السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

11 April 2014

Celoteh Pagi Jumaat

Assalamualaikum n Salam Jumaat yang cerah ceria.  Memang cerah pagi hari ini n ceria seceria sang suria, ewahh...eheheee...  Dah lama tak berceloteh kat blog kesayangan hamba ini.  Rupanya dah 4 bulan tak update blog.  Kalau di ibaratkan rumah 4 bulan tak di jenguk memang dah jadi sarang labah-labah, lipas, semut, ntah-ntah cik siti pun join sekali, yukkkk....
Harap-harap korang semua sihat ceria jugak hendaknya.  Rindu sebenarnya nak update blog cuma masa sangat terhad nak bukak blog, idea pun ketandusan.  Memang sejak awal tahun 2014 keje menimbun tak abis-abis.  Keje kat opis tak surut-surut lebih lagi sejak memegang beberapa jawatan tak rasmi kat opis ne.  Kiter la kerani, kiter la operator telefon, penyambut tetamu, akauntan, tukang bukak resit bila orang bayar sewa, tukang jaga opis, tukang tutup opis, penasihat tak bertauliah pun boleh jugak, uhuhuuuu... Tapi yang paling Aima suka sangat adalah jawatan tukang pegi bank ambik duit gaji, kaching, kaching!!!!!! ^,^

Penat giler sekarang ne, dah la keje sendiri banyak, di tambah lagi keje yang lain.  Ne semua gara-gara besfren Aima, ala yang kuat ajak makan 2, berhenti keje sebab nak tolong hasben dia jalankan bisnes dorang, untung u amoy, tak payah pening kepala wat keje kat opis orang.  Dah rezki u kat situ, dapatlah datang opis sendiri bila-bila masa u nak, bestnyeeeee......

Kiter ne je yang masih bertahan kat sini demi mencari sesuap nasi, cewahhhhh, eheheheeee....  Tapi takpe rezki masing-masing Allah nak bagi, Syukur sangat keje kat opis ne tau, bos nya baik, dan paling penting Aima boleh mintak keluar bila-bila masa je jika mustahak, misalnya anak sakit, demam ke, asma ke, nak bawak mama ke hospital ke, semua boleh, asalkan jujur dan keje siap ikut masa.  Kat opis lain yang Aima dengar dari kawan-kawan memang takde lah kemudahan seperti ne, kena potong gaji adalah.
Dan Alhamdulillah juga rezki anak-anak lebat tahun ne.  Gaji pun dah up sikit, Alhamdulillah.  Selain tu ada gak kawan yang mintak Aima keje part time ngan dorang.  Kawan baik Aima yang dah berhenti keje kat opis 2 pun memang sejak hasben dia stat bisnes kat Brunei ne memang semua urusan yang bersangkutan ngan pekerja asing memang Aima yang buat, dengan pengetahuan bos jugak tau, Aima tak makan gaji buta n curi tulang k ^_^  Alhamdulillah dah 7 tahun keje part time ngan hasben dia, orangnya pun ok, tak berkira sangat, asalkan semua keje beresss.  

Dan stat bulan lepas ada kawan yang mintak Aima keja part time ngan beliau, alah senang je cuma tolong dia isi borang dan type surat je untuk urusan pekerja asing.  Alhamdulillah dorang nampak kebolehan Aima kat bidang ne.  Ada jugak kawan yang mintak tolong tuk buat 1-2 urusan je, Alhamdulillah dapat lah beberapa puluh hengget tuk keje 2, dapatlah tuk jajan anak-anak.
Mr Hubby pun murah rezki tahun ne, awal tahun lagi Mr Hubby dapat offer keje baru ngan gomen, Syukur Alhamdulillah Ya Allah, memang rezki anak-anak.   Walaupun sebelum ne gaji Mr Hubby besar dari keje sekarang tapi yang bestnya sebelum ne keje swasta sekarang ne pulak keje ngan gomen, lebih banyak kemudahan yang di terima.  Dan ini adalah keje kedua Mr Hubby ngan gomen, keje ngan swasta dan 3x.  Alhamdulillah rezki Mr Hubby, setakat ne semua keje yang dia dapat baik ngan gomen atau sektor swasta semuanya yang ada nama n berprestij serta susah orang nak dapat.  Company tersebut lebih mementingkan kualiti dari kuantiti. dorang mengutamakan pekerja yang bersih rekod dari keje lama, pengalaman dan disiplin.  Syukur Mr Hubby ada semua tu.  Bukanlah nak memuji hasben sendiri tapi Aima sendiri akui, disiplin Mr Hubby 100x ok dari wife dia ne, uhuhuuu... Mr Hubby f waktu keje jam 6 pagi, 4.30 pagi dah bangun n siap-siap nak keje, kul 5 dah jalan dari rumah.  Dia mesti fix kan masa sampai kat tempat keje paling lewat pun 20 minit sebelum waktu bertugas, disiplin kan??
Wife dia lagi disiplin tau, jangan tak tau.  Waktu pejabat setiap pagi adalah 8am-12pm, wife dia ne masuk keje jam 8.30 pagi n 11.45 pagi dah keluar opis.  Waktu petang pulak dari jam 1pm-5pm, wife dia masuk 1.30 n 4.45 dan siap-siap balik, amacam, disiplin tak??? eheheheeeee.... Tapi ok la 2 dari tak datang keje langsung n jamgan tak tau kiter staff kesayangan boss tau, ahahahaaa....  Alaa takpe Miss Boss understanding punye, ekikikiiii....

Alahaiiii apa yang aku melalut pagi Jumaat ne, cadang nak type sikit, dah type berjela-jeli.  Tu la jarang sangat nak update, sekali hadap, jemu orang baca, eheheee....
K la korang Aima undur diri dulu ye, nak siapkan paper work yang menimbun ne, tadi tu saja je nak buang tensen n buang tabiat, ahahaaa... Jumpa lagi ye, papaiiii...Assalamualaikum semua 


31 December 2013

Happy New Year 2014

 
Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru 2014 buat pembaca blog Aima ne.  Minta maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah typing, tersilap kata, tersasul bahasa yang tidak di perasankan. Aima pun manusia biasa jugak, banyak salah n silap yang tak tersengajakan, mintak ampun ye..

Semoga di tahun baru ini masih ada pembaca yang sudi singgah blog Aima ne kan ^,^ Salam perkenalan jugak buat silent reader,cewahhh...eheheheee...

Semoga di Tahun Baru ini kiter semua bertambah semangat, semakin tabah dan sabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini..

Selamat jumpa lagi, luv u olz ^_^

Mencium Anak, Dapat Pahala

Anak adalah anugerah Allah SWT. Jika betul cara kita mencorakkannya, maka cantiklah corak tersebut. Begitu juga sebaliknya.
 
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. 

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Wallahualam