena biarkan, caner??? kan kena pujuk diri sendiri, uwahahahaaaa....

Dah ajak pi klinik beberapa kali tapi tak nak, selalu kata nanti lah bila 2-3 hari ne tak sembuh-sembuh.  Alahai sayang ne dah dekat seminggu dah demam pasang surut, tak kan nak biarkan lama-lama, ermmm...

Dah banyak gak panadol n ponstant Mr Hubby telah tapi masih macam tu gak, sekejap ok sekejap tak ok.  So semalam Aima merajinkan diri bertanya pada Mr Gooogle mana lah tau dia ada petua yang boleh di turutkan, tak salah mencuba petua tradisional kan asalkan cepat sihat. 

Ini dia petua yang Aima dapat dari tenet mana lah tau ada gak yang nak try..
 
~ Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda ata
u anak anda akan mulai reda. Lakukan sehingga benar-benar sembuh.

~ Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

~ Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

~ Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

~ Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

~ Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

~ Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.   Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

~ Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

~ Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

~ Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

~ Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.

~ Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
 

~Jalan-Jalan Tengok Kuda~

Assalamualaikum n selamat petang olz.  Cuaca kat luar mendung tapi tak b'erti hujan.  Harap-harap lah tak hujan petang ne cos nak bawak anak-anak round tempat biasa, tempat feberet anak bungsu.  Adik suka sangat pi tempat ne, kekadang tu sampai nangis bila keta gerak nak balik.  Padahal tengok kuda je bukan dapat naik pun =)  Tempatnya adalah di Jerudong Park yang terletak di Kampung Jerudong, satu kampung ngan Aima, eheheee...

 
Kuda-kuda yang ada kat sini adalah kepunyaan Kerabat Diraja.  Banyak jugak kuda-kuda yang ada kat Jerudong Park ne.  Setiap pagi jika kita melalui kawasan ini kita akan dapat melihat penjaga kuda-kuda tersebut membawa kuda bersiar-siar di padang berhampiran.  Seorang penjaga boleh membawa 2-3 ekor kuda n ada gak yang bawak sampai 4 kuda.  Syok weii tengok, rasa macam nak mintak izin naik kuda tu je, eheee... Tapi tak boleh lah, kalau nak tengok memang tak di larang, naik jangan.

Kuda-kuda ne ada yang di simpan di kandang di kawasan terbuka dan ada yang di simpan di dalam horse stables.  Tapi setiap petang kuda yang ada di dalam kandang luar akan di bawa masuk.  Bak kata anak-anak Aima untung kuda-kuda kat sini, bilik dorang ada aircond, ahahaaa... Yang anak-anak Aima maksudkan tu adalah dekat stables kuda tu ada macam 1 ruang yang ada aircond, kemungkinan bilik untuk penjaga kuda berehat, ntah lah..

Anak-anak memang suka tengok kuda, mama dorang pun suka gak, ahakksss.. Yang paling teruja sekali adalah Adik, siap suruh bukak cermin keta lagi nak tengok secara live.  F bukak sekejap ok lah tapi f nak bukak cermin sepanjang masa, mau pengsan di buatnya.  Maklumlah banyak baja bertaburan, eheheee... Biasa anak-anak tengok dari keta je.  Malas nak bawak turun takut nanti Adik pulak yang tak nak balik.

Nak ke kandang kuda ne senang je, semua orang boleh cari.  Sesape je yang nak tengok memang tidak di larang asal jangan menganggu kuda tersebut.  Kuda-kuda kat sini pun beruntung gak tau.  Dorang tinggal di kawasan elite, kawasan mewah gitu..

Kuda-kuda yang ada kat sini semua bersih n di pelihara ngan elok.  Bulu yang ada kat tengkok n badan pun di trim cantik.  Semuanya jinak.  F ada yang datang dekat nak usap kepala n badan dia pun oleh tapi dari luar kandang je lah.  Banyak gak yang datang amik gambar. Syok kan f dapat bela kuda ne, seekor pun jadilah.  Tapi jangan mimpilah, mahal beb, bukan calang-calang orang yang bela kuda ne.  Takpelah ye dapat tengok secara dekat pundah bersyukur sangat ^_^
Pandangan dari luar keta..
Bersihkan kawasan kandang kuda ne..
Kuda yang paling anak-anak minat adalah kuda putih ne lah, cute je..
View dari jarak dekat

~Di Tanduk Kambing~

Assalamualaikum semua.. Boring sangat hari ne, nak buat keje pun rasanya yang nak di submit besok dah siap.  Keje yang lain tu kiter tangguh dulu ye, hikhikhik...

Korang pernah kena tanduk kambing tak?  Aima pernah la minggu lepas, uwaaaaa... Sakit woo sampai bengkak kaki dibuatnya.  Ingatkan kambing ne ok sebab tengok selalu bapak Aima bawak dia kuar dari kandang ok je, tak wat hal.  Tu yang Aima berani nak tarik tali dia.

Kisahnya macam ne, masa tu mama n adik Aima nak balik rumah.  Aima, mama n adik baru je balik jalan n kebetulan pulak kambing tu lepak betul-betul dekat jambatan penghubung longkang antara rumah Aima n rumah family.  Alaa longkang tu kecik je dalam satu langkah.  Tapi bapa Aima dah buatkan jambatan atas longkang tu (ne mesti nak imbas kembali memori Kampung Ayer ne, eheheee..) supaya senang nak lalu, ok lah kan. Disebabkan mama n adik Aima takut kambing tu tanduk dorang so Aima pun kononnya nak tunjuk terer lah ngan menarik tali kambing tu agar menjauh dari jambatan.

Mula-mula memang dia ikut je, dah semua orang melintas jambatan n masuk rumah, Aima pulak plan nak tarik kambing tu n bagi makan rumput kat halaman belakang rumah Aima, boleh lah save energy Mr Hubby dari potong rumput, ekikikiiii...  So ngan penuh konfiden Aima tarik la kambing tu bawak keluar.  Nak di jadikan kisah tetiba je kambing tu meluru n tanduk kaki Aima tepat kat lemak kaki dekat lutut, adooyaiiiiiiiiiii..punyalah sakit hati n sakit kaki.  Rasa nak sembelih saat tu gak, huhhh!!!! bencinyeeeeeeeeeeeeeeee..........

Nasib baik ada adik lelaki Aima yang ngam jenguk kat pintu n Aima terus panggil dia suh tarik kambing tu bawak jauh sikit sebelum Aima ketuk kepala dia ngan besi, huhhh!!!! Yang peliknya bila nampak adik Aima ok je dia, ngikut je bila kena tarik, eeeeeeiiiiiii....

Punyalah sakit kaki pai bengkak hijau kebiruan, nasib baik tak kuar warna pelangi, eheheee...Sakit rupanya kena tanduk ne kan, ngatkan tak sakit, rupanya sakit gilerrrrrr..  Tobat Aima tak nak dekat ngam kambing lagi, bengkaknya sampai sekarang masih ada wooo =(