السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

08 November 2012

~Firasat Jika Mata Berkunang-Kunanag~

 
Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang Melayu, penglihatan yang berkunang-kunang pada saat dan ketika tertentu, mempunyai makna firasatnya sendiri.

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada jam: 6 pagi – 8 pagi - akan ada yang menggoda atau mengganggu
8 pagi – 10 pagi - akan ada yang mengkhianat
10 pagi – 12 tghari - akan ada urusan yang tidak baik
12 tghari – 2 ptg - akan menghadapi perkara yang menggirangkan
2 ptg - 4 ptg - akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu
4 ptg – 6 ptg - akan didatangi orang tua atau saudara
6 ptg – 8 mlm - akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik
8 mlm – 10 mlm - akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara
10mlm – 12 mlm - akan diundang orang yang mempunyai hajat
12mlm – 2pagi - akan ada yang jahil
2pagi – 4pagi - akan menghadapi perkara yang menggirangkan
4pagi – 6pagi - akan mendapat rezeki atau keuntungan


Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada jam: 6pagi - 8pagi - akan didatangi tetamu dari jauh
8pagi - 10pagi - akan menghadapi perkara yang menggirangkan
10pagi – 12tghari - akan menghadapi perkara yang menggirangkan
12tghari – 2ptg - akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau sumber-sumber lain
2ptg - 4ptg - akan mendapat keuntungan berupa barangan
4ptg – 6ptg - akan mendapat rezeki atau keuntungan
6ptg – 8mlm - akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan
8mlm – 10mlm - akan dikunjugi oleh saudara mara
10mlm – 12 mlm - akan mendapat pertolongan dari pihak lain
12mlm – 2pagi - akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit
2pagi – 4pagi - akan didatangi tetamu dari jauh
4pagi – 6pagi - akan dikunjungi saudara mara

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru, ungkapan ‘dari mata turun ke hati.’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Pandangan daripada matalah yang menghantar mesej pada otak sehingga kita sering menilai sesuatu hanya melalui pandangan mata. Melalui pandangan itu jugalah yang menimbulkan rasa pada diri yang kemudian menguasai hati dan jiwa.

Wallahwa'lam

~Resipi Kuih Onde-Onde~

Homemade onde-onde gula melaka
Assalamualaikum.  Hari ne Aima nak share satu resipi yang cukup mudah, bak kata mama 'tutup mata pun boleh buat', memang senang n mudah.  Anak-anak memang suka makan kuih ne terutamanya Kakak.  Selalu gak Aima buat bila ada tempahan n untuk makan sendiri kat rumah.  Aima suka guna gula melaka manakala mama n anak-anak Aima pulak suka onde-onde yang guna gula pasir.  

Masa mula-mula belajar buat kuih ne, masa zaman budak-budak dulu memang rasa leceh n fedap, asyik lembik n liat je.  Tapi bila dah dewasa ne rasa seronok pulak nak buat lebih-lebih lagi bila orang suka, lagilah hepi, eheeee...

Kat bawah ne Aima bagi resipinya ek n seperti yang Aima maklumkan selama ne Aima selalu buat kuih main agak-agak, campak, baling n buang je, takde sukatan sistem matrik langsung, ahahaaaa...Korang agak-agaklah ye, ikut sesedap tangan.  Bila rasa dah tak lengket n melekat tu ok lah tu ^_^

Onde-Onde

Bahanya:
1 paket tepung pulut
air pandan secukupnya (daun pandan yang dikisar dengan air dan di tapis)
sedikit perwarna hijau
gula melaka (di potong kecil-kecil) atau gula pasir
kelapa parut putih
secubit garam

Cara-caranya:
Letakkan tepung pulut ke dalam bekas yang besar sikit supaya senang nak menguli.
Kemudian masukkan air pandan yang telah di campur dengan sedikit perwarna hijau sedikit demi sedikit kedalam tepung pulut tadi n uli sampai dia tidak melekat-lekat n boleh di bentuk bulat-bulat.
F masih lagi rasa melekat-lekat tambah sedikit lagi tepung pulut dan uli hingga boleh di bulat-bulatkan.
Sementara itu kukus kelapa parut yang telah di gaul ngan secubit garam hingga agak-agak kelapa parut tu nampak lembut lalu di ketepikan.
Ambil sedikit adunan tadi dan bulatkan, leperkan sikit tengahnya dan bubuh sedikit gula melaka/gula pasir. dan dibulatkan balik.
Kemudian masukan kedalam air yang telah mengelegak dan tunggu hingga adunan tadi timbul, baru di angkat dan toskan.
Gaulkan dengan kepala parut tadi.

Senangkan?? Selamat mencuba ~,~

06 November 2012

~Petua Menghilangkan Parut~


~ Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

~ Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

~ Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

~ Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

~ Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

~ Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

~ Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.

~ Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga anda dapat lihat perubahannya.

~ Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

~ Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.

~ Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.