السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

02 October 2018

Mandi Daun Bidara

Image result for daun bidara
Assalamualaikum.  Pernah dengar manfaat daun bidara tak?  Sebelum ne memang Aima tak pernah tahu pun kegunaan daun bidara ne, selalu dengar dan baca tapi tak pernah cuba.  Seperti yang Aima baca mandi daun bidara ini merupakan ubat untuk diri sendiri, wallahwa'lam.
Hingga lah ada satu hari tu kawan Aima share yang dia dah cuba mandi mengunakan daun bidara.  Menurut katanya dia saja-saja nak cuba sebab badan dia asyik sakit, lenguh-lenguh, rasa tegang dan macam-macam lagi lah yang tak baik.  So dia cuba mandi dengan daun bidara ne dan hasilnya katanya dia rasa segar dan badan pun dah tak rasa berat seperti dulu.  
  So Aima pun teringin cuba try test jugak.  Sama macam kawan Aima pun sama jugak badan habis sakit 1 badan, tengkuk rasa berat, asyik mengantuk, kepala rasa sakit, malam tak dapat tidur lena dan asyik nak marah-marah.  Aima pun google cara-caranya (macam yang kat bawah ne).  
So satu hari tu Aima cuba praktikan sebab nak tahu kesannya.  Memang betul cakap orang jika kita hendak mengubati diri sendiri memang susah, ada saja halangan dan rintangan.  kadang dah ready barang nak buat, hati pulak rasa berat.  Baru planning nak buat ada pula halangan lain.  Nak mengubati diri sendiri ini kena hati dan semangat mesti kuat, kena lawan segala kata hati sendiri.
Ini berdasarkan pengalaman Aima sendiri ye, masa mula2 jirus air yang pertama telinga macam berdesing.  Badan terasa sejuk hingga menggigil padahal guna air biasa je tapi dah dibaca dengan ayat Al Quran (Aima baca sendiri dan mandi sendiri).  Kepala terasa amat berat.  Aima kuatkan hati dan teruskan hingga jirusan seterusnya hingga habis.  
Dan Alhamdulillah setelah habis mandi badan terasa ringan dan nyaman.  Kepala pun rasa tenang je.  Tidur malam pun berdengkur, ahahaa..  Tapi tak lah selalu Aima buat, tahu je lah penyakit M selalu datang mengetuk pintu hati ahaha..
So if sape2 yang ada rasa yang tak baik tu cuba amalkan mandi daun bidara, korang akan rasa perbezaannya.  Sekarang ne kan ada macam-macam produk daun bidara di pasaran, kalau malas nak ambil daun bidara korang pakai je gel mandian yang dijual, lagi senang.   Tapi Aima suka yang natural, macam lagi kick rasanya.  Selebihnya kita serahkan pada Allah SWT dan bertawakal sebanyak-banyaknya, Insha Allah dipermudahkan.
Sebenarnya ada bermacam-macam khasiat dan manfaat daun bidara ne, samada dari gangguan syaitan, jin ataupun sihir.  Aima nak terangkan memang tak pandailah.  Nanti korang google sendiri ye...
Image result for mandi daun bidara
Nah korang boleh cuba sendiri kat rumah.  Ini cara Aima sendiri,mungkin tidak sama dengan cara orang lain tapi Alhamdulillah Aima serasi dengan cara begini.  Kalau sudi try la ye.
- Ambil beberapa helai daun bidara (mesti bilangan ganjil) Biasanya Aima guna 7 helai daun
- Masukkan daun bidara ke dalam baldi atau besen yang berisi air dan di ramas-ramas.
- Bacakan Al Fatihah 3x dan Selawat 3x (baca diluar tandas tau) dan niatkan untuk sembuh dan pulih dari segala gangguan.
- Mandi dengan air tersebut sebaiknya di antara waktu Asar dan Maghrib.  Sebelum mandi dengan air tersebut hendaklah mandi seperti biasa dan di akhiri dengan air daun biadar tersebut.
- Biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan dan sebaiknya dilakukan selama 3 hari berturut-turut.  Insha Allah.
Ini pula cara lain yang Aima dapat dari Google.  Boleh try yang ne jugak.
Cara Menggunakan Daun Bidara:
  • Ambil 7,9,11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
  • Ditumbuk dan dihaluskan.
  • Letakkan daun bidara yang telah dihaluskan tadi ke dalam sebuah gelas.
  • Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
  • Membaca al-Fatihah dan Selawat.
  • Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
  • Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
  • Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
Cara Mandi Dengan Daun Bidara:
  • Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
  • Pesakit mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
  • Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
  • Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.
InsyAllah, pesakit akan sembuh dengan kehendak Allah.
 
 

Sedekah Al Fatihah Untuk Ibubapa

 
Image result for al fatihah
Assalamualaikum dan salam ceria semua. Semoga semua ceria dan berbahagia selalu hendaknya.  Dah sedekahkan Al Fatihah untuk ibu bapa belum? Kalau belum jom sama-sama sedekah Al Fatihah tuk ibubapa kita samada yang masih ada atau yang dah meninggal dunia.  Aima pernah terbaca yang Al Fatihah yang kita baca setiap pagi untuk ibubapa kita adalah pembuka rezeki kita, Insha Allah.  Jom kita baca sama-sama.  Al Fatihah...

Semoga rezeki kita bertambah murah seperti air yang mengalir, seluas langit dan lautan yang Allah ciptakan.  Dan mendapat keberkatan dari Allah SWT,  ammiin..

Pendapat peribadi Aima kan memang Aima yakin sangat dengan kelebihan sedekah Al Fatihah untuk ibubapa kita tak kira yang masa ada atau yang dah takde.  Dulu memang selalu gak lupa eheee tapi sekarang Alhamdulillah sudah menjadi rutin harian.  Dan Alhamdulillah juga rezeki sentiasa ada walaupun tak sebanyak mana.  Rezeki bagi Aima bukan hanya dari segi wang ringgit, tapi juga ketenangan, kebahagiaan, melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran, melihat suami semakin hari semakin positif dan berubah ke arah kebaikkan juga merupakan rezeki yang amat besar pada Aima, malah dapat boss yang baik juga merupakan satu bonus, susah tau nak dapat boss yang baik dan memahami ne, Alhamdulillah. 



 
Rasulullah SAW pernah bersabda :
"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau yang  telah tiada )"………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
– jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
– Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
– Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
– Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
– Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
– Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
– Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,
 
– rezeki itu bukan kerana ada sijil sekolah, ijazah dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :
‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…….
Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah

 Image result for muslimah cartoon berdoa

29 September 2018

Kisah Pedoman Buat Suami Isteri

 Image result for suami isteri muslimah kartun
Assalamualaikum.  Kisah ini Aima dapat dari Mr Google jugak, share ye.  Walaupun agak simple tapi memberi keinsafan pada diri ini.  Kadang kita merasa diri kita sempurna dan boleh hidup tanpa seorang lelaki yang bernama 'suami'.  kadang ego kita tinggi melebihi segalanya hingga kita merasa hanya diri kita yang betul.  Tapi ada suatu masa kita pasti memerlukan bahkan merindui seorang suami.  Suami adalah seorang insan yang boleh kita jadikan tempat berpaut, tempat mangadu dan seseorang yang boleh kita percayai untuk menyimpan erat semua rahsia kita, tempat berkongsi suka duka kita tanpa ada batasan.  Dari itu terimalah kekurangan suami sendiri kerana sebenarnya diri kita sendiri mempunyai lebih banyak kekurangan. 

Kisah ini memang penuh inspirasi.  Aima akui diri ini kadangkala ego juga dan tak mahu kalah tapi seiring dengan waktu dan umur yang semakin meningkat (tapi masih awet muda gitu, ahahaaa..) berubahlah demi kebaikkan.  Untuk suamiku sayang maafkan diri ini atas semua salah silap yang tak disengajakan mahupun tak terrrrrrsengaja ye..  sesungguhnya aku hanya insan yang lemah.  Insha Allah selepas ini Aima akan berusaha menjadi isteri dan ibu yang baik.  Semoga jodoh kita kekal hingga ke jannah, Amiinn ya rabbalalamin..

Jom kita baca dan hayati, moga menjadi panduan buat diri kita yang bergelar isteri mahupun yang bakal menyandang gelaran Puan ye.

Image result for suami isteri muslimah kartun
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Puaskah Siti sayangku..?”

“Jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Alhamdulillah
 Image result for suami isteri muslimah kartun